Ini luahan perasaan saya. Saya sebenarnya telinga kuali, maknanya tak kisah kalau gurau kasar pun dan agak payah nak simpan dalam hati. Kira macam habis di situ jer..tak de nak panjang2...
Tapi kali ni memang saya terasa sungguh. Saya bukan terasa dgn kawan2 blog yang baik hati semua yer,tidak. Sebab kawan2 blog semuanya bagi semangat pada saya. Terima kasih u olls. Tapi dgn org yg rapat dgn saya di luar sana...tapi bukan kawan saya Umi yg mulut laser tu ..tidak sekali-kali.
Alkisah, saya rasa macam saya ni di permain-mainkan. Memang niat nak bergurau tapi saya terasa sungguh.Mungkin sbb saya mengandung sama??
Saya terima berita saya mengandung ni dgn redha. Sebab ni anak saya dan suami saya. Kami yang akan bela dan bg makan. Bukan org lain. Tapi sebenarnya kami tak heboh2 sgt la. Biar jer org nampak perut saya yg sedia buncit ni akan buncit lagikk. jadi org tau saya ni mengandung. Tapi saya ada bg tau pada org2 yg rapat dgn saya dan teman2 blog tahu sbb saya war2 kan dalam blog. Masalahnya ada la org yg rapat dgn saya ni macam perli2 saya. Saya cukup terasa.
Ada ker patut dia kata kat saya punya pulun wat "kerja" ingat "sedap"jer tak ingat apa tu pasal sampai saya boleh mengandung. Mmg niat dia nak bergurau. Tapi kalau cakap sekali dua ok la saya boleh terima, tapi kalau setiap kali bersembang benda yang sama di ulang...siapa yang tak terasa dan sakit hati??? Kalau dah bergurau sampai hal dalam kain, ini dah kira melampau. Sekasar-kasar saya dan selaser saya tak de la nak bergurau sampai hal dalam kain orang. Walaupun saya dah 9 thn berkahwin dah beranak 4 nak masuk 5 saya malu tau. Jadi saya ambil keputusan saya tak akan call or jumpa org tu buat sementara. Saya memang merajuk dan terasa hati. Tunggu hati saya sejuk dulu.
Dulu saya pernah merajuk dgn org tu sbb tiap kali bersembang mesti bercerita pasal org tu kerja bagus, org ni kerja bagus, masuk U la apa la....
Jadi mulai semalam saya isytiharkan saya merajuk dgn org tu.....
Wednesday, November 26, 2008
Saya memang terasa
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 11 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, merajuk
moga kekal hingga akhir hayat
HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi." Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? perkahwinan
abang pun nak sunat!!!
yg baju belang tu abang...sebelah dia tu amin
citernya semalam si amin ni dah bersunat. Bila saya balik keje, terus abang bg tau saya dia pun nak bersunat jugak. Sebab amin kata tak sakit...macam semut gigit jer. Saya kata OK lah kalau macam tu. Tapi main reason dia nak bersunat sbb dia kata dapat duit banyak. Dia nampak orang dok bagi duit kat Amin. Tu yang dia xcited.
Kisah sebenar dia nak bersunat sebab nak dapat duit. Sebelum ni bila dok kata dia nak kena bersunat dia tak mau. Alasan dia sakit. Tapi bila dia tgk Amin dapat duit..dia nak plak. Memang mata duitan betoi. Dah tu dia siap berangan lagi, dapat duit nanti dia tak mau simpan kat Tabung Haji tapi dia nak beli Handphone Sony Ericsson. Amboii cita2 kan men tinggi melangit. Sabar sajalah......
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008 6 yang turut berpot-pet