Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009 & HIJRAH 1430




Dengan ini saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan masihi kepada semua. Semoga dgn kehadiran thn baru ni akan menyemarakkan semangat kita untuk menuju kearah kejayaan...InsyaAllah....

Bagi yang azam tahun lepas tak tercapai macam saya maka realisasi kan lah pada tahun ini....amin....

Tuesday, December 30, 2008

aku benci

Aku benci tahap gaban dah ni. Gaji belum masuk gak lagi. Poyo punya companya..tak reti ker anak2 orang nak sekolah la apa la. Caittttttt geram sungguh.

Nak kena cari alternatif len macam ni..every month gaji lambat susah la mcam ni, dateline ngan bank sapa nak jawab. Benci betoii aku . Ishhhh.

Malas nak type panjang2...aku nak pi mengamuk sat...hokkey

segan+malas+baloq

Itu lah penyakit saya la ni. malas nak update...adeii nak tidoq yer....

Saturday, December 27, 2008

Nostalgia dolu-dolu-part 2

Rupanya bukan senang bila kita di takdirkan kurang dari orang lain yer. Susah sebenarnya nak menjalani hidup rupanya. Kami memang tak berkemampuan dari segi material dann nah itu rupanya yang menjadi ukuran. Caitttttttt bila di kenang balik onak ranjau dulu2 ishhh entah lah dan tu pasal saya jarang sangat balik ke kampung halaman. Dendam kesumat tu masih ada dalam hati, walaupun saya tak patut berperasaan demikian, dan peristiwa-peristiwa tu pun dah lama berlalu. Tapi mana boleh kita lupakan kisah silam , ye tak? Selagi kita bernafas..ianya akan tetap ada dalam ingatan kita.

Kami mungkin kurang dari segi material, tapi kami mempunyai kelebihan dari segi keazaman. Ya saya memamg respect dgn arwah Tok saya. walau susah macam mana sekalipun dia tak pernah suruh saya berhenti sekolah, apa yg dia tau dia akan tetap menyekolahkan saya w/pun saya dapat belajar ke langit. Terharu, kerana begitu tinggi nya azam dan cita2 arwah Tok. Tapi masa tu saya tak terfikir semua tu..apa yang saya tau bila kena marah..ermm saya akan memberontak diam2..nak mati tunjuk perasaan depan2 hah siap sedia la belakang tu berbirat dgn lidi.

Tapi cara arwah tok mengajar saya pun agak "ganas" jugak. Lidi, kayu api, cubit, penampar, kena kejar keliling kampung ishh apa yang saya tak pernah rasa. semua saya dah rasa sampai dah lali. Mungkin sebab tu saya jadi orang bukan hantu...bayangkan lepas STPM saya merantau ke KL..senyap2. Bukan lari dari rumah...cuma waktu tu saya stress sangat. Next entry saya citer kenapa saya stress dan saya nekad ke KL ..walaupun saya jakun dgn KL pada waktu itu. Ya lah orang kampung masuk KL cuba bayangkan..huhuhuhuhhu...tapi saya bukan saja2 ke KL ..tapi saya bekerja sebagai cikgu Tadika kat Bandar Baru Bangi...hik hik hik hik...gaji waktu tu RM450. Makan dan tempat tinggal di sediakan kira ok la tu. Dan semasa di sana , pelbagai tawaran belajar saya dapat,UITM, ASK la ni dah tukar ASWARA, POLITEC arghhhh saya tolak semua tu. Ya la belanja nak masuk byk..dan siapa nak biaya saya belajar..lain la kalau saya ada sugar daddy time tu. Pasti kebaboom kan????
Janji arwah tok untuk menyekolahkan saya ??? Sayang waktu tu arwah tok dah tak sihat...dia dah lupa pada dunia nyata.....

nnt lah saya sambung...sedih bila mengenangkan zaman dulu yg penuh kepahitan.,,,

Friday, December 26, 2008

pic berkarat oiiii

Pic yang dah berkarat. Gasakkk bagi ekekekekekekeke. hari ni baru nak publish..



