Friday, March 27, 2009

Luqman Atiff



Luqman Atiff tu nama anak sulung saya. Dah 9 thn pun usia dia. Agak boleh di harap jugak la w/pun kadang2 sy geram dgn perangai dia. Bila dia naik syeh nak mengada-ngada tu. Biasala kan budak2.

Ok nak citer pasal Luqman Atiff. Bila dah darjah 3 ni..>> umo dia sebenarnya baru 8 thn 3 bulan coz dia lahir pasa 21/12/2000. Saya dan abahnya dah nampak la perubahan pada cara dia berfikir tu. Bila kami ni lambat nak solat...dia cepat2 remind kami...

"ibu ngan abah satgi semayang tau" wahh tersentuh hati kita sbg ibu dan abah ni. Kalau tak de perasaan jugak tu tak tau la nak kabarkan cam na.

Tiap kali dia nak ke tahfiz mesti dia pesan
"abang nanti semayang kat tahfiz dgn ustaz, abah semayang dgn ibu tau" saya hanya mengangguk kepala.

Dia dah boleh hafal dan baca surah2 dan kalau tak ke tahfiz sbb cuti dia yg jadi imam adik2 dia sembahyang. Imam kepada bgcik dan kakak. Dan saya cuma ingatkan dia niat masa nak jadi imam tu. Tak pun dia akan ke surau yg dekat dgn umah kami.

Alhamdulillah...saya tak perlu nak jerit2 ingatkan dia suruh solat. Ya la ini kan t/jawab ibu dan bapa. Cuma perlu bg tau dia waktu sembahyang dah masuk. Saya berdoa semoga sikap ni akan berterusan sampai saya dan abahnya tiada kelak. kerana doa anak yg soleh akan membantu ibu dan bapanya di dalam kubur nanti.

Tuesday, March 24, 2009

Kentut


Pic ni dr yahoo...godek2 jumpa la

Kisahnya tahun 1996 saya ngah exam STPM. Suasana sunyi sepi. Ya la masing2 concentrate jawab exam. Tiba2 saya rasa nak terkentut. Hah sudah..takkan saya nak angkat tgn..nak bg tau penjaga exam yg saya nak terkentut dan minta diri kuar sekejap. Aduhhh..mmg tak boleh tahan ni..jadik dgn penuh konpiden saya pun melepas la angin tu dgn harapan angin tu slow..rupanya kuat...
Hahahahahahah...cam na nak kontrol malu niii...saya pun buat bunyi dgn mulut konon2 saya saja main2...

Tapi mana yg dok berhampiran saya..meja dah bergoyang sbb menahan gelak..saya apa lagi..mmg tutup mulut serapat mungkin menahan gelak..

Kentut mana boleh tahan...kalau dah rasa nak melepas harus di lepaskan...

Thursday, March 19, 2009

Teman Sejati

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


Anda ada teman sejati????




ADAKAH ADAM TEMAN SEJATI KAKAK???



ABANG DAN AMIN????

Wednesday, March 18, 2009

Pasal handphone

Citer pasal handphone ni. Sebenarnya kami belikan satu untuk abang.HP sekenhen ja, RM50. Bukan apa senang nak check citer kat umah. Dan dia pun senang nak call kami bg tau apa yg patut. Tapi masalahnya..adeiii anak2 ni. kejap2 dia call..bg tau tu bg tau ni. Penat juga nak menjawab. Lepas tu sms...hahahah dah pandai sms bergambar tu. Tu yang tak tahan.

Tapi dia cuma call saya dan en.atan saja la dan tok wan dia. Dan kami masukkan no telefon balai polis dan no 994. Cuma pesan kat dia call no tu bila perlu dan penting saja. Jgn sesaja gatai tangan nak dial no tu...Dan HP dia tu cuma boleh guna dlm rumah jer..tak boleh bawak kuar dr umah dlm erti kata lain masa nak pi main tu kena tinggal kat umah la. Walaupun rega 50 tapi bg saya mahall ooooo




Antara mesej bergambar yg saya terima....

ni hp antik saya...saja jer tepek gambar

Tuesday, March 17, 2009

Pasal Danish





PASAL DANISH???

