Monday, January 5, 2009

kekejaman Israel




Pesawat pejuang, kereta kebal bedil Hamas

BANDAR RAYA GAZA: Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.

Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.



Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.

"Kamu memasuki Gaza seperti tikus. Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.

Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.


TENTERA Israel dibantu bedilan meriam (gambar bawah) memulakan serangan darat ke atas Gaza awal pagi semalam, selepas lapan hari melancarkan serangan udara.


Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.

Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.

Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.

Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.

Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.

Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.

Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. - AP

Cetak

citer hawau untuk 5/1/2009

GAJI belum masuk lagi dan dah jemu dah nak check...hampehhhhhhhhhh. jadik cuba bayangkan situasi den macam mana??? hangat pungkok semua ada....benciiiiiii....