kakak..tah pesen alien apa tak tau laaa



danish yg sibuk berdangdut atas meja sebenarnya...

hero pujaan malaya..bapa mertuaku...

nih cucu sedara sebelah en.atan....

pic ni masa kakak ipar ku datang umah. nih pic tepi pantai , depa syok sggh mandi kat laut tu...saya tukang jaga beg...tak larat nak join aihhh

Tuesday, December 23, 2008

nostalgia dolu-dolu

Saja nak citer nostalgia dolu2. zaman kanak2 saya. zaman kanak2 kan best. time tu mana kalut nak pikiaq duit cukup ka tak sampai ujung bulan, beras ada ka dak, yang tau cuma enjoy pagi petang malam tidoqqq.

masa saya kecik dulu, saya dok ngan tok saya yang saya panggil mak. abih mak saya meninggal masa tu saya kecik lagi dan saya tak ingat pun rupa paras mak saya dan lebih malang lagi sekeping pun saya tak de gambar mak saya. sedihhhh tau.

tok saya tu garang ooo. dan saya dulu selalu sedih dan terasa hati dgn tok saya bila saya kena marah, dan kena pelangkung ngan dia. time tu saya rasa dia memang tak suka dan sayang dgn saya. sapa yang kenai arwah tok saya tu tau la dia macam mana. tapi bila saya dah sampai umur macam ni baru la saya sedar apa yang arwah tok saya buat tu, menjadikan saya "orang". kalau lah dia tak buat macam ni entah2 kat mana lah saya hanyut ....dan saya jugak sedar bila saya kena marah, maki dan kena pelangkung tu arwah tok mungkin melepas geram sebab mungkin dia tertekan. ya lah kami dok berdua, dah tu dia yg membanting tulang cari duit nak bagi saya makan, sekolah kan saya dan beli barang keperluan saya. dulu saya marah dgn dia tapi la ni saya berterima kasih pada dia. betul lah orang kata, kita akan kenang orang tu bila dia dah tiada....Alfatihah untuk arwah tok saya...

Kami bukan orang senang. Nak kata susah pun tak la juga sebab masih ada makan dan pakai. Tapi orang keliling umah saya dah ada elektrik umah saya tetap pakai pelita minyak gas. Itu tahun 1980 an sampai ke 1990 an. Tok saya meninggal tahun 1997.

Opss nak tersentimental la plak. Nanti saya sambung yer.

pot luck with redmummy.com




Ingat tak lagi kita ada announced nak buat potluck with redmummy.com last month kot, than the Gang Bas Merah, clap clap lah sikit to all 5 of them Rose, Ayu The Sun, Daela, Mayang and Diana K amik initiative untuk buat potluck nih. Depa siap lah ada buat meeting ke hapa bagai, ai oso donno lah, ada jugak kadangkala depa kaco saya tanya itu ini, so hasil perbincangan depa berlima, makanya potluck with redmummy.com inysyallah akan berlangsung jugak:

Bila ? Sabtu 27 December

Waktu ? 4pm - 6pm

Venue ? Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya

Fees ? takde sebarang bayaran dikenakan cuma mintak kerjasama kalau boleh satu family ke single family bawak boipren ke gf tuh leh bawak makanan lagipun kita buat konsep potluck.

Please email your attendance gak kat komiti yang bertungkus lumus untuk menjayakan potluck with redmummy.com nih yer coz depa nak kira kepala etcs: potluck.redmummy@gmail.com .

