Showing posts with label abang. Show all posts
Showing posts with label abang. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Abang sedih

Hari ni macam biasa. Call anak2 yang balik bercuti kat kampung tu. Dengar jer suara saya abang terus nangis...aikkk heran..pasai apa?

Ibu: La ni awat???
Abg: Tok pukoi abang
Ibu: Ermmm...pasai apa?
Abg: Abg gaduh dgn bg chik, pas tu tok mai pukoi abang
Ibu: Pukoi kat mana?
Abg: Kat telinga...
Ibu: Oooo (MIL saya mmg suka masuk campur hal budak2...)
Abg: Abg nak balik hari ni jugak (Depa plan nak balik Sabtu nih. Sedih sgt dia. )
Ibu: Ok ibu bg tau abah.

Ermm tak leh nak komen lebey2. Tapi saya tak berapa berkenan part MIL saya yg suka masuk campur hal budak2. Budak2 biasala bergaduh kejap lepas tu baik balik. Kalau balik berkumpul ramai2 lagi lah macam2 karenah sepupu-sepapat tu bila berjumpa.
Bila bg tau abahnya, tetap abahnya suruh balik hari Sabtu jugak. Hehehehe kesian abang. Syahdu saya dgr dia menangis. Masa kat rumah ibu dok marah malahan kadang2 kena piat telinga tak pulak abang sedih yer. Ishhh budak2 macam tu lah. Buruk2 pun parent depa kan?
Sabar saja lah abang. Lagi 2 hari abang nak balik ke sini. Lepas ni memang saya tak bagi la depa balik kampung. Bukan apa, balik baru 2 hari dah kalut call kata rindu ibu, abah dan Danish. Siap menangis berlagu hiba lagi. Jadi daripada menyusahkan tok dan wan..adalah lebih baik tak payah balik. Dok jer kat pulau nih.

Thursday, May 7, 2009

terima kasih abang

Cerita semalam. Lepas solat maghrib abang mai dok sebelah saya. Nih conversation kami 2 beranak:

Abang: Ibu tau apa yang abang doa tadi???
Ibu: Tak tau..doa bg abang dapat awek lawa??? (saya suka usik dia cam tu)
Abang: Dakkk .....
Ibu: Habih mana ibu tau....
Abang: Ibu doa bg ibu senang beranak kat baby....bagi ibu tak sakit. Beranak tu sakit kan. Tu
yang abang doa minta kat Allah jangan bagi ibu sakit

Adoii syahdu dgr ayat2 dia. Terima kasih abang....kerana cukup mengerti. Harap2 bila ibu dan abah tak da nanti abang akan tetap berdoa untuk kami. Itu la my Luqman Atiff yg memang nakal sangat masa kecik dulu sampai saya pening..

Ibu: Oh terima kasih. Selain tu abang kena doa juga bg murah rezeki, sihat, abang belajar senang masuk....

Abang: ada abang doa....


Perasaan saya?? Gembira walaupun sedikit syahdu...

Tuesday, April 7, 2009

Photostat lagikk


Buku text english abang yg kena photocopy. Photocopy lagik...ish ishhh. Tadi abahnya datang hantar buku dia. Bukan la nak berkira setakat sekeping A4 paper tu. Lagi pun mesin photocopy tu dok belakang saya jer..tekan jer..kuar la.
Tapi yang saya angin sikit tu bila saya check xcercise book dia, Teacher dia tak tanda pun. Ishh apa hal asyik bg kerja kat student lepas tu tak tanda.Takkan Teacher tu nak kumpul byk2 baru nak tanda???
Cuba baca n3 kat http://redmummy.com. Kak red ada citer pasal abang. Sedih jer hati bila baca kisah tu.
Saya selalu jer abaikan aduan abang pasal cikgu dia. Sbb abang tu agak nakal. Tapi saya tau abg cuma nakal kat umah...main2 dgn saya dan abahnya. Di sekolah dia agak berdisiplin. Saya bukan apa bimbang cikgu akan mengata saya ni manjakan anak. Tapi bila baca kisah abang anak kak red..lepas ni saya perlu peka dengan aduan abang. Kesian dia.


