Saturday, November 29, 2008
meroyan aku dgn astrooo
yang mengarok Madam Casper at Saturday, November 29, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, maqah oiiii
hati tabahlah....
kenapa mesti tabah??? tu tgk pic kat bawah....tu la keja budak kecik tu hari2....sekali -sekala rasa cam nak tampaq tangan tu...tapi bila dia pusing sengeh terus kensell
yang mengarok Madam Casper at Saturday, November 29, 2008 6 yang turut berpot-pet
Friday, November 28, 2008
Tag by Kak Ja & Putu
1. Name one person who made you laugh last night?
Mat danish pidot i ler...suka wat lawak ngan aksi dia tuuu
2. What were you doing at 0800?-
kat umah lagi....w/pun time masuk keje kol 8 besa la kadang2 i lantik diri i boss
3. What were you doing 30 minutes ago?
Kat bank la..bayaq utang
4. What happened to you in 2006?
Banyak pahit..x mo kenang langsung kalo bolehh
5. What was the last thing you said out loud?
ABANG BALIKKK LA NIII JUGAKKK
6. How many beverages did you have today?
Mineral water, teh o ais dan milo suam
7. What color is your hairbrush?
Macam2 ada tapi selalu hilang ....anak2 main geram aku
8.What was the last thing you paid for?
Baru jap tadi gi bayaq det keta dan astroo
9. Where were you last night?
Kat umah tidoqqqqqqqqqq
10. What color is your front door?
Grill coklat dan sliding door laaa
11. Where do you keep your change?
Campak dalam henbeg jerr
12. What's the weather like today?
Dari pagi tadi sampai la ni ujannn
13. What's the best ice-cream flavor?
Perisa cekelat
14. What excites you?
Nak tau yang dalam perut ni boy ka girl
15. Do you want to cut your hair?
Nak sangat kasi pendekkk tapi kena tunggu la plakkkk
16. Are you over the age of 25?
I'm forever 25 hokkay
17. Do you talk a lot?
Ha tak kan tak tau lagi???
18. Do you watch the O.C.?
Benda apa tu??
19. Do you know anyone named Steven?
My x purchasing...menyampah gile aku kat apek tu
20. Do you make up your own words?
Gasakkkkkkkkk
21. Are you a jealous person?
Payah nak jeles..tapi cepat meradanggg
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ayu....kawan blog
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'?
Kak Ja la kawan blog jugakkk
24. Who's the first person on your received call list?
A.Zan owner umah ku wakakakakakakaka
25. What does the last text message you received say?
"Abah tak tau la bole cuti ke idak" waaaa kalo laki ku tak leh cuti x leh balik kg la raya ni
26. Do you chew on your straw?
Dak ehhhh
27. Do you have curly hair?
Teringin tapi x wat punnn
28. Where's the next place you're going to?
Nak balik kg raya ni pas tu nak gi Penang jalan2 buang duit
29. Who's the rudest person in your life?
Entah ler....
30. What was the last thing you ate?
Kopok ka apa tak tau la tapi ikan bilis yg di goreng ngan lenga dan kacang
31. Will you get married in the future?
Anak dah nak masuk 5 woiiiiiiiiii
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
DVD> susuk,Mummy 3 tu,dan lagi lupaaa
33. Is there anyone you like right now?
Ada ka??? ada kott
34. When was the last time you
did the dishes?
Anak2 ku yg basuh wakakakaka i kan dictator
35. Are you currently depressed?
Tarak laaa
36. Did you cry today?
Tak....rasa sakit hati ada la ngan anak2
37. Why did you answer and post this?
Putu ngan Kak Ja tag..so i jawab ler...heheheheheh lagi pun x kena duit kan??
38. Tag 5 people who would do this survey
Ayu
Cik Mas
Angah
Daela
Kak Lang
Zana
Jawab la hampa nooo
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 28, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, tag
my "girl"??????????
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 28, 2008 4 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, danish
supermummy
Lepas juma Redmummy, saya terus balik ambil Danish. Lepas tu balik umah kutip yang lagi 3 orang tu. Tengok ok tak comot so tak payah tukar baju kaedahnya. Terus bawak dia orang keluar. Depa ber3 tertanya-tanya mana saya nak pergi. Arghh ikut jer lahh apa susahh. Ibu yang drive bukan koranggg..