Ni map untuk Potluck Redmummy.com

So saya dengan ini, menjemput semua bloggers, frens, readers yang suka x suka dengan ai, (lalat, boleh gak datang, saya peace ) ke Potluck redmummy.com . Dah ramai dok bising bila kita nak buat gathering kan, so saya harap yang diam tu kuor lah dari tpt persembunyian, yang bising pun mailah join sama, tp saya tau masa tu ngah long break, so harap2lah kita dpt kumpulkan seramai yang mungkin.

saya tau ramai bloggers lama segan nak muncul datang party potluck nih yelah korang dah diva divu, mana kelas kan nak datang ai nye potluck yang biasa2 jer ni, tp konsep kita satu jer, nak memesra kan, so arap u all yang gemer2 tuh bolehlah turun padang nanti kay. ai dan gang bas merah tunggu ngan bas warna merah kay

you all boleh copy paste itu banner teaser ke hapa n paste kat blog u all….please spread the news kay. thanks :)from time to time saya akan naikkan entry nih ke sticky mode, lepas maxis ads saya tuh abih yer. muahsssssssssssssssss

dan jangan lupa bila you nak email to komiti redmummy.com (potluck.redmummy@gmail.com) , pastikan you state lam email you:

Name :


Url blog kalau ada :

Nick yang selalu diberi di dalam redmummy.com jika anda bukan silent readers:

Jenis makanan yang akan dibawa:

Jumlah kehadhiran: (kalau single nak bawak mak ke adik badik ke, yang kawan nak bawak berkawan2 ke ha gitu)


Mobile No:

Kalau malas nak email kat gang bas merah, komiti tuh, you leave komen kat sini pun boleh, kang nanti depa berlima kauplah contact details you all from here.

Harap kita jumpa yer….insyallah!



hah tu saya copy paste dari blog kak red. depa nak buat pot luck pada 27/12/2008. saya mmg tak leh nak attend walaupun dalam hati tu tergedik-gedik nak join this event. apa kan daya sbb mabuk den tak habis2 lagik, dan nak prepared persiapan sekolah budak2. kan area utara sessi persekolahan start hari Ahad 4/1/2009. jadik agak bz lah. Kak red lepas ni buat la trip ke Langkawi, family day ker sure gempaq hehehehehehe..amacam geng bas merah setuju tak??? Jadi sesiapa yang teringin nak join this event sila lah daftarkan diri yer. pas tu jangan lupa bawak makanan, jajan ker dah nama pun pot luck tak reti2 lagi ker. dan datang lah dgn niat yang baik, bukan ada udang di sebalik mee. Peace no War.....

Monday, December 22, 2008

me..hari ini pada pukul 4.10 ptg



nih pic saya. hahahaha motif tayang muka sendiri? suker la ni kan blog saya wakakakakakaka. tak de cuma nak tunjuk muka saya yg di tonyoh bedak, blusher (kalo nampak la) dan lisptick. wakakakkaakaka mak tak reti aihh nak pakai benda alah ni sume...rasa tebai ja muka. dah nak kena pi interview pakai la jugak wakakakakak kot2 dapat markah lebeyy. ada ka cam tu??/


pasai interview tu after dapat result saya bg tau la yer kat mana. tapi ada ka org nak amik org ngandung keje??? alahaiiiii

hari ni bz ooo

hari ni bz oo. later saya hapdet yer. saya bz key-in payroll dan tadi lari gi interview jap. interview kat ner?? nanti saya khabarkan yer. saya nak siap kan qojer dulu yer...

Friday, December 19, 2008

akhirnya

Ohh en.atan dah ada blog sendiri. Akhirnya...hahahahahahahahahaha. Entah la apa yg dia nak citer dalam blog dia. pakat2 pi baca lah.

ni url blog dia http://chefatan.blogspot.com

Bukan sekadar renungan tapi Insaf lah

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblissedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:"Kita tidak dapat menghalang umat Islam darimendatangi masjid, kita tidak dapat menghalangmereka dari membaca al-Quran dan tahu akanperkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka darimembentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungantersebut maka pengaruh kita ke atas mereka akanterputus."Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjidmereka; biarkanlah mereka menikmati hidanganmakan malam mereka yang tertudung,tetapi curilahwaktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masauntuk membina perhubungan dengan Pencipta.

""Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kataSyaitan:

"Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan merekadan mengekalkan perhubungan yang penting itusepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis."Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yangtidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalahberbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka"

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,belanja dan hutang, hutang, hutang.Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerjabuat jangka waktu yang panjang dan suami-suamimereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidupmereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengananak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mularetak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagimenawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapatlagi mendengar suara hati mereka. Umpan merekauntuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasaterpasang di rumah-rumah mereka dan pastikansetiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasamemainkan muzik yang tidak Islamik.Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskanperhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah danakhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaranberita 24 jam. Cerobohi saat memandu merekadengan papan-papan iklan.Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,katalog, sweepstakes dan segala jenis suratberita dan promosi-promosi yang menyediakanbarangan dan perkhidmatan percuma dan impianpalsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik danramping di dalam majalah dan TV agar para suamiberpendapat bahawa kecantikan luaranlah yangutama, dan mereka akan tidak berpuashati denganisteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untukbersama dengan suami mereka di malam hari.Tambahkan sekali dengan pening kepala!Jika mereka tidak bersama seperti yangdikehendaki oleh suami mereka,suami akanmeninjau-ninjau di tempat lain.Ini akan memporak- perandakan keluarga merekadengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganutagama lain untuk melalaikan mereka dari mengajaranak-anak mereka makna Islam yang sebenar danhari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktuberrekriasi.Buatlah sehingga mereka terlalu letih untukberekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempatuntuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkantentang ciptaan Allah.Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-tamanhiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsertdan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincanghal-hal kerohanian, libatkan mereka denganumpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati merekatidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amalsehingga mereka tidak mempunyai kesempatanmeminita pertolongan dari Allah.Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannyadengan kudrat mereka sendiri, mengorbankankesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerjaamal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukancalang-calang perancangan ini!Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakantugasan mereka untuk menjadikan umat Islam dimana jua menjadi semakin sibuk dan semakinterkejar-kejar ke sana ke sini.Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhanmereka atau keluarga mereka.

Maka, imbangilah kehidupan kita di duniaini. Inilah kehidupan yang sementara....


ps: saya cilok dari blog kak ja. Untuk panduan kita bersama

Thursday, December 18, 2008

malas nak update

hari ni saya segan nak update blog ni..adeiii rasa nak muntah ijo pun ada sebab boring....nak tido semua ada nihh..adeiiiiii

Wednesday, December 17, 2008

our dinner


anniversary tu tak de cake cutting ker apa ker. en.atan bawak kuar makan jer malam tu kat Restoran Nor. Sbb saya dok tingin nak makan ikan masak 3 rasa tu. jadik tu la menu yg di order, ikan masak 3 rasa, kerabu mangga, tomyam dan telur dadar..

tu qope ikan nya..bila dah depan mata tak bernafsu nak makan....

saya yg menggagahkan diri untuk makan. siang tu kan saya MC sbb tak larat..dan muntah 2 ler. jadi saya makan juga la pelan2...

happy anniversary!!!



9 thn lalu kami diijabkabul kan pada 16/12/1999. Ishh semalam anniversary kami yg ke 9. ishhh dah 9 thn kami berumahtangga anak nak masuk 5. Rasa macam mimpi jer. Ya lahh asyik bergaduh pi mai pi mai , tak sependapat dlm segala hal..tapi kami berjaya mengharungi dugaan dan cabaran nya. semoga ikatan perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. dan kami akan terus bersama mengharungi susah senang dugaan yg mendatang.

Monday, December 15, 2008

musuh ketat aku....




nampak dak musuh ketat saya?? tu la makhluk2 yg saya dok gaduh hari2. hari2 mai umah saya pas tu suka-suki depa berak. ishhhh geram tau dak. dia ingat air paip kat umah sy ni free kot tak yah bayar..habuan basuh taik2 depa. ishhhh. saya lebih geram pada tuan punya ayam tu tau dak..awat la tak kurung ja ayam tu nih biar merata dah tu mai umah orang tabur taik plakk ishhhhhhhhhhh

kisah sedih lagi...



CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.



Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.

Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.

Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.



ishh hari ni baca lagi pasal org tak dak hati perut nihh. mujoq la bby tu selamat, kalau meninggal kan dah jadi kes bunuh?? tak tau la saya nak taip apa lagi cuma tgh geram dgn sapa yg tak bertanggungjawab ni, masa nak seronok lupa diri...dah jadi macam ni pandai plak malu, buang anak yg tak berdosa tu dgn niat nak bg mati...

Saturday, December 13, 2008

pengajaran dan teladan

entah la sesuai atau tidak letak tajuk tu. cuba la korang klik kat sini http://memorizulaikha.blogspot.com.

baca sendiri dan baru lah komen. aku sedih masa baca ni...

petang di playground



danish..naik benda alah ni. favourite dia la ni

abang pun sama gak..tak padan dgn tua tuu

budak kecik ni lagi..

sebenar nya saya nak citer pasal budak pompuan ni. eee berbulu jer mata saya tgk budak ni yg ngah pegang buai ni. saya temankan kakak naik buai. pas tu budak ni ngan sorang kawan dia mai naik buai juga. pas tu kawan dia gi beli air, ada la budak kecik mai nak naik buai yg kosong tu. dia boleh pegang buai tu. kira cop tempat la. dia kata buai tu dah ada orang..kwan dia punya. kesian budak kecik tu. rasa cam saya nak jer sekeh kepala budak pakai baju pink ni.tu harta awam bukan harta dia dan kawan dia main cop2 plak..ishhhhh

kena libas...



ini lah pic bangchik lepas kena libas ngan en.atan....

cerita raya tanpa gambar

Cerita raya haji saya. Ahad tu saya start demam sampai ke hari raya. Jadi memang saya tak wat apa2 preparation pun. padahal dah plan dgn anak2 nak buat kek sikit. Kami tak jadik nak balik kampung, mak mertua saya tak bagi kami anak-beranak balik kalau en.atan tak balik sama. dia kan apa susah hati dgn anak2 saya yg ramai tu dia takut saya tak boleh nak control. Takut budak2 tu hilang di celah-celah orang ramai. Dan macam2 lagi lah yang di fikirkan. Memang pun kalau en.atan tak balik saya pun memang tak mau balik bukan apa letih nak control budak2 tu tambah2 saya dok mabuk2 mereng ni. Lagi la letih.

Jadi hari ahad tu saya dah terbaring baikk punya; tak peduli apa dah nak jadi dgn umah saya tunggang langgang ker, danish mandi ke tidak. kepala memang tak boleh nak angkat langsung. en.atan tanya 2/3 kali nak masak apa untuk pagi isnin tu pun saya dah geleng kepala...suka hati la nak masak apa pun. saya tak kisah. tak masak pun tak per.

Petang tu en.atan kuar cari lemang 2 batang, lepas tu dia singgah pasar malam beli makanan untuk dinner. saya cuma mampu makan jagung jer..sbb yg tu saya rasa teringin nak makan. lepas tu sambung tidoqqqq.

pagi raya tu anak2 saya bersiap sendiri jer. kesian pulak tgk. tapi apakan daya saya tak larat. dengan baju x beriron adoii selekeh la anak2 saya. tapi budak2 bukannya kisah..terus kuar beraya. yg tinggai cuma danish, saya dan en.atan. lepas habis solat sunat aidiladha, en.atan pun kuar la cari kacang2 untuk jajan hari raya. lepas tu dia beli daging konon nak masak kari. tapi karinya tak jadi sampai sudah sbb dia lupa nak beli rempah, bawang dan sebagainya. akhirnya daging tu jadi daging masak kunyit. habih citer. kwang kwang kwang. surau kat umah saya buat korban 3 ekor lembu, tapi saya tak jengah pun. en.atan jer pi bawak danish...dan depa siap pi tgk org sembelih lembu... tak ada la gambar bagai sbb en.atan tu bukannya pesen suka amik gambar....tension betulll.

saya?? tidoqqqqq la apa lagii...ada gambar bangchik yang saya sempat ambik masa dia kena libas ngan en.atan. awat dia kena libas??? dia kuar dari rumah kol 8 pagi sampai zohor dia tak balik. baju melayu dia yg kaler biru bertukar jadik oren. sebabnya?? dia main air takung kat tanah merah. balik dari atas sampai bawah belemoihhh. so apa lagi kena la libas dgn abah dia. melalak depan umah tu. nanti kalau ada reader saya donlod gambar yer...

erkkk....





