sekali kuar citer masalah cinta. cinta monyet la kot or cinta org utan..hwang hwang hwang...
nih pasal en.atan punya nephew la. pi bercinta dgn budak umo 16 thn, dah tu budak tu sekolah pun tak habis. sekali si P iaitu nephew en.atan ni..dah jumpa org len..so minta la putus dgn budak 16 thn ni. maka meroyan la budak 16 thn ni.Habis semua dia call, dgn en.atan pun kena. macam2 dia citer yg dia dah terlanjur la dgn si P...dgr jer ayat tu meletup la en.atan.
Maka malam tu terpaksa la kami kesana-sini..menyelesaikan masalah ni.Tapi sebelum tu sempat la en.atan hamun si P. Keh keh keh ...ya la masa dia nak kawan dgn budak 16 thn tu kami dah warning dia, nasihat dia tapi degilll. Bila dah jadi macam ni sapa yg susah?? Kami jugak sbb parent P dok mainland.
Tapi kami rasa budak 16 thn ni, cakap bohong sbb dlm sms kepada P dia cakap lain, citer dia pada en.atan lain dan bila en.atan bercakap dgn mak budak 16 thn lain pulak kisahnya. Jadi kesimpulan kami dia tak leh terima hakikat yg dia sudah di tinggalkan. Jadi sebab tu dia meroyan. Tapi kami takut jugak kalau2 si P ni di apa2 kan so buat sementara waktu P tinggal dgn kami dulu. Yg memburukkan keadaan mak budak 16 thn ni...pergi ke rumah sewa P dan rampas kunci motor. Bila en.atan minta balik kunci motor tu dia minta P ke rumah dia kononnya minta maaf dgn anak dia...atas apa yg si P dah buat pada anak dia. Of coz kami tak bagi P kerumah dia sbb mana tau sampai saja P kesana dia di apa2 kan. Tapi P ada kawan2 yg pakar so motor tu dapat di hidup kan w/pun tanpa kunci. P dah tukar kunci motor dia. Setel la bab tu.
Budak 16 thn ni pulak tak jemu2 sms P dan ajak P kahwin. Dlm sms dia , dia bg tau yg mak dia nak dia org nikah dan free jer tak payah duit. Wakaakakakak untung la P...tapi P tak mau...Lepas tu dia ugut2 P..nak ke balai wat report polis sbb P dah cabul dia...opss lupa plak masa en.Atan bercakap dgn mak budak 16 thn dia kata P dah buat macam2 kat anak dia cuma tak rogol jer lagik...adeii malu saya dgr..tapi en.atan sempat kata kat mak budak 16 thn tu lebey kurang cam ni ler
" kak ...kalau bertepuk sebelah tangan, tak kan nak bunyi, maknanya dua2 mau la tu"
entah la tak terkomen saya. Saya cuma jadik permerhati yg setia jer.
Tapi kami pesan pada P jangan balas sms budak 16 thn tu. Jangan layan. P pun tak balas la sms tu. Tapi budak 16 thn tu makin menjadi2...sms ajak kahwin, lepas tu maki hamun dan lepas tu give up...dan hari ni sms lagii ajak kahwin lagik....wakakakakakak memang haru sungguh la kisah cinta depa...
Saya risik2 P kenapa dia nak putus dgn budak tu..jawapannya??
Dia tak tahan kena maki hamun dgn budak tu...dan duit gaji dia habis pada budak tu dan family dia..dlm kata lain dia yang tanggung depa anak beranak...dan sekali lagi..dia kena tempelak dgn en.atan...." bagus la...dekat mak hang..hg tak bg duit, masa dok dgn aku pun hang berkira...la ni baru hang rasa"
tapi saya tau en.atan marah mulut jer ..
Wednesday, February 18, 2009
masaalah cinta
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, February 18, 2009 4 yang turut berpot-pet
Jenama??? cinta beruk mak yeh
Subscribe to:
Posts (Atom)