Kita Untung

Dialog abang dan bang chik

A: KITA UNTUNG LA
B: BAGUIH LA
A: TGK DUIT KITA BYK
B: ACHIK NAK SIKIT
A: X BOLEH..SIMPAN NAK PI CAMERON HIGHLAND,BELI PSP
B: LAMBAT LAGI KA
A: LAMBAT LAGI...BAQU ADA 6 QINGGIT
B: 6 QINGGIT TU BYK KA
A: SIKIT..
B: OOOOOOOOOOOOO

Ha lepas tu saya sergah budak ber2 tu. terkejut depa. Sy tgk byk duit syiling . Bila tanya mana depa ambik..rupanya depa juai sticker. Yg tukang juai tu abang la. Adoiiii..sticker tu ada dalam buku color yg abah beli untuk bg chik.Selalunya kalau ada sticker depa akan pelekat merata rumah..tapi kali ni tidak. Sebab depa buat bisnes...
So la ni hari2 dok kira duit tu la. Dah tu pantang nampak duit syiling saheh jadi hak milik budak ber2 tu. Erkk kakak tak join dia cuma tukang amik duit ja...satu hari 3 kupang untuk beli ais krim heheheheheheheh

Friday, March 27, 2009

Luqman Atiff



Luqman Atiff tu nama anak sulung saya. Dah 9 thn pun usia dia. Agak boleh di harap jugak la w/pun kadang2 sy geram dgn perangai dia. Bila dia naik syeh nak mengada-ngada tu. Biasala kan budak2.

Ok nak citer pasal Luqman Atiff. Bila dah darjah 3 ni..>> umo dia sebenarnya baru 8 thn 3 bulan coz dia lahir pasa 21/12/2000. Saya dan abahnya dah nampak la perubahan pada cara dia berfikir tu. Bila kami ni lambat nak solat...dia cepat2 remind kami...

"ibu ngan abah satgi semayang tau" wahh tersentuh hati kita sbg ibu dan abah ni. Kalau tak de perasaan jugak tu tak tau la nak kabarkan cam na.

Tiap kali dia nak ke tahfiz mesti dia pesan
"abang nanti semayang kat tahfiz dgn ustaz, abah semayang dgn ibu tau" saya hanya mengangguk kepala.

Dia dah boleh hafal dan baca surah2 dan kalau tak ke tahfiz sbb cuti dia yg jadi imam adik2 dia sembahyang. Imam kepada bgcik dan kakak. Dan saya cuma ingatkan dia niat masa nak jadi imam tu. Tak pun dia akan ke surau yg dekat dgn umah kami.

Alhamdulillah...saya tak perlu nak jerit2 ingatkan dia suruh solat. Ya la ini kan t/jawab ibu dan bapa. Cuma perlu bg tau dia waktu sembahyang dah masuk. Saya berdoa semoga sikap ni akan berterusan sampai saya dan abahnya tiada kelak. kerana doa anak yg soleh akan membantu ibu dan bapanya di dalam kubur nanti.

Wednesday, March 18, 2009

Pasal handphone

Citer pasal handphone ni. Sebenarnya kami belikan satu untuk abang.HP sekenhen ja, RM50. Bukan apa senang nak check citer kat umah. Dan dia pun senang nak call kami bg tau apa yg patut. Tapi masalahnya..adeiii anak2 ni. kejap2 dia call..bg tau tu bg tau ni. Penat juga nak menjawab. Lepas tu sms...hahahah dah pandai sms bergambar tu. Tu yang tak tahan.

Tapi dia cuma call saya dan en.atan saja la dan tok wan dia. Dan kami masukkan no telefon balai polis dan no 994. Cuma pesan kat dia call no tu bila perlu dan penting saja. Jgn sesaja gatai tangan nak dial no tu...Dan HP dia tu cuma boleh guna dlm rumah jer..tak boleh bawak kuar dr umah dlm erti kata lain masa nak pi main tu kena tinggal kat umah la. Walaupun rega 50 tapi bg saya mahall ooooo




Antara mesej bergambar yg saya terima....

ni hp antik saya...saja jer tepek gambar

Friday, December 5, 2008

Abang yang frustt

Hah betul..abang mengadu pada saya semalam dia kecewa...tiba2 saja dia luahkan dia tengah kecewa...Apa lah yang budak 8 thn (dia officially cukup 8 thn 21/12 ni) tahu apa erti kecewa...

Hah sebenarnya dia kecewa sbb dia putus hubungan dengan gepren dia. Whatttt bersunat pun belum dah ada gepren kat sekolah, Memang gatal la namanya tu. Abihh bila dia mengadu macam tu dia ingat ibu dia nak simpati la dgn dia..hah kena bambu pong pang pong pang kat telinga ada.

Ya lahh kecik2 ada hati nak bercinta nak bergepren. Yang ibu dia lepas sekolah baru la gatai nak bercinta. Nihh ikut sapa pun tak tau la.

Ubun2 kepala pun lembut lagi, ishh memang saya berleter sakan dekat dia. Bila citer pada en.atan dia sengih jaa. Boleh dia tanya kat abang , kenapa abang putus ngan awek dia...adoiiiii anak dan abah ni sama jer...

Thursday, November 27, 2008

bila nak sunat nih?

Balik kerja semalam, abang dah tanya bila dia nak bersunat nihh. Tu bukan apa dalam kepala otak dia dok fikir RM jer la tu. Adoii. Sebab dah tak tau nak jawab apa, saya suruh dia tanya abah dia...hahaahha alasan nak selamat kan diri. Last abahnya kata, bulan 12 nanti lah. Ok terus dia setuju....