Friday, December 12, 2008

i'm backkkkkkkkkk

yahh..i'm back. nanti i post n3 baru yer. abih dah coti panjang banyak la benda atas meja ni nak kena setel. adeiii baloq la rasanya. ohh cuti raya tu saya tak balik kg sbb sy tak sihat. demam semua bagai. dan en.atan yg memang tak leh cuti tu terpaksa juga amik EL ahad dan isnin tu sebab saya tak sihat. jadi dia yg uruskan semua saya cuma baring sbb tak sihat. budak2 mmg frust la sbb tak jadi balik kg..abihh dah ibunya nak menapak dalam umah pun tak larat...cam na nak balik???

okeh nanti saya updated lah yer..ciaoooooooooo

Friday, December 5, 2008

salam aidiladha

Salam aidiladha dari saya sekeluarga kepada semua. jika ada salah dah silap masa berblogging ni harap maafkan yer.

saya dah start cuti esok..jadik x de la citer terbaru wahhh macam blog i ni glemer..wakakakakakakaka.

kami plan nak balik kg..tapi cuti suami ku belum tau sama ada approved atau tidak. kalau tak balik kg maknanya 10/12 ni saya masuk keje balik la..kalau di approved kan saya masuk keje 12/12...hahahahahahah

okeh selamat hari raya semuaaaaaaaaaaaaaaa
pada yg balik kg berhati-hati di jalan raya, kalau letih stop rehat dulu jgn menggagahkan diri yer..jgn main mercun ekekekekek ada ke mercun raya haji ni...

Abang yang frustt

Hah betul..abang mengadu pada saya semalam dia kecewa...tiba2 saja dia luahkan dia tengah kecewa...Apa lah yang budak 8 thn (dia officially cukup 8 thn 21/12 ni) tahu apa erti kecewa...

Hah sebenarnya dia kecewa sbb dia putus hubungan dengan gepren dia. Whatttt bersunat pun belum dah ada gepren kat sekolah, Memang gatal la namanya tu. Abihh bila dia mengadu macam tu dia ingat ibu dia nak simpati la dgn dia..hah kena bambu pong pang pong pang kat telinga ada.

Ya lahh kecik2 ada hati nak bercinta nak bergepren. Yang ibu dia lepas sekolah baru la gatai nak bercinta. Nihh ikut sapa pun tak tau la.

Ubun2 kepala pun lembut lagi, ishh memang saya berleter sakan dekat dia. Bila citer pada en.atan dia sengih jaa. Boleh dia tanya kat abang , kenapa abang putus ngan awek dia...adoiiiii anak dan abah ni sama jer...

Thursday, December 4, 2008

Alahai Tok Maimun!!!!!

Nenek glamor ingin cuba nasib lagi

Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup."Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini. "Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok."Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja."Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun."Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah."Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok," katanya.Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.Bagaimanapun, katanya, tiga bidang tanah miliknya di Marang yang dibelinya dulu telah diambil semula oleh penjualnya kerana beliau tidak menukar nama dalam geran asal.Beliau berkata, jika beliau gagal menyertai pilihanraya kecil ini, beliau berharap akan ada calon bebas yang lain bertanding di situ."Tetapi kalau boleh, Tok nak mereka (calon bebas berkenaan) guna lambang bulan bintang sebab Tok suka dengan lambang itu."Jika mereka nak Tok tolong, Tok pun nak tolong juga," katanya lagi.

Bengang..marah..benci...




KETIKA SAAT INI SAYA SEDANG MARAH, BENGANG, MELUAT DENGAN SESEORANG. SESEORANG YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN SAYA TAPI..SEMALAM ADALAH PUNCANYA....




nanti bila mood saya ok, saya ceritakan yer....

