Bagi kawasan utara ni coti sekolah start esok. Jadik budak2 tu xcited kan main lagik nak balik kampung. Balik rumah tok wan depa. Masa saya pi ambik bg chik dan kakak..mulut dua orang tu bukan main lagi menceceh..cuti 14 hari nak balik kampung. Dah lama tak jumpa tok dan tok wan. Ya lah dah 9 bulan kami tak balik kampung. Jarak pulau dan Pendang tu bukannya jauh tapi dah tuntutan kerja apa nak buat lorr.
Aduhai..mmg la kesian saya dgr rintihan budak2 tu. Abang pun sama. Tapi..ada tapi tu baby sitter saya pun cuti jugak. Dia balik kampung start 30/5 ni sbb ada kenduri. Takkan saya tak bg bby sitter saya cuti...adoiii kejam la namanya tu. Jadi si kecik Danish tu saya akan tinggalkan dgn abang kat rumah. Lepas tu saya dan En.Atan ulang alik balik tgk lah.
Tapi plan dah bertukar. En.Atan esok akan balik hantar budak ber3 tu balik kampung. Lagi pun tok wan dah call berapa kali suruh hantar budak2 tu balik. Rindu lah tu. Dan si kecik Danish akan di tumpangkan di rumah jiran saya.Saya minta anak dia yg sekolah menengah tu tolong jaga kejap. Saya kasi lah upah.
Sunyi la rumah saya bila budak ber3 tu tak ada. Tak ada kawan gaduh, tak ada orang yg saya nak suruh.Dan tak ada la nyanyian suara depa bergaduh di telinga saya nih.
Tak apa 14 hari kejap jer...hehehehe pejam celik, pejam celik depa balik ler ke pulau sbb sekolahkan. Tapi saya mesti rindu budak ber3 tu. Abang minta nak bawak balik Danish lagi..ohh kalau bawak balik Danish lagi la saya hangat buntut...
Thursday, May 28, 2009
Balik kampung yii haaaa
yang mengarok Madam Casper at Thursday, May 28, 2009 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? balik kg...
Subscribe to:
Posts (Atom)