Monday, November 10, 2008

mulut jahat

nih nak citer pasal mulut longkang dan jahat. saya tau la saya ni anak ramai. 4 nak masuk 5. jadik ada la mulut2 jahat ni kata saya ni keje beranakkkkkkkk jer tak pandai nak plan. ishh saya dan en.atan pun pk 4 cukup dah. tapi dah rezeki so kami terima jer laa. takkan nak tolak rezeki kot. sebab yg nak kuar duit membela anak2 tu saya dan en.atan dan yg sakit nak beranak tu saya sendiri ok. jadik kepada pah bedah tu tak yah la nak kalut2 or sibuk2 pasal umah tangga saya yer. saya tak pening kepala pun...yg hang kalut pasai pa???

saya akui anak2 saya memang lasak. bg chik tu kaki berparut jer...merata tempat dia terjah. jenuh si abang nak ligan dia suruh balik. yg kakak pun sama, bercakaran ngan bg chik...

saya cuma berdoa semoga saya dan en.atan di berikan kesihatan yg baik untuk kami bekerja untuk membesarkan anak2 kami. dan dapat kami memberi rezeki yg halal kepada anak2 kami. kalau rezeki dan sumber pun halal baru la anak2 menjadi. contohnya anak sulung saya Luqman dapat result yg baik exam akhir baru2 ni. Tempat ke 3 dalam kelas dengan peratus yg memberangsangkan. Mestilah kami sebagai ibu bapa ni bangga sangat dgn pencapaian anak kami. Jadik apa yg ko jeles tu pah bedah????Dah byk bukti saya tgk kalau sesiapa yg tolak rezeki ni, yg depan umah saya, kata keguguran tapi kami syak dia makan sesuatu nak bg kandungan dia turun. Allah sempitkan rezeki tu sampai susah sgt depa la ni. hari2 makan telur. Dan byk lagi musibah yg di alami, keta dah berbulan tak bayar, sewa umah pun sama...saya tak nak idup saya dan anak2 susah macam tu....

Lagi pun saya kan sorang2 jer tak de adik beradik. Jadi Tuhan bg la anak2 yg ramai untuk saya. dan kali ni saya harap anak saya ni perempuan...ada la kawan kakak kan???

Jadi kepada mulut2 jahat tu hentikan lah menggangu idup saya...sbb saya tak sibuk pun pasal idup hampa yer.....

sekitar birthday danish

buat bday danish hari jumaat. syer ngan anak member. sebenarnya danish lahir 14/11 jadik kahmis ni baru dia cukup setahun. tak per la kira advance la ni. pic tak bnyk sbb photographer sibuk melayan budak2.


nih kek si alisya, anak kawan saya

tu pic saya yg muka sememeh, sebelah tu bespren saya.

nih la danish dan kakak alisya masa cake cutting, mula tu nak cari kek yg ada pic pokemon ka , tom n jerry ker tapi tak der..so amik la yg bunga2 biasa tu. tapi nampak tak tak tangan danish tu...dia dah tak sabar dia gi pegang bunga krim tu hah selebet tangan diaaa


masa ni dia tak pegang bunga tu lagik...dok heran awat org ramai la kott.



ini ler kek danish. simple jer...




kena tag

saya kena tag ngan putubambu....jadik ni ler hasilnya







nih ler muka sememeh teman wakakakakaka. tak berlipstick dan tudung kang kali kung ...kita halal lah yer



Here're the rules of the tag.

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.

2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this




hah ni teman nak tag sapa nih...jap yer...


1. daela

2. angah pit pot

3. ayu

4. shafa


cukup la 4 dulu...nanti den sambung lagik 6 org tu yer..boleh tak? boleh lerrr

saya yang letih

sebenarnya saya nak post entry bday danish. tapi camera tak tau saya pi lempaq tang mana. saya letih sebenarnya. saya kalo preggy terus lembik. alah la apa lagikk. tadi nak bangun punya malas la. sakit badan. dan sekarang ni pinggang saya sakit rasa cam nak period plak. entah lahhh.

dah mula la muntah pagi2. tapi kali ni tak teruk macam yg lepas2. muntah pagi jer..lepas tu tak larat la apa lagi. ..saya akan lembik sampai kol 11 macam tu..lepas tu cergas la balik. boleh laaa.

saya dah tak boleh bau nasik. rasa nak muntah jer. bau ayam panggang tu pun tak lalu. semalam saya teringin nak makan mcflurry kat mcdonald tu. so dapat laa. balik jer dr mcd, en.atan singgah pasar malam. dia ajak sy turun tapi saya tak mau. sy tunggu dlm keter jer, sbb bau makanan tu dah buat saya loya........