Wednesday, December 3, 2008

tajuk apa? ntah ler

Kisahnya saya teringin nak beli Lip Gloss. Hehehehehe..teringin tu kira cam mengidam la so kalau mengidam kena la beli kan. Betoi dak?? Hehehehe sila setuju yer. Lepas tu kan..adeii apa nak type nih hah saya pun search la dalam tenet lip gloss yg nak beli tu. Sekali saya jumpa body shop. Ishh rasa cam nak beli body shop lah. Motip saya nak beli lip gloss ??? Ntah tiba2 saya rasa cam nak melaram dan nak melawa....ishh ada kah ini tanda saya akan dapat bby girl???


Kalau merah menyala macam ni takut plak saya....

Ishh agak2 en.atan saya tu pengsan dak kalau saya pakai macam ni?? Macam Kurupira pun ada..

Nih blusher kot kalau tak silapp


Saya suka yang kaler ujung tu....peberet saya la tuu



Ini eyeshadow....




Mascara....bukan madagascar...ekekekekekeke





Nih perwarna kuku...




yg ni pun eyeshadow jugak kot...



nih untuk sapu kat bibir yer




Ini foundation...den tak reti nak pakaiii



Concealer...


Compact powderrr...cam sedap jer tgkkk



loose powder...


Blusher....
Lip glosss




Pesanan untuk en.atan.....sila lah amik perhatian yer...saya nak pau anda nihh wakakakakakakakaka









balik kampung jommmmmmmmm

Jom balik kampung..jommmmmmm. Anak2 saya dah excited nak balik kampung. Saya pun xcited jugak wakakakakaka. mana boleh biar anak2 sajer. Coti saya pun dah approved. Saya balik kampung hari sabtu nih sampai khamis minggu depan. syokk ooo tak sabarrr. Tapi yang masih dok suspendod ni en.atan la. tak tau dia dapat cuti ke tidak. adoi kalau tak dapat cuti kesian anak2 saya yang excited tu. saya pun sedih tau. Mula nak lancar perang dingin nihhh...hua hua hua hua boleh gitu???

Minyak turun lagi weiiii

Minyak turun 10 sen lagi


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu. Berikutan itu, petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum ini, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Penurunan itu sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerajaan mengambil keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmati kesan penurunan ketara harga minyak mentah dunia. "Oleh kerana harga minyak dunia sudah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmati manfaatnya," katanya. Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan.
Kerajaan mengumumkan penurunan harga pertama pada 23 Ogos lalu dengan petrol RON97 dan RON92 masing-masing turun 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel dikurangkan lapan sen kepada RM2.50 seliter. Ini diikuti pada 25 September lalu, apabila harga runcit bahan api berkenaan sekali lagi diturunkan 10 sen menjadikan harga petrol RON97 pada RM2.45; RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40) seliter. Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga kali ketiga dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter kepada RM2.30, RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20, manakala diesel 20 sen seliter kepada RM2.20.

Tuesday, December 2, 2008

apa citer nihh

abang yang tiba-tiba lentok. sebab sakit kepala. sampai dah tak boleh buat apa. baring jer..kesian la plak tgk diaaa

abang lentok tapi yang ber3 tu ada projek. tah apa projek depa tak tau lah. asalkan tak bercakaran sesama sendiri dah ler...ibu nak rileks sbb letih...
Letihh ooo...dalam mabuk2 nak kena urus anak2. En.Atan kan bz kaedahnya. Tu yang kadang2 umah cam tongkang pecah...waaaaaaa tak larat den nak kemas...tu kalo tiba2 tetamu yg tak di jangka terjongok depan umah kelam kabut den.
Hari tu kan family En.Atan mai umah. Cadar-madar tu saya tak basuh lagi. Toto la apa semua pun saya tak simpan lagi. Pakai lunggok kat bilik belakang tu. dgn ken baju berbakul-bakul tak berlipat...adoiiiiii letih la tgkkkk...
Tggu la kalo saya rajin saya kemas...sehingga tu tgk jer dan jangan komen>>> pesanan untuk en.atan....