- GIGI DIA DAH ADA 10..MAKA DIA SUKA SGT MENGGIGIT
- RAMBUT DIA CURLY
- MAKIN GEDIK
- KAMI PANGGIL DIA ABANG TEH
- SUKA NAIK MOTOR
- MANJA NGAN "MAK" DIA
- TAK LEH BANGKANG, KALAU BANGKANG SURE MELALAKK
- PANDAI GADUH. HARI TU DIA GADUH NGAN KAKAK DIA PAS TU SIAP ANGKAT KAKI LAGI...
- BERAT MULUT..HAHAHAH TAPI PART LAIN AKTIF. AGAKNYA SBB DIA TUMBUH GG DAN BOLEH BERJALAN DGN CEPAT
- DIA SUKA PAKAI KASUT CROCS DIA..SAMPAI NAK BAWAK TIDOQ
- OPS SUKA MAIN AIR. PANTANG LEPA MASUK BILIK AIR
- KALAU NAK SUSU ..HUHUHU MELALAK SAKAN PAS TU DIA MESTI PI KAT TEMPAT SUSU
- MAKAN APA SAJA TAK KIRA MASAM, MANIS OR PEDAS...
-

Monday, March 16, 2009

My birthday

Chupp...birthday saya 23/2 yg lepas. Dah nak dekat sebulan pun berlalu. Saja nak citer kat sini hadiah yg saya dapat dr En.Atan. Tu pun dia boleh lupa tarikh birthday saya. Bila sy bg hint2 tu baru dia tepuk pala...adeiii sabar saja lahhh.
Tapi tidak la saya merajuk ke apa ker sbb saya dah tau dia mmg macam tu..wakakakakaka..




Nak tergelak saya bila saya dapat lipstick ni. Sbb saya bukan pesen tenyeh lipstick..tapi memandangkan En.Atan yg bg saya tenyeh juga masa nak ke opis. Tu pun kadang2 lupaa

Yang ni saya suka. Hari2 saya sembur. Hahahah nak bg cepat habis lepas tu leh minta beli lain...dulu masa awal2 mengandung badan sy bau minyak kapak jer..sekarang ni dah wangii...

To en.atan..tengkiuu and mmmuahh i love u

Kunjungan Sahabat Lama

Wah..tajuk...tak leh lari hahahahaha. Sabtu lepas 14/3 saya di kunjungi sahabat lama. Wahh memang dah lama tak jumpa dia org ni. dah bertahun-tahun. Bayangkan abang dah 9 thn dah. Dulu wife En.Tapir ni yg menjaga abang. Abang panggil dia Mama. Manja betul abang dgn wife En.Tapir. Sekarang ni bila recall balik kat abang dia dah lupa. Budak2..normal la tu kan??

Ok lah pasal dia org ni..masih ceria dan happy macam dulu jugak. Depa ni mmg sentiasa happy..jarang nak tgk muka depa masam..caya lahh.

Alahai masa kunjungan singkat tu lupa saya nak snap gambar depa..tapi tak pa saya cilok pic depa dari blog En.Tapir.

a href="http://3.bp.blogspot.com/_ybSmAy0quWE/Sb22nZRS2DI/AAAAAAAABWk/ZTkgyiMBvds/s1600-h/1_850067051l.jpg">

Friday, March 13, 2009

Mampukah kita mencintai sepertinya

Air Mata Rasul S.A.W
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini? ", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

hari jumaat ni jom la kita baca bersama

3 tanda kekotoran hati

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.


Moga Ada Manfaat,


nih saya dapat dr email..

Serabut-serabai

Aku tgh serabut serabai..ko jangan nak byk bertanya. Kan tak pasai2 aku fireeee..hangus terbakar..

Tak suka ok boleh get out...jgn byk tanya...

Tuesday, March 10, 2009

Award dari Putu

Dapat award dari Putu..nih award ke 2 yer...trima kasih byk2 la Putu...




....The rules are:


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
ERMM..LEPAS MARAH BUDAK2 DAN KADANG2 CUBIT JUGAK BUDAK2 TU..BILA DAH COOL RASA MENYESAL SGT...TAPI TU LA SAPA SURUH NAKAL SGT...

