HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi." Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.
Wednesday, November 26, 2008
moga kekal hingga akhir hayat
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 26, 2008
Jenama??? perkahwinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 yang turut berpot-pet:
seronok aku baca..
semoga jodoh mereka berkekalan hendaknya..
putu
mudah-mudahan....
tak qasa ka orang tua tue ada 'power'.. bukanlah nak merosakkan... tapi orang dulu kan banyak ilmu... hurmmm
Post a Comment