Cerita raya haji saya. Ahad tu saya start demam sampai ke hari raya. Jadi memang saya tak wat apa2 preparation pun. padahal dah plan dgn anak2 nak buat kek sikit. Kami tak jadik nak balik kampung, mak mertua saya tak bagi kami anak-beranak balik kalau en.atan tak balik sama. dia kan apa susah hati dgn anak2 saya yg ramai tu dia takut saya tak boleh nak control. Takut budak2 tu hilang di celah-celah orang ramai. Dan macam2 lagi lah yang di fikirkan. Memang pun kalau en.atan tak balik saya pun memang tak mau balik bukan apa letih nak control budak2 tu tambah2 saya dok mabuk2 mereng ni. Lagi la letih.
Jadi hari ahad tu saya dah terbaring baikk punya; tak peduli apa dah nak jadi dgn umah saya tunggang langgang ker, danish mandi ke tidak. kepala memang tak boleh nak angkat langsung. en.atan tanya 2/3 kali nak masak apa untuk pagi isnin tu pun saya dah geleng kepala...suka hati la nak masak apa pun. saya tak kisah. tak masak pun tak per.
Petang tu en.atan kuar cari lemang 2 batang, lepas tu dia singgah pasar malam beli makanan untuk dinner. saya cuma mampu makan jagung jer..sbb yg tu saya rasa teringin nak makan. lepas tu sambung tidoqqqq.
pagi raya tu anak2 saya bersiap sendiri jer. kesian pulak tgk. tapi apakan daya saya tak larat. dengan baju x beriron adoii selekeh la anak2 saya. tapi budak2 bukannya kisah..terus kuar beraya. yg tinggai cuma danish, saya dan en.atan. lepas habis solat sunat aidiladha, en.atan pun kuar la cari kacang2 untuk jajan hari raya. lepas tu dia beli daging konon nak masak kari. tapi karinya tak jadi sampai sudah sbb dia lupa nak beli rempah, bawang dan sebagainya. akhirnya daging tu jadi daging masak kunyit. habih citer. kwang kwang kwang. surau kat umah saya buat korban 3 ekor lembu, tapi saya tak jengah pun. en.atan jer pi bawak danish...dan depa siap pi tgk org sembelih lembu... tak ada la gambar bagai sbb en.atan tu bukannya pesen suka amik gambar....tension betulll.
saya?? tidoqqqqq la apa lagii...ada gambar bangchik yang saya sempat ambik masa dia kena libas ngan en.atan. awat dia kena libas??? dia kuar dari rumah kol 8 pagi sampai zohor dia tak balik. baju melayu dia yg kaler biru bertukar jadik oren. sebabnya?? dia main air takung kat tanah merah. balik dari atas sampai bawah belemoihhh. so apa lagi kena la libas dgn abah dia. melalak depan umah tu. nanti kalau ada reader saya donlod gambar yer...
Saturday, December 13, 2008
cerita raya tanpa gambar
yang mengarok Madam Casper at Saturday, December 13, 2008
Jenama??? abg chik, raya oh raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 yang turut berpot-pet:
Post a Comment