Thursday, September 11, 2008

nak dapat pahala...

ok lepas berbuka..saya nak lap lantai. sy tak suka mop..rasa cam tak bersih. sy sprayy pas tu lap. kalau dah nama pun lap mmg lambat la. nak setempat-setempat. jadik 2 anak bujang sy volunteer nak tolong. nak dapat pahala. kalau tolong ibu dapat pahala. Alhamdulillah ..dan sy hand over spray dan kain lap kepada anak bujang saya. ok hasilnya memuaskan...dan ini aksi nyaaa


si kecik danish....



kerusi biru kecik tu mmg beli untuk dia. dia x duduk tapi dia suka tepuk2

lagi satu favourite dia charger hp. tu charger hp abah...

dann taraaaaa..bila sy pusing ja dia dah naik berdiri atas kerusi tu...hebat-hebattt

dah tu dia sibuk nak turun.....

ok post sikit...depan camera

cam besa bang chik suka interframe....

ok dia dah berjaya turun tanpa bantuan sesiapa..hebat la tueee

pas tu dia sibuk nak tgk gambar plak, habis album gambar dia selongkarr

muka sapa la ni buruk bebeno..mungkin itu yg bermain di minda dia....

katering....

katering???? ya sy dan suami mendapat tempahan lagi. ini pendapatan sampingan. ini kali ke2 kami mendapat tempahan. rezeki di bulan yg mulia. syukur Alhamdulillah. seperti biasa sy cuma tolong potong apa yg patut dan yg masak adalah suami....



kerana suami sesuai sgt dgn tugas2 tu. refer gambar di atas yer. kalau bg sy masak...masak kicap2 pandai lah sy heheheheheheh.

perjalanan terakhir Allahyarham Pak Hussin

Pagi tadi sy dpt sms dari opismate. ajak sy menzirahi jenazah pak hussin. pak hussin adalah security guard di tempat kerja sy. org nya mmg dah berumur..dan mmg dia dah di nasihatkan untuk berehat. dan dia bersetuju kerana keadaan kesihatannya yg tidak menentu.kompeni bermurah hati nak bayar gaji nya selama 3 bulan w/pun dia tidak bekerja. kiranya macam saguhati.

Pak Hussin meninggalkan dunia ni pada bulan yg mulia. sesungguhnya Pak Hussin adalah insan yg terpilih. sy tidak sempat kenal rapat dgn arwah, tapi dr gaya dan raut wajahnya mmg pak hussin org yg baik. tapi sy kenal anak perempuan arwah. kerana pernah bekerja bersama. sy cukup marah dgn anaknya yg suka berhenti kerja. kesian pada arwah yg dah tua2 pun masih perlu bekerja. Putaran hidup yg tidak boleh terlepas, tiap yg bernyawa pasti akan mati cuma tidak tahu bila. Isteri arwah pak hussin meninggalkan pak hussin pada bulan lepas -Ogos 2008. Tak sampai sebulan pak hussin mengikuti jejak isterinya. ketentuan yg MAHA ESA.....

Alfatihah untuk Pak Hussin