Monday, November 24, 2008

Bodo piang


HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.
'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.
Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.
Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.
Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.
Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.
Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.
Malu saya tgk pic ni. Kakak tu sah2 la Melayu beragama Islam. Pasai apa la cetek sgt akal dia, nak terjun bangunan? Dah tu yg lebih aib buka baju sendiri pulak tu.Tak jadik saya nak kesian dgn kakak tu...ikut sgt rasa hati sampai tak sayang nyawa dan maruah. Lu pikir la sendiri...bak kata Bang Bil

Award


Hah semalam saya pergi anugerah oskar. Jadi saya dapat award, huh hebat tak?? hebat la ..kwang kwang kwang kwang
Ha award ni dapat dari Putubambu. Terima kasih byk2 sbb bg award ni. Ni la 1st time saya dapat award ni. I likeeee ittt....
Ok award ni saya nak panjang kan kepada:
1-Ayu
2-Daela
3-Angah
4-Cik Mas
5-Shafa
6-Zana
7-Kak Lang
8-Bang Lang
Okeh cukup la tu...

nenas tu

Mengandung kali ni saya suka asam. Org kata normal la pompuan mengandung suka asam. Tapi yg lepas2 saya tak suka sgt. Kalau tak mengandung lagi saya tak suka. Tapi kali ni mmg saya bedal habis. Asyik dok teringat benda masam jaaa.

Okeh hari saya belasah makan nenas dgn kicap. Adoiii sedapp oooo sampai lidah nak pijar...wakakakakaka. Lepas tu opismate saya bising sbb sy makan nenas...tajam nihhhh. Hik hik hik, bukan saya nak dabik dada or riak...tapi percayalah yg saya tak kan apa2. Rahim saya kuat. Masa mengandung saya boleh terlompat-lompat main bola jaring, angkat benda berat dan macam2 aktiviti lasak yang saya buat. Rezeki saya agaknya...

Jadi sebenarnya nak citer...jom la makan nenas...wakakakakakakakakkaka

memang tamak!!!!!!!!

Tadi saya kuar opis jap. Lari pi hantar SIL saya nak balik. Ohh dia dtg bercuti ngan anak -menantu dia kat Pulau ni dan berkampung kat rumah saya. Jadi hari ni dia nak balik dah ler, so saya pun gi la hantar dia balik.Alah teman kan dia kat Idaman Suri tu jer sbb dia nak beli barang lagik. Lepas tu saya pun pusing balik la nak masuk opis daaa. Dan citernya kat sini masa nak balik tu singgah lunch terus.
Tak ada pic yer. Sbb tak teringat nak amik pic. Lupa

Yang saya geram sangat pasal abang. dia kalau boleh amik lauk, amboii penung pinggan. Tapi tak pernah yg dia habis. Saya kata kat dia , itu sebab tamak. semua nak makan. Last sampai tak habis. Sayang jer tengok semua tu. Sbb tu saya suka tapau jer. Sbb kalau tapau saya amik lauk sejenis cukup dah. Ini kalau biar dia amik lauk...aduhhhhh. Bukan nya saya ni kedekut atau apa, cuma sayang la..membazir...

Itu lah perangai anak2..senang dapat maka suka-suka hati lah nak makan ke tidak. Saya dulu makan apa yg ada jer. Tak merungut dan tak demand. Anak2 sekarang??? Pandai demand, nak makan itu nak makan ini. Amboiii..mentang2 tak pernah rasa susah..sampai lupa diri...