Thursday, April 30, 2009

Takut, seriau, berdebar macam-macam ada

Yes, semalam saya nak simpan balik surat beranak si kakak dan abang. Abah bawak depa pi ambik ubat petang semalam. Budak berdua tu tak sihat. Masa nak simpan tu saya baca la balik ...saja je nak repeat keh keh keh .

Wah tengok time delivery abang pukol 6.29am. Abang keluar seiring dgn azan subuh. Start turun tanda pada 20/12/00. Petang kol 7 pm baru ke hospital. Pagi esoknya baru bersalin kat dia. Bayang kan berapa lama sakit. Tapi anak sulung standard la kan.

Kakak pulak saya selamat melahirkan dia pukul 12.29am -23/8/04. Dia kena induce.Adoiii sakit oooo.

Bang chik saya lahirkan dia jam 7.35am pada 13/6/03.

Danish pun kena induce jugak.Saya lahirkan dia pada 14/11/07 pukul 4.35 ptg tuu. Seiring dgn azan asar.

Saat ni mmg saya takut.Macam2 saya fikir. Saya boleh tahan bila mengandung kena alahan, muntah sana-sini, letih terkelepek. Bawak perut besar ni selama 9 bulan. Tapi saya tak tahan nak tanggung sakit masa nak melahirkan tu. Memang tak tahan sakit. Tolong!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 29, 2009

semak-samun

Nampak tak dah jadik semak samun?? Pokok2 pun dah kurus tak berbaja. Ishh bila En.Atan nak belek semua ni???
Budak kecik ni enterprame jer hihihihi.

Panas tu tp dia nak berjemur jugak.


Dah mengantuk sgt dah tu.Tapi tak bagi dia tidoq, tunggu kakak dan abang balik sekolah dulu , bg tidur sekali. Yg putih2 tu saja saya tempek bedak sejuk.



Hah nampak dia berisi kan? Esok saya tempek pic baru ..bandingkan betapa kurus nya dia.Seqoh orang Kedah kata. Sebab dia demam dan cirit.





cheese cake-thanks a lot en.tapir

Tersangat lah sedap...

Saya kan mengidam cheese cake. Dok tunggu tapi En.Atan tak pi beli lagi. Jadik sabtu yg dah berapa hari lepas tu..kawan saya En.Tapir datang umah. Jadi dia bawak la 2 slices cheese cake nih. Adoi pucuk di cita ulam mendatang. Saya yg tgh mengidam ni terima dgn yg terbentang. Terima kasih banyak2 en.Tapir. Erkk terima kasih daun keladi..sok lusa bawak lagi yer hehehehehehe.

Tuesday, April 28, 2009

Budget for next year


Elegan. Pojaan hati ku. Rega 6K++. Ini budget for next year. Jenuh nak himpun det. Tapi harap2 tu jadik kenyataan la. Tak tau pasai pa saya berkenan sgt dgn Elegan ni. Tapi saya nak warna Merah. Dah jatuh cinta sgt dgn Merah. Merah membara dan garang..ohh cantik siotttt.
Yang ke 2 nak kena masuk dlm budget next year ialah untuk bercuti. Byk tempat dah kami survey, tapi semuanya bergantung pada budget.Bukan senang ooo anak 5 ni..byk belanja. Jadi kena himpun dan budget betul2. Lagi pun thn ni budget lebih kepada saya nak bersalin. Kan nak bersalin byk pakai det. Lagi pun bby saya ni songsang. Next month pi scan lagi nak tgk kedudukan bby ni. Kalau dia tak mau pusing tu..kemungkinan nak kena potong perut saya. Kan byk nak pakai duit tu w/pun sy bersalin kat hospital gomen???
lagi pun thn ni kami akan sambut hari raya 7 beranak dah. Ha kan budget lagi tu...saya tak mengeluh di kurniakan anak ramai ni.Bersyukur sangat2. Tapi gaji ciput cam saya dan En.Atan ni mmg kena budget betul2 la..kalau tak melopong tak sampai ujung bulan hihihihihihihi.
Ok tu jer cerita setakat ni...nanti ada la citer len...tunggu...

