Bahawasanya di sini saya ingin meminta pandangan kawan2 sekelian. My En.Atan dah buat keputusan nak balik kampung. Maksudnya balik dok kampung terus. Sebab parent dia iaitu mertua saya lah dah uzur. Jadi selagi hayat mertua saya ada dia nak balik berbakti kepada mereka.
Kemungkinan besar kami akan balik hujung bulan January ni lah. Mertua saya dah tak larat. Tapi tetap tak nak menyusahkan anak2. W/pun hubungan saya dan MIL saya tu panas dingin tapi tidak lah saya sampai tak mau jejak kaki ke rumah mertua saya. Saya tetap hormatkan dia sbb dia mertua saya dan mak kepada suami saya.
Ok berbalik kepada kes nak balik dok kg ni. Saya serba salah jugak sebenarnya. Nak balik duduk kat tempat yg agak asing. ya la kami balik kg setahun 2/3 kali jer. Jadi rasa macam janggal la. Kat pulau ni sekolah budak2 dekat, anak2 ke sekolah naik beskal. pasar basah pun dekat, kedai pun dekat. Balik kg?? anak2 ke sekolah nak kena berhantar dan berambik lah. Pekan pun agak jauh. Ya la umah mertua saya dalam kawasan kg. Kat area Sekolah Teknik Pendang tu. Kak ja dan Nazz mungkin tau tempat tu lah. Tapi yg mudah bila balik sana, kalau ada emergency apa2 senang sbb kami dah ada kat kg. Nak kemana-mana pun mudah.
Tapi hati tu macam berat lagi.....
Tuesday, January 6, 2009
minta pandangan dan pendapat
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, January 06, 2009 5 yang turut berpot-pet
Jenama??? balik kg...
Lagi kekejaman Israel
Lagi kekejaman Israel. 3 kanak2 comeii ni kena bedil dgn bom. Baca la lebih lanjut kat BERITA HARIAN.
Semalam saya dan en.atan tgk berita...ada di tunjukkan pasal ni..pasal kanak2 Palestin yang menjadi mangsa Israel. Saya memang sah2 meraung la..sbb kesian..ya la anak2 kita kat sini sibuk dgn sessi persekolahan, baju sekolah baru, pensil sekolah baru...buku baru...kanak2 kat sana??? Sibuk nak menyelamatkan diri....
Rupanya bukan saya sorang yang menitiskan air mata....tapi En.Atan juga. Tapi besalah tangisan gentleman...
Bila kekejaman ini akan di hentikan??? Obama pun serupa jugak dgn Bush.
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, January 06, 2009 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? Israel durjana, Palestin