Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

moga kekal hingga akhir hayat

HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi." Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.

Wednesday, October 22, 2008

kekasih ku seru....

Tajuk tak ada kena mengena ngan isi citer hek hek hek.saja jerk. okey cam semua tau. mamat botak ni akan kawen pada 20/12/2008. Selamat pengantin baru. macam2 spekulasi la yang timboi pasai depa nih. byk yg suka dan byk yg tidak. dah jodoh depa kan?? jadik doakan lah yg terbaik untuk depa. x bekkk ooo doa kan yg buruk2 pasal org. kalau org ada buat salah doa kan agar depa kembali ke jalan yg benar...betul tak?????

yg kat atas ngah menghitung hari bahagia. yg ni plak masih berjuang lagik nak tuntut hak anak dia. ishhh apa la punya bapak. nak cuci tangan jer keja. ini bapak org ker bapak kura??? semoga ibu ni berjaya menuntut hak anak2 dia....