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

-PENGHIBUR DI KALA LARA
-SUKA MAKAN MASAKAN SAYA TAK KIRA SEDAP KE TAK MESTI PUJI IBU MASAK SEDAP
-RINGAN TULANG
-SEMUANYA MANJA...
-SUKA NONTON TV SESAMA W/PUN TERPAKSA MELAYAN CITER KARTUN
-SUKA SEPAH UMAH
-BILA CUKUP 4 BERADIK TU DIA MERIAH UMAH SAYA...
-W/PUN SUKA BERGADUH TAPI TAU DEPA SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN
-ABG CHIK PANDAI BODEK
-KAKAK SUKA SENTAP
-ABANG KUAT MERAJUK
-DANISH??? KECIK LAGI TAPI KALAU TAK IKUT KEHENDAK DIA..SATU KG DGR SORA DIA BERDENDANG

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

NAK BAGI KAT????

1.CIKMAS
2. KAK NOR HAYATI BERAHIM
dan kepada semua ibu la.

Dari Bush ke Obama



Huhuhuh cam siot jerrr

Friday, March 6, 2009

bangang or bahlol

Huh kasar bunyiknya tapi tu jer rasanya ayat yg sheshuaiii.Tadi saya balik lunch ngan anak2. Saya malas nak masak jadik saya perabih det yg en.atan bg kat saya tu..saya bawak depa kuar lunch kat luar jer.

Masa saya nak balik, masukla avanza..oh dalam tu ada mak dan anak dia. lepas tu masa kami nak lintas avanza tu, saya ternampaklah kejadian yg tak diingini. Si mak yg pandai ni tinggalkan anak dia yg sebaya Danish tu..dlm keta tu sorang2. Pas tu dia menonong ke public phone. Apa hal punya bangang sangat tinggal anak yg besar tu dlm keta sorang2?? Tak baca paper ker macam2 hal boleh jadik, mmg tak amik iktibar langsung. Harap keta ja besar tapi pala otak kecik. Masa saya dok merungut-rungut tu anak saya Luqman bersuara" La pasai pa untie tu tggal bby dia ?"
"Untie tu tak cerdik" itu jawapan saya. Nak je saya turun sepuk2 kepala pompuan tu..kalau la dlm dia meralit kat public phone tu anak dia kena kidnap cam na? Ishh entahlah...apa pun..geram saya tak habis lagikk...

Aku yang pasrah

Pasrah jer la....huh sememeh jer bunyik kan? Hahahahaha saya pasrah sebab gajinya lambat lagik. Ari ni dah 5hb ooo tapi bayang2 RM nak masuk account belum jengoi lagi. Last month dapat 12/2/09...hawau oo. So dis month saya tak meroyan apa sbb sy dah set dlm mind yg gaji akan dapat pada 15hb. Hahahahaha bila dah set cam tu sy tak meroyan la sgt...kalau tak mau angin satu badan..dan2 tgk muka bos cam tgk muka HAGEMARU..dlm channel 611 tu.

Tuesday, March 3, 2009

Aduh pening kepala

Hah bukan pening kepala dgn budak2, keja or sbb dah tau gaji akan lambat lagi bulan ni. Tapi pening kepala dgn hamba Allah yg sorang ni. Alkisahnya dia ni pinoy, keja surveyor dah tu tiba2 nak resign. Notis 24 hrs plak tu. Ini dah kali ke 2. Kali pertama dulu dia tarik balik surat resign dia. Ini buat hal lagi..dah turn over semua barang2 dia.
Hari ni dia dtg opis dgn muka sememeh dia nak jumpa bos dan bos tak layan dia. Saya pun sama gak buat tak tau jer sbb dah muak. Buat muka kesian tu. Dah semua pakat tak layan dia dia pun tulis note la...bagi kat saya. Bg tau dia nak keja balik..
Hua hua hua tau pun dia yg bila balik negara Asal tak de keja..tu la buat keputusan terburu-buru. Geram saya malas nak layan. Tapi sy check juga dgn bos sama ada dia boleh keja balik or not ..bos said ok..tapi HQ belum bg keputusan..so wait n see ler.

Sebenarnya dia org dah tak mau ambil dia. Tapi bila bos kata ok nak tak nak kena terima la. Colleague dia dah fed-up dgn dia sbb kalo merajuk hantar surat resign dah konon macam nak ugut la..hahahha tak de sapa nak pujuknya dia...