Saya bawak depa ke KFC >obo park< wakakakaka nih ikut slang bang chik..sebenarnya Harbour Park. Sebab saya rasa malas nak masak dan lagi jiran saya pinjam pinggan saya dah 3 hari tak pulangkan. Dia wat kenduri sunat anak dia si Amin tu la. Sila lah terima alasan ni yer. Lagi pun budak ber3 ni dok bersungut nak makan kat KFC...ok abahnya bz maka jom la kita pi.Ohh supermummy kan saya??? Tapi kalau masuk 5 nanti tak tau la saya larat handle ker idak. Letih gak rasanya tu. Jadi abah sila beli buggy untk danish...
Anak dara saya..yg kadang2 ober sikitt. Dia makan ayam seketoi pun sejam...
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 28, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, cerita-ceritit, makan-makan
bersua akhirnya.....
Finally bersua jugak kami akhirnya. Saja jer saya pilih nak jumpa dia hari dia nak balik. Bukan apa segan nak ganggu schedule holiday dia yg dah di arrangge awal2 tu. So we jumpa at epot lah. Wah peramah betul akak ni dan kecik molek jer jika nak dibandingakan dengan i yg gedabak ni. Nampak cam saya lah Makcik dia....wakakakakakaakaka.
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 28, 2008 7 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, red diva
Thursday, November 27, 2008
bila nak sunat nih?
Balik kerja semalam, abang dah tanya bila dia nak bersunat nihh. Tu bukan apa dalam kepala otak dia dok fikir RM jer la tu. Adoii. Sebab dah tak tau nak jawab apa, saya suruh dia tanya abah dia...hahaahha alasan nak selamat kan diri. Last abahnya kata, bulan 12 nanti lah. Ok terus dia setuju....
Bak kata kak Ja tu, kalau dia dah offer diri dia nak bersunat, lebih baik buat jangan lengah-lengah kan. Tapi masalahnya siapa yg nak tunggu dia nanti?? adoii pening kepala jugak tu. Abang suruh tok dan wan dia mai jaga dia, tapi wan dia ada f/up ngan spital lagi pasal kes mata dia.
Jadi nak upah sapa ni?????????
yang mengarok Madam Casper at Thursday, November 27, 2008 8 yang turut berpot-pet
Wednesday, November 26, 2008
Saya memang terasa
Ini luahan perasaan saya. Saya sebenarnya telinga kuali, maknanya tak kisah kalau gurau kasar pun dan agak payah nak simpan dalam hati. Kira macam habis di situ jer..tak de nak panjang2...
Tapi kali ni memang saya terasa sungguh. Saya bukan terasa dgn kawan2 blog yang baik hati semua yer,tidak. Sebab kawan2 blog semuanya bagi semangat pada saya. Terima kasih u olls. Tapi dgn org yg rapat dgn saya di luar sana...tapi bukan kawan saya Umi yg mulut laser tu ..tidak sekali-kali.
Alkisah, saya rasa macam saya ni di permain-mainkan. Memang niat nak bergurau tapi saya terasa sungguh.Mungkin sbb saya mengandung sama??
Saya terima berita saya mengandung ni dgn redha. Sebab ni anak saya dan suami saya. Kami yang akan bela dan bg makan. Bukan org lain. Tapi sebenarnya kami tak heboh2 sgt la. Biar jer org nampak perut saya yg sedia buncit ni akan buncit lagikk. jadi org tau saya ni mengandung. Tapi saya ada bg tau pada org2 yg rapat dgn saya dan teman2 blog tahu sbb saya war2 kan dalam blog. Masalahnya ada la org yg rapat dgn saya ni macam perli2 saya. Saya cukup terasa.
Ada ker patut dia kata kat saya punya pulun wat "kerja" ingat "sedap"jer tak ingat apa tu pasal sampai saya boleh mengandung. Mmg niat dia nak bergurau. Tapi kalau cakap sekali dua ok la saya boleh terima, tapi kalau setiap kali bersembang benda yang sama di ulang...siapa yang tak terasa dan sakit hati??? Kalau dah bergurau sampai hal dalam kain, ini dah kira melampau. Sekasar-kasar saya dan selaser saya tak de la nak bergurau sampai hal dalam kain orang. Walaupun saya dah 9 thn berkahwin dah beranak 4 nak masuk 5 saya malu tau. Jadi saya ambil keputusan saya tak akan call or jumpa org tu buat sementara. Saya memang merajuk dan terasa hati. Tunggu hati saya sejuk dulu.
Dulu saya pernah merajuk dgn org tu sbb tiap kali bersembang mesti bercerita pasal org tu kerja bagus, org ni kerja bagus, masuk U la apa la....
Jadi mulai semalam saya isytiharkan saya merajuk dgn org tu.....
