HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.
'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.
Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.
Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.
Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.
Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.
Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.

Malu saya tgk pic ni. Kakak tu sah2 la Melayu beragama Islam. Pasai apa la cetek sgt akal dia, nak terjun bangunan? Dah tu yg lebih aib buka baju sendiri pulak tu.Tak jadik saya nak kesian dgn kakak tu...ikut sgt rasa hati sampai tak sayang nyawa dan maruah. Lu pikir la sendiri...bak kata Bang Bil
8 yang turut berpot-pet:
dah la mental nak pi terjun bangunan pulak..kang dgn anak2 dia mental sekali.. tu la..ikut perasaan...
Tertekan sangat kot dia...semoga lepas nie dia lebih sedar ngn apa yang telah beliau lakukan. Sama2 kita berdoa untuk beliau.
hurm 3 perkataan angah nak habaq mai...
-bengong
-bangang
-bengap
semua ada kat makcik tue...
Kak Ja kesian sgt dgn pompuan tu, sbb dia teramatlah bengong!! Kerana jantan dia sanggup nak terjun bangunan? Ishhh...
Tp mungkin gak dia cuma nak ATTENTION!!
die wife kedua kan... mase die amik org punyer... tak pikir pulak perasaan org lain kan...
org kalau dah dlm tekanan perasaan..macam2 benda boleh jadi beb..
tapi malu ah..tgk berkemban gitu..
astaghfirullah..
cetek sungguh aqidah umat kita sekarang nih..
mcm x de pedoman ek kak?
alahai..
moga kita semua d jauhkan dari bersifat begini..
dah sah sah pempuan tuh pun bini kedua kan...ntah pape lah org sekarang..nak mati tapi menyusahkan semua org..dah lah tu berat laks tu..seb baik ramai tolong angkat kalu idak mau melayang nyawa time time tuh gaks..hihihi
Post a Comment