Monday, December 15, 2008

musuh ketat aku....




nampak dak musuh ketat saya?? tu la makhluk2 yg saya dok gaduh hari2. hari2 mai umah saya pas tu suka-suki depa berak. ishhhh geram tau dak. dia ingat air paip kat umah sy ni free kot tak yah bayar..habuan basuh taik2 depa. ishhhh. saya lebih geram pada tuan punya ayam tu tau dak..awat la tak kurung ja ayam tu nih biar merata dah tu mai umah orang tabur taik plakk ishhhhhhhhhhh

kisah sedih lagi...



CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.



Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.

Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.

Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.



ishh hari ni baca lagi pasal org tak dak hati perut nihh. mujoq la bby tu selamat, kalau meninggal kan dah jadi kes bunuh?? tak tau la saya nak taip apa lagi cuma tgh geram dgn sapa yg tak bertanggungjawab ni, masa nak seronok lupa diri...dah jadi macam ni pandai plak malu, buang anak yg tak berdosa tu dgn niat nak bg mati...