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 11 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, merajuk
moga kekal hingga akhir hayat
HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi." Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? perkahwinan
abang pun nak sunat!!!
yg baju belang tu abang...sebelah dia tu amin
citernya semalam si amin ni dah bersunat. Bila saya balik keje, terus abang bg tau saya dia pun nak bersunat jugak. Sebab amin kata tak sakit...macam semut gigit jer. Saya kata OK lah kalau macam tu. Tapi main reason dia nak bersunat sbb dia kata dapat duit banyak. Dia nampak orang dok bagi duit kat Amin. Tu yang dia xcited.
Kisah sebenar dia nak bersunat sebab nak dapat duit. Sebelum ni bila dok kata dia nak kena bersunat dia tak mau. Alasan dia sakit. Tapi bila dia tgk Amin dapat duit..dia nak plak. Memang mata duitan betoi. Dah tu dia siap berangan lagi, dapat duit nanti dia tak mau simpan kat Tabung Haji tapi dia nak beli Handphone Sony Ericsson. Amboii cita2 kan men tinggi melangit. Sabar sajalah......
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 6 yang turut berpot-pet
Tuesday, November 25, 2008
masjid dah runtuh pun
KUALA LUMPUR - "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi." Demikian kenyataan balas pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada (gambar), 22, yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.
Menurut Farah, ketika dihubungi Kosmo! semalam, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.
"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.
"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 25, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? bodo piang, kahwin
Monday, November 24, 2008
Bodo piang
'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.
Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.
Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.
Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.
Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.
Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 24, 2008 8 yang turut berpot-pet
Jenama??? bodo piang, cerita-ceritit
Award
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 24, 2008 7 yang turut berpot-pet
Jenama??? award, cerita-ceritit
nenas tu
Mengandung kali ni saya suka asam. Org kata normal la pompuan mengandung suka asam. Tapi yg lepas2 saya tak suka sgt. Kalau tak mengandung lagi saya tak suka. Tapi kali ni mmg saya bedal habis. Asyik dok teringat benda masam jaaa.
Okeh hari saya belasah makan nenas dgn kicap. Adoiii sedapp oooo sampai lidah nak pijar...wakakakakaka. Lepas tu opismate saya bising sbb sy makan nenas...tajam nihhhh. Hik hik hik, bukan saya nak dabik dada or riak...tapi percayalah yg saya tak kan apa2. Rahim saya kuat. Masa mengandung saya boleh terlompat-lompat main bola jaring, angkat benda berat dan macam2 aktiviti lasak yang saya buat. Rezeki saya agaknya...
Jadi sebenarnya nak citer...jom la makan nenas...wakakakakakakakakkaka
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 24, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, makan-makan, preggy
memang tamak!!!!!!!!
Tadi saya kuar opis jap. Lari pi hantar SIL saya nak balik. Ohh dia dtg bercuti ngan anak -menantu dia kat Pulau ni dan berkampung kat rumah saya. Jadi hari ni dia nak balik dah ler, so saya pun gi la hantar dia balik.Alah teman kan dia kat Idaman Suri tu jer sbb dia nak beli barang lagik. Lepas tu saya pun pusing balik la nak masuk opis daaa. Dan citernya kat sini masa nak balik tu singgah lunch terus.
Tak ada pic yer. Sbb tak teringat nak amik pic. Lupa
Yang saya geram sangat pasal abang. dia kalau boleh amik lauk, amboii penung pinggan. Tapi tak pernah yg dia habis. Saya kata kat dia , itu sebab tamak. semua nak makan. Last sampai tak habis. Sayang jer tengok semua tu. Sbb tu saya suka tapau jer. Sbb kalau tapau saya amik lauk sejenis cukup dah. Ini kalau biar dia amik lauk...aduhhhhh. Bukan nya saya ni kedekut atau apa, cuma sayang la..membazir...
Itu lah perangai anak2..senang dapat maka suka-suka hati lah nak makan ke tidak. Saya dulu makan apa yg ada jer. Tak merungut dan tak demand. Anak2 sekarang??? Pandai demand, nak makan itu nak makan ini. Amboiii..mentang2 tak pernah rasa susah..sampai lupa diri...
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 24, 2008 4 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, cerita-ceritit
Saturday, November 22, 2008
tak de citer wehh...
bang chik la sapa lagikk hahahahahha
yang mengarok Madam Casper at Saturday, November 22, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, cerita-ceritit, merapu
citer gostan
citer gostan. heheheh tak pa la noo. hari ni baru donlod gambaq. gambaq pun culang caling..harap maap. nih pic barang yg kami beli. sikit jer tak banyak. beli yg penting2 jer.
yang mengarok Madam Casper at Saturday, November 22, 2008 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, casper nyer citer, shopping
Friday, November 21, 2008
perut abang yang ?????
