Wednesday, August 27, 2008

Alfatihah....

hari ni dlm bz2 prepared serba mak nenek untuk meeting esok. saya sempat gugel beberapa blog. tah la dah macam hobi baru plak dan macam addict plak nak baca blog org lain. saja....erkk bukan kah hobi sy membaca..jgn lupa tu.

Alfatihah dari sy untuk arwah Erwan Ariff anak aznie dan Alesha Abriza anak viruspadu. w/pun sy kenal aznie dlm forum dan x kenal viruspadu secara peribadi atau pernah berborak dlm mana2 forum tp setiap seorang ibu mesti ada naluri yg tersendiri dan tak kira pada anak siapa. itu diri saya dan sy tidak tahu org lain bagaimana. Ya kedua-dua si kecil tu sudah bahagia di sana....yg tggl cuma memori yg indah untuk kedua-dua ibu tersebut. Patah tumbuh hilang berganti tapi yg hilang cuma di mata tapi tetap abadi sampai mati di hati....

Sy cukup sensitif bila membaca kisah2 si kecil yg berwajah polos tanpa sebarang dosa dianiaya. Geram dan marah yg teramat sgt. Sy sedih bila membaca kisah si kecil yg terpaksa bertarung melawan sakit. itu semua ketentuan Ilahi. Ya masa potong kuku danish sy terketip isi dan berdarah sikit pun sy dah sedih.Itulah naluri seorang wanita yg bergelar IBU, MAMA, UMI, MAK, MUMMY.....walaupun kadang2 sy sendiri kurang sabar dgn karenah anak2. 4 kepala 40 perangai. jenuh nak melayan. bila geram sangat...kadang2 sy cubit juga dan menjerit....


Tapi mereka tetap permata hati saya dan suami..dan harta kami yg amat berharga...

love actually & casino royale






LOVE ACTUALLY ermm tu tajuk filem yg saya pernah tgk. mmg x jemu tgk filem tu. Lebey kurang filem CINTA Khabir Batia tu??? ya ker?? Love Actually, lakonan Colin Firth & Hugh Grant, Liam Nelson, Emma Thompson dll lagik. Faktor utama tgk citer ni sbb ada Colin Firth dan Hugh Grant. 2 pelakon British ni mmg saya suka. Mgkin sbb gaya org British bercakap lenggok nya lain dr Amerika dan lebih lembut dan sopan dan bila dia org bercakap mulut macam x buka pulak.





semalam tgk movie CASINO ROYALE...danial craig yg jadik agent 007. w/pun sy suka Pierce Brosnan..tapi layan. Nampak sgt 007 betul2 jatuh cinta pada Vesper dan sggup resign dr tugasnya. tapi apa kan daya dia kena bohong...

MMg byk pembohongan dlm percintaan mahu pun dlm rumahtangga. memang perit pada sesiapa yg pernah alami. Hati dan perasaan bagai disiat-siat.Jalan terbaik, pada yg tengah bercinta harus jujur, jika dalam hati sudah tiada lagi cinta lebih baik berterus-terang. Pada yg sudah berumah tangga jgn sekali-kali cemari ikatan suci tu.jika dlm hati sudah ada nama org lain adalah lebih baik berterus-terang juga...kerana x semua yg pahit tu hempedu dan yg manis tu madu...

sirih pulang kegagang





tak tengok berita penuh. malas. tapi mmg dah agak yg DSAI akan menang. Sirih pulang kegagang..agak2 tepat tak peribahas tu?? Permatang Pauh tu kg halaman dia,x payah poll pun mmg dah tau dia akan menang. Entahlah kemana hala tuju politik malaysia ni??? kadang2 nampak sgt yg parti2 ni untuk kesenangan dan kepentingan peribadi pemimpin sesebuah parti. Tapi yg penting jgn abaikan keperluan rakyat sudah. Saya bukan penyokong DSAI atau Pak Lah. Tapi saya mengikuti perkembangan cerita DSAI. Mula2 timbul rasa simpati itu 10 thn lepas, sekarang???? entahlah no komen..sampai x lalu nak baca. Tapi diam2 sy kagum pada Nik Aziz. Aura mukanya bersih...cukup memikat hati w/pun pada PRU yg lalu saya pangkah calon BN. Dah 2 kali sy mengundi. Dan 2 kali juga sy pangkah calon BN. Suami pulak adil..satu calon BN dan satu calon pas. PRU 2013 kalau panjang umur sy pangkah calon PAS. InsyaAllah.

Saya tak suka politik sebenarnya. kerana bg sy politik tu najis. kawan makan kawan, sesama sedara bergaduh dan boleh membawa kepada perpecahan. Politik itu mmg kotor tak kira politik di tempat kerja, kedai kopi, jiran tetangga..

office


meja saya di office. mmg messy. dah cuba untuk kemas sebaik mgkin, tp bila meja kemas sy mmg tak boleh nak buat kerja. mungkin dah habit.tp bg pandangan org lain mungkin sy ni berserabut. tak kisah terpulang pd pendapat masing2 yg penting keja on. ok sebenarnya nak tunjuk pic remote control air-cond tu dan abaikan hp buruk tu. kalo dapat bonus ok sy beli yg baru...

hah remote tu sekejap di tekan "ON" dan sekejap di tekan "OFF" bukan apa sejuk. macam mana nak pergi negara yg ada musim Salji?? kat rumah pn macam tu, kalau org lain kipas syiling sampai 5 sy 1/2 saja...cukuplah. suami selalu bertanya..macam mana nak pasang air-cond kat rumah?? semasa kami pergi survey harga air-cond???