Saturday, April 25, 2009

Kisah anak saya dan jiran

Citer semalam.

Balik kerja. Lepas ambik si kecik Danish di rumah bby sitter terus balik. Dok teringat bubur kacang yang masih berbaki dlm ice box tu. Sampai jer kat rumah anak2 jiran menerpa , mengadu...

En.Atan: Ni sah bergaduh nii
Anak2 jiran: Untie, Luqman buat M*****...
Luqman: Dah dia buat abg chik sapa suruh
Anak2 jiran: M***** qeyau..tak tau la
Saya: Ok kalau macam tu pi report polis...habis citer...

terus saya masuk ke dalam rumah simpan beg dan kemudian keluar nak ke kedai beli milo ais. Tiba2 tekak ni teringin milo ice. Lepas balik beli milo ice, saya terus masuk ke dalam rumah di ikuti dgn anak2 saya. Entah la saya pun heran jugak dgn budak2 ni. Kalau dulu pantang lepa saheh lari keluar nak main. Saheh dah berkubang dlm bendang depan umah tu. Puas saya marah, saya mengamuk tapi dok macam tu jugak. Tapi sejak 2 menjak ni tah angin apa la yg masuk dlm badan, depa lebih suka lepak dlm umah. Tgk tv,sepah buku. Kadang2 sampai saya paksa depa keluar bermain sbb naik jemu tgk depa bergomol sesama sendiri dalam bilik. Letihhh.

Kata en.atan..lebih baik depa ada dalam rumah, lebih baik depa sepahkan umah dari merayap tak tentu hala...ya saya setuju w/pun mata saya akan sakit bila tgk rumah macam kapal karam. ohh kepada kengkawan yg nak mai umah saya tu tolong call dulu ya..sbb boleh la saya kemas kan umah dulu..heheheheheh

Ok berbalik citer tadi, maka lepak la anak2 saya kat porch sambil minum milo ice. Saya dah baring2 relax kat sofa. Tiba2 anak2 jiran saya ni datang kat pagar rumah dan menjerit

" F**** galak dgn Luqman" lepas tu terus lari. Ish budak2 ni..kecik2 dah pandai. Waktu tu abang tgh bersembang dgn anak jiran sebelah, yang sebaya dgn dia tapi berbeza kelas la. Kali ke dua budak2 tu mai ejek lagi...ayat yg sama juga yer. Wahh si F**** terus menangis...Abang ternganga...lepas tu parent F**** keluar ..agak kecoh la. Saya pun keluar tapi bila tgk anak2 say a OK..saya masuk balik. Malas. Yang mengajar budak2 kecik ni ejek si Abang ni si M**** ni la. Dia kan marahkan abang..sbb abang tumbuk dia..

Parent si M**** dan jiran sebelah saya tu tak bertegur sapa. Bergaduh agaknya..dan saya malas nak masuk campur. Rumah yg sy duduk ni ada 3 pintu. jiran sebelah saya tu hanya bercakap dgn saya jer..dgn jiran yg satu lagi pun tak bertegur sapa. Memang la kadang2 saya terasa dan geram juga dgn jiran sebelah saya ni..tapi saya malas nak ambil pot dan nak buat musuh...bila saya geram sgt saya cuma kata " gasakk piii"

Kadang2 saya rasa ingin pindah saja. Bosan juga saya dgn situasi macam ni. Tapi en.Atan cakap kami akan berpindah..bila kami dah ada rumah sendiri nanti. So harus lah saya bersabar lagiii.

Ops sambung citer tadi. Lepas maghrib, bila semua dah kenyang..saya pun soal siasat abang. Kenapa abang buat M****. Abang bg tau punca nya sebab abang marah M*** "curi" buah mempelam jiran depan rumah kami. Dia risau nanti tuan mempelam tu marahkan si M****. Dah tu M**** ajak kroni2 dia sama. Bila abang marah entah macam mana M*** ni pukul abang chik...jadi abang kan protective adik2 dia tu yg dia buat M**** balik.

