KUALA LUMPUR - "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi." Demikian kenyataan balas pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada (gambar), 22, yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.
Menurut Farah, ketika dihubungi Kosmo! semalam, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.
"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.
"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.
Tuesday, November 25, 2008
masjid dah runtuh pun
dah runtuh pun sebuah masjid. Senang jer golongan artis ni lafaz cerai macam dialog depa berlakon....
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 25, 2008
Jenama??? bodo piang, kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 yang turut berpot-pet:
hurm tuelah...
tara tuelah depa... gatai no 1 pastue nak cerai...
qasa style kot...
publisiti murahan ja tue kakta...
akhir tahun nanti kluaqla paper yang perkara 2008 berlaku... so depa dapatla dikenang... syok sangatla
uish..byknya spam.. delete jek cas..
artis2 ni kan..kahwin-cerai dah jadi mainan depa pulak kan...
tu sbb sy x jd nak mengartiskan diri sy ni.. banyak sgt godaan nnt...
p/s .. lupa nak cakap....
wah..wah..wahh... header baru....tantek...
adoih hai..
bergegar arasy setiap kali talak d lafaz...
derang ingat memain ke ek kak?
Bila org buat generalisation ttg artis ni, depa marah.. Tp tengoklah brp bnyk rumahtangga artis yg berantakan dek kerana org ketiga..
Kalau depa x buat, org tak kata..
Post a Comment