Alamak pic Danish plak dok atas. Tak per la. Saja nak tunjuk Danish yg pakai CD. So jimat la duit Ibu sikit nak beli pampers. Tapi gi umah Mak still pakai pampers biasa. Bila dia jalan cam buntut Donald Duck pun ada . cute sangat. Motif tempek pic ni??? erkk saja nak promote beli la Cloth Diaper kat kawan saya..hahahahahhahaha..jimat ooooo
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 21, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? abang, cerita-ceritit, danish
jawab tag
kena tag ngan Putubambu. Pasal workstation daaa. Ni la meja saya kat opis yer. berselerak. tak kose teman nak kemas. kalo kemas, malas dah teman nak wat keje...
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 21, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, merapu, tagging
kasi chance org lain plak
citer pasal politik sikit. tu Tok Dah dan Kak Jat. Ntah apa yang di borakkan tak tau lah. Tapi news hari ni kuar, kata Kak Jat nak lawan Tok Dah. Akhir nya berani jugak Kak Jat bersuara setelah sekian lama jadi "kak turut". Tok Dah kan dah lama berada di atas takhta , jadi kasi chance la org lain pulak merasa naik takhta. Orang pun dah jemu asyik2 orang yg sama jer kat atas takhta tu. Apa sangat la yg nak di pertahankan jawatan kalau sekadar nak nama, nak kuar paper?? ishhh...seeloknya Tok Dah dok umah dah, layan suami, main ngan cucu-cicit...kan bagus????
Apa pun gud luck la Kak Jat, moga suscess yer....
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 21, 2008 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? lawan jgn tak lawan, merapu
Thursday, November 20, 2008
hari ni pun okehh
yang mengarok Madam Casper at Thursday, November 20, 2008 8 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, makan, preggy
Wednesday, November 19, 2008
bg chik potong kuku ibu naaaa
ibu: bg chik buat apa??
bg chik : kerat kuku...kuku angchik panjang (dia bhs kan dia angchik)
ibu: oooooo
bg chik: mai angchik tgk kuku ibu panjang dak
ibu: tgklaaa
bgchik: panjang..angchik kerat naaa ibu dok diam...
dgn semangat waja dia pun berusaha potong kuku saya. tapi satu jari ja pas tu dia stoppp
ibu: laaa jari lain macam mana??
bg chik: ibu kerat sendirilah..angchik x larat, kuku ibu keras...
pulak dah...ishh...ada ka kerat kuku....org potong kuku la bgchik....
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 19, 2008 5 yang turut berpot-pet
bekpes ari ni
nih minuman saya untuk pg nih. yoghurt bliss tu la. perisa oren. suka sgt masam2 ishhh
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 19, 2008 11 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, makan-makan, preggy
Tuesday, November 18, 2008
Doa sbg cara didik zuriat
Doa sebagai cara didik zuriat
MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.
"Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?"
Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib."Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.
"Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan."Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka."Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya. "Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya."Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 18, 2008 5 yang turut berpot-pet
kelepekk
adoii..pagi ni punya citer...
dari kol 5.30 pagi sampai sekarang asyik kuar masuk toilet membuang...adoii den tak larat dah. sah esok den nak amik MC. dah tak larat sgt. hari len leh tahan lagik..hari ni tak tahan daaaa.....makan salah, tak makan rasa lapar...bila makan kuar balik...adoiii ..bila la nak berakhir semua ni. kalau mengandung part ni yang tak tahan..huhuhuhuhuhuhu kesiannya kat diri sendiri...
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 18, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, preggy
Monday, November 17, 2008
rajuk
semalam saya teringin nak makan spaghetti. pesan kat en.atan nanti bawak balik spaghetti, dia pun angguk la kepala. jadik semalam tak larat sgt..so saya baring tutup lampu. abang dan bang chik pi mengaji quran. kakak dah tido sebb tak sihat. tggai si kecik danish. bila saya tutup lampu, gelap dia pun titon la...yg saya punya la mengantukkk awal tu tapi segar bugar plak mata. rasa lambat jer en.atan balik. yg air liur dah meleleh sbb dok tingat spaghetti. adoiii rasa cam lambat jer. perut kruk krak...tapi dok tingat spaghetti jugak.