Bak kata kak Ja tu, kalau dia dah offer diri dia nak bersunat, lebih baik buat jangan lengah-lengah kan. Tapi masalahnya siapa yg nak tunggu dia nanti?? adoii pening kepala jugak tu. Abang suruh tok dan wan dia mai jaga dia, tapi wan dia ada f/up ngan spital lagi pasal kes mata dia.

Jadi nak upah sapa ni?????????

Wednesday, November 26, 2008

abang pun nak sunat!!!

yg baju belang tu abang...sebelah dia tu amin


citernya semalam si amin ni dah bersunat. Bila saya balik keje, terus abang bg tau saya dia pun nak bersunat jugak. Sebab amin kata tak sakit...macam semut gigit jer. Saya kata OK lah kalau macam tu. Tapi main reason dia nak bersunat sbb dia kata dapat duit banyak. Dia nampak orang dok bagi duit kat Amin. Tu yang dia xcited.

Kisah sebenar dia nak bersunat sebab nak dapat duit. Sebelum ni bila dok kata dia nak kena bersunat dia tak mau. Alasan dia sakit. Tapi bila dia tgk Amin dapat duit..dia nak plak. Memang mata duitan betoi. Dah tu dia siap berangan lagi, dapat duit nanti dia tak mau simpan kat Tabung Haji tapi dia nak beli Handphone Sony Ericsson. Amboii cita2 kan men tinggi melangit. Sabar sajalah......

Friday, November 21, 2008

perut abang yang ?????

Alamak pic Danish plak dok atas. Tak per la. Saja nak tunjuk Danish yg pakai CD. So jimat la duit Ibu sikit nak beli pampers. Tapi gi umah Mak still pakai pampers biasa. Bila dia jalan cam buntut Donald Duck pun ada . cute sangat. Motif tempek pic ni??? erkk saja nak promote beli la Cloth Diaper kat kawan saya..hahahahahhahaha..jimat ooooo

Hah pic ni yg sebenarnya nak tunjuk. Sila fokus pada perut abang yg berlipat tu yer. Hah nampakkan?Tak tau la apa akan jadi?? dah nak boroi dah budak ni sorang. yg abah tu pipih jer..ishhh.. baru darjah 2 la nak oii tapi dah berlapis-lapis macam kuih lapis daaaa...

Friday, November 14, 2008

chenta hati ku...aummmmmmmmm

yang ni wajib la dok takhta teratas..kwang kwang kwang ...sapa nak kutuk lantak den tak dulik coz ni blog den..wokehhhh

anak sulung den...

anak no 2 den


anak dara den yg sorang tu



budak kecik den ....




Thursday, November 13, 2008

terima kasih anak2 ku

kakak. saya tak suruh dia wat pun tapi entah lah. terharu sungguh saya. saya kan tak larat , balik keje terus kelepek atas sofa. jadik mmg ada la pinggan mangkuk dlm sink tak berbasuh. tapi budak 4 thn ni, aduhhh terharu saya tau. dia baru 4 thn, tapi cukup prihatin. susah payah dia amik kerusi biru tu lepas tu dia panjat dan basuh pinggan, cawan dlm sink tu. dia bg tau dia basuh sampai bersih. dah tu sisa2 makanan tu sebiji macam saya buat, dia kutip masukkan dlm plastik sampah. saat sy type n3 ni air mata saya bergenang. sbb sy terharu sgt dgn anak dara saya yg sorang ni, baru jer 4 thn tapi pemikiran dia menjangkaui usia dia. Terima kasih sayang, ibu sayang sgt kat kakak....

anak bujang saya yg sulung. kadang2 saya rasa bersalah dgn dia. ya la dia baru 8 thn. officially 21/12 ni baru dia cukup 8 thn, tapi saya byk bergantung pada dia. jaga adik2 dia. sapu sampah kemas umah malah kadang2 dia kena wat susu danish. lepas tu kena angkat kain la. dan macam2 lagi. kadang2 saya rasa saya ni kejam sgt pada dia. sbb tu saya cuba penuhi apa yg dia minta..sbb dia byk bertolak ansur dgn saya. rasa macam dia tu tgn kanan saya. betul la ada hikmah nya bila anak ramai ni kan.

Monday, October 20, 2008

dam...

pagi tadi dia minta RM2 kat abah nak beli dam ni lah. dam teka teki. motif dia nak beli dam ni??? sebab background tu spiderman. jadik dia dah beli dan sure ku suruh dia bergambar ngan dam tu. hihihihihi kasi gegar skitt.

jadik tadi sebelum masuk opis balik..saya pun join sekali la main itu dam...syokk oooooo..dah nama pun mak kan?? jadik haruss ibu lah yang menang huhuhuhuhuhuhu