Thursday, December 4, 2008

Alahai Tok Maimun!!!!!

Nenek glamor ingin cuba nasib lagi

Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup."Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini. "Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok."Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja."Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun."Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah."Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok," katanya.Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.Bagaimanapun, katanya, tiga bidang tanah miliknya di Marang yang dibelinya dulu telah diambil semula oleh penjualnya kerana beliau tidak menukar nama dalam geran asal.Beliau berkata, jika beliau gagal menyertai pilihanraya kecil ini, beliau berharap akan ada calon bebas yang lain bertanding di situ."Tetapi kalau boleh, Tok nak mereka (calon bebas berkenaan) guna lambang bulan bintang sebab Tok suka dengan lambang itu."Jika mereka nak Tok tolong, Tok pun nak tolong juga," katanya lagi.

Bengang..marah..benci...




KETIKA SAAT INI SAYA SEDANG MARAH, BENGANG, MELUAT DENGAN SESEORANG. SESEORANG YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN SAYA TAPI..SEMALAM ADALAH PUNCANYA....




nanti bila mood saya ok, saya ceritakan yer....