bila en.atan balik, kami dah ting tong . tapi sy menggagahkan diri bangun...tapi sy sedihh sbb dia bwak balik spaghetti yg belum di masakkk. saya dok pk bila dia balik nak makan jer teruss. tapi yg belum di masakkk?? sedihh ooooo. pas tu sy tanya dia kenapa bwak balik yg belum di masak...frust tau tak.
pas tu sy sambung tido ngan hati yg geram. merajuk la konon hahahahahahha. tapi lepas tu sy dgr kelentung kelentang ...ohh suami ku gi masak spaghetti. i likee
bila siap dia kejut kan saya makan....dan dgn lahap nya saya makan...tanpa saya pelawa dia.hehehehe . lepas tu sy rasa lega yg amat sgt dan terus sambung tidurrr....
terima kasih en.atan....
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 17, 2008 9 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, en.atan, makan-makan
Sunday, November 16, 2008
mybutik2u
n3 nih akan dok kat sini untuk beberapa hari. saja tolong promote untuk kawan dia tak tahu dan tak suruh pun. x dapat komisien apa pun tapi kalau dia nak bagi ok jugak. kwang!kwang !kwang!!!. Jadik n3 baru akan dok bawak n3 ni ler...boleh gitu???
pada sesiapa suka online shopping tu sila la click kat http://www.mybutik2u.com/. kat sidebar tu pun ada gak. support la org kita sikit. kalau nak tau apa yg ada kat web ni sila la click kat url tu yer. toke dia nama cik mas. jadik kalo berkenan ker nak tanya apa2 ker... sila ke web site tu . segala pertanyaan anda akan di jawab oleh cik mas yer.
yang mengarok Madam Casper at Sunday, November 16, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? shopping
Saturday, November 15, 2008
aku yg frusttttttttt
weng weng dah kepala saya otak saya ni. geram tauu. apa tak nya sepatutnya en.atan akan gi interview ari ni kat SP. Tapi sekali bos dia tak bg cuti laa. geramm nya aku... kami anak beranak dah syok habih sebab leh balik dok sana.jemu dah ooo dok pulau ni. tapi pg ni en.atan bg tau dia tak leh cuti. geram tau kat bos en.atan tu rasa cam nak bg C4 jerk biar berkecai...ishh kejam sgt la pulak. tapi apa pun saya GERAM hari ni...dan FRUST...ooooooooooooooooooooo
yang mengarok Madam Casper at Saturday, November 15, 2008 8 yang turut berpot-pet
Friday, November 14, 2008
chenta hati ku...aummmmmmmmm
yang ni wajib la dok takhta teratas..kwang kwang kwang ...sapa nak kutuk lantak den tak dulik coz ni blog den..wokehhhh
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 14, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? abang, abg chik, casper nyer citer, danish, en.atan, kakak
my breakfast
my breakfast for 2day. wahh sebenar nya saya dah makan roti pagi tadi. tapi besalah sejak berdua ni asyik lapar jer. makan tak leh byk, kena sikit2...tapi lepas tu kena ulang makan sebab lapar. nasi ni opismate saya yg kasi, Lai nama dia. hubby dia tapaukan untuk dia, byk dia kata jadik dia kasi saya sikit. kari dan udang 2 ekor. saya pun bismillah la dgn penuh nikmat dan syukur. tapi sayang, saya tak boleh habiskan nasi tu sbb cepat sgt mengah. apa pun tengkiu Lai...
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 14, 2008 7 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, makan-makan, mengah
Thursday, November 13, 2008
terima kasih anak2 ku
kakak. saya tak suruh dia wat pun tapi entah lah. terharu sungguh saya. saya kan tak larat , balik keje terus kelepek atas sofa. jadik mmg ada la pinggan mangkuk dlm sink tak berbasuh. tapi budak 4 thn ni, aduhhh terharu saya tau. dia baru 4 thn, tapi cukup prihatin. susah payah dia amik kerusi biru tu lepas tu dia panjat dan basuh pinggan, cawan dlm sink tu. dia bg tau dia basuh sampai bersih. dah tu sisa2 makanan tu sebiji macam saya buat, dia kutip masukkan dlm plastik sampah. saat sy type n3 ni air mata saya bergenang. sbb sy terharu sgt dgn anak dara saya yg sorang ni, baru jer 4 thn tapi pemikiran dia menjangkaui usia dia. Terima kasih sayang, ibu sayang sgt kat kakak....
yang mengarok Madam Casper at Thursday, November 13, 2008 9 yang turut berpot-pet
Jenama??? abang, anak2, casper nyer citer, kakak