Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblissedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:"Kita tidak dapat menghalang umat Islam darimendatangi masjid, kita tidak dapat menghalangmereka dari membaca al-Quran dan tahu akanperkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka darimembentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungantersebut maka pengaruh kita ke atas mereka akanterputus."Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjidmereka; biarkanlah mereka menikmati hidanganmakan malam mereka yang tertudung,tetapi curilahwaktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masauntuk membina perhubungan dengan Pencipta.
""Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kataSyaitan:
"Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan merekadan mengekalkan perhubungan yang penting itusepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis."Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yangtidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalahberbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka"
Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,belanja dan hutang, hutang, hutang.Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerjabuat jangka waktu yang panjang dan suami-suamimereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidupmereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengananak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mularetak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagimenawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapatlagi mendengar suara hati mereka. Umpan merekauntuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasaterpasang di rumah-rumah mereka dan pastikansetiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasamemainkan muzik yang tidak Islamik.Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskanperhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah danakhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaranberita 24 jam. Cerobohi saat memandu merekadengan papan-papan iklan.Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,katalog, sweepstakes dan segala jenis suratberita dan promosi-promosi yang menyediakanbarangan dan perkhidmatan percuma dan impianpalsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik danramping di dalam majalah dan TV agar para suamiberpendapat bahawa kecantikan luaranlah yangutama, dan mereka akan tidak berpuashati denganisteri- isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untukbersama dengan suami mereka di malam hari.Tambahkan sekali dengan pening kepala!Jika mereka tidak bersama seperti yangdikehendaki oleh suami mereka,suami akanmeninjau-ninjau di tempat lain.Ini akan memporak- perandakan keluarga merekadengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganutagama lain untuk melalaikan mereka dari mengajaranak-anak mereka makna Islam yang sebenar danhari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktuberrekriasi.Buatlah sehingga mereka terlalu letih untukberekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempatuntuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkantentang ciptaan Allah.Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-tamanhiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsertdan panggung wayang."
"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"
"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincanghal-hal kerohanian, libatkan mereka denganumpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati merekatidak tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amalsehingga mereka tidak mempunyai kesempatanmeminita pertolongan dari Allah.Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannyadengan kudrat mereka sendiri, mengorbankankesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerjaamal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukancalang-calang perancangan ini!Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakantugasan mereka untuk menjadikan umat Islam dimana jua menjadi semakin sibuk dan semakinterkejar-kejar ke sana ke sini.Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhanmereka atau keluarga mereka.
Maka, imbangilah kehidupan kita di duniaini. Inilah kehidupan yang sementara....
ps: saya cilok dari blog kak ja. Untuk panduan kita bersama
Friday, December 19, 2008
Bukan sekadar renungan tapi Insaf lah
yang mengarok Madam Casper at Friday, December 19, 2008
Jenama??? yg hidup pasti akan mati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 yang turut berpot-pet:
hiks....bagus betul akk buat n3 ni...seswai...tuk hari jemaat gini...
mmg menginsafkan bc entry mcm nih...
tima kasih sbb berkongsi...
daela
tazkirah di hari jemaat
shafa
tu la insap sungguh. rupanya kerja sampai lebey dari 8 jam pun dah kira pengaruh setan yer..ishhh
Cilok pun xpe, Cas.. Janji membawa kebaikan ..
Post a Comment