Gelak besar saya dengar citer abang. Adoiii abang ni concern dgn org tapi tak di hargai. So saya nasihatkan abang lepas ni kalau abang nampak apa yg depa buat..benda negatif abang buat tak tau sudah . Sbb orang macam ni tak guna jika di beri nasihat. Tapi jangan abang buat benda macam tu sudah. Adoii boleh ker saya bg nasihat macam tu??? Bab dia protect adik dia tu saya mmg galakkan. Sy mmg ajar depa ber3 ni saling lindung melindungi...

Itu citer semalam. Hari ni punya citer belum tau lagi...tunggu la saya habis kerja nanti.

Anak2 saya memang nakal. Abang masa kecik mmg aktif..tak larat nak bercakap dan bersabar tapi kadang2 hilang sabar kena jugakk. Pernah satu masa saya malu nak bawak anak2 saya ke rumah kawan2. Ya la anak2 saya kan nakal. Sampai sekarang saya lebih suka anak2 saya kat rumah saja, dan habis sangat saya bawa anak saya ke playground atau supermarket dan kedai buku. Cukup...

Tapi bila dah bersekolah ni masing2 ada perubahan. Yang paling berubah abang la. Mungkin sbb dia dah 9 thn. Tapi bila mai perangai mengada-ngada dia tu geram jugakkkk.

Friday, April 24, 2009

khabar dari kampung

saya delete...
sbb sy rasa tak sesuai pulak....
en.atan dah sound saya hehehehehe

Thursday, April 23, 2009

Rajuk kah??

Letih..balik rumah ..adoii tengok rumah berselerak. Macam tongkang karam...bukan macam tongkah pecah lagi dah.Sabar..urut dada, rileks sat
Start kemas umah..sambil dlm hati ni mengomel sorang2
Sapu apa yg patut...tgk bakul baju...adoii ada lagi yang belum di sidaii..adoiii sabar2..ikut kan amarah dah meletup dah...ini bukan ringan sama di jinjing dah ni..ini bala kena pikul sorang2...arghhhh tension....
Setel semua kerja...opss nak makan malam?? Adoii nak masak apa ni?? Ermm kat dapur ada pisang..hah buat cekodok dah la..
Telinga gatal..tak leh pakai cutton bud ni..kena pakai korek tinger tu...cari2 tak jumpa...ishh mana pergi lak ni. Selalu dok dlm pasu ni jer. Nih mesti ada tgn yg main ni kalau tak , takkan hilang...tanya semua tak mengaku....pas tu dia tu kata dia ni..dia ni kata dia tu...pi mai pi mai tang tu...ishhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Malas dan tension...segan nak bercakap dah....buat habih air liur dan penat mulut...masuk tidoq...
pagi ni bgn..atas meja dah ada cawan gelas, dlm mangkuk ada megi yg tak habis...sapa punya keja?? depa laaaaaaa. Uwaaaaaaaa lagi tension mmg tak kesian kat org langsung depa ni....nah start saat tu merajuk la...lantak...cakap byk pun tak guna..boring..semua nya sama....
luahan rasa seorang ibu dan isteri yg bekerja

Wednesday, April 22, 2009

casper???kenapa?


Awat casper?? Saya suka dgn cartoon casper nih. Cute jer kan?? Lagi satu Casper ni baik hati w/pun 3 lagi sedara dia nakal....
Masa saya bekerja sbg guru tadika dulu..balik sambung kat nursery ada sorang bby nih..perempuan..comel tapi tak de rambut. Saya panggil dia Casper...adoiii dia rapat dgn saya. Dia nak dgn saya jer. Kalau dgn org lain sure menangis. Sampaikan saya nak buang air besar pun dia tak mo berenggan so nak tak nak kena bawak masuk sekali la...mujur la tandas duduk...
Agaknya dah besar si Casper saya tu kan? Dah jadi anak dara pun...

Friday, April 17, 2009

Chinta by Kak Yati Berahim

Saya dah pun memiliki novel ni semalam. Hehehehehe akhirnya. Dan semalam jugak saya berjaya menghabiskan novel setebal 700++ muka surat nih. Dah lama saya tak beli novel baru. Opss nak bg tau nih..saya ada koleksi novel yer..tapi dah masuk dlm kotak sebab Danish tu dia suka punggah. Sayang oooo. Dan saya ada koleksi novel RAMLI AWANG MURSHID . Sampai ada kawan saya minta nak beli...ohh jawapannya tidak..

Sejak mengandung ni saya macam tak de mood nak beli novel dan magazine. Cuma RABU lepas saya singgah kat kedai stationery nak p/copy buku abang. kedai tu milik kawan saya. Saya ternampak novel ni so terus saya pesan dgn dia maklum la saya kan tak gaji lagi. Semalam saya dah gaji terus saya pi ambik novel tu la. Lepas buat kerja rumah saya terus baca sampai khatam. Akibatnya saya tak jaga dan terlajak tidur dan hari ni masuk kerja lewat ler. Memang dah tabiat saya , kalau start membaca tak boleh berhenti kena habiskan...En.Atan dah faham sgt dah...

Ohh lupa abang pun baca novel tu..tapi baru sampai ke muka surat 6. Agak2 dia boleh habiskan ker sampai 700++ muka surat ni??

Novel ni pasai Chinta-(watak utama) yg berkahwin dgn Raja Akid. Ok la tak de kisah cinta meleret-leret ala2 hindustan. Cuma nak tanya kak yati kenapa watak Pn.Shima tu tak di kembangkan..tak de byk sgt conversation antara dia dan Raja Haidar dan Raja Akid sendiri.
Happy ending la dalam novel Chinta nih.

Watak2 dlm novel ni:
1. Chinta-Watak utama dlm novel ni. Di serahkan kepada Pak Kamal dan Mak Molek ketika masih kecil. Ibu dan ayahnya lari ke London kerana perkahwinan tidak di restui oleh keluarga masing2. Di bela dan di jaga oleh bapa dan ibu sedara dia sendiri

2. Raja Akid-Anak R.Haidar. Suami Chinta. Trauma sbb tgk mak dia berzina dgn lelaki lain.
3.Saiful-kekasih Chinta dr zmn U .Putus sbb Saiful mata duitan
4. Pak Kamal-bapa sedara merangkap bapa angkat Chinta
5. Mak Molek-Ibu sedara merangkap mak angkat Chinta
6. Mak Yong-ibu sedara Chinta
7. Rodin, Nailah, Faiz-anak2 Pak Kamal dan Mak Molek yg juga sepupu Chinta
8. Candy-kawan Chinta dr kecil sampai besar
9.Jessi-kawan R.Akid dr kecil sampai besar

Nak tau lebih lanjut kena la beli novel nih..ok.

K.Yati sy nak tanya apa makna "PALAK" tu....heheheheh

friendship....



















Tuesday, April 14, 2009

Bila kakak merajuk

bila mood ok cam ni la qopenya....

Kisahnya semalam. Saya masih di opis. En.Atan kat umah lah. Kakak merajuk. Dia packing baju dia dlm beg..lepas tu dia tarik beg tu kerumah kawan dia. Konon dia nak dok umah kawan dia. Dia merajuk dgn abang2 dia dan abahnya. Bila saya balik keja beg tu ada depan pagar umah dah dia tgh nangis. Mula2 saya rasa kelakar tapi lepas tu saya kesian dgn dia.



Tindakan kakak ni bg saya dah "over" untuk umur 5 thn macam dia. Mana dia dapat idea nak lari dr umah??? TV? Adoii lepas tu saya pun berceramah la pada abang2 dan abah dia. Abang2 dia sebab buli dia..selagi boleh buli dia depa buli dia. Yg abah pulak tidor. Geram betoi laa.



Bila saya berceramah tu masing2 tak mengaku lah. Saya pujuk kakak la..kuar kan baju dia lepas tu simpan balik dlm laci baju dia. Lepas tu saya tanya dia kenapa dia nak pi dok umah kawan dia? Dia kata dia minta hp abah dia nak main games tapi abah tak bagi. Ohh itu puncanya.



Lately ni memang susah sikit nak layan karenah dia. Sikit2 dia nak sentap. Salah cakap dia muncung. Malam2 lagi tension dan susah. Dia kira nak sentap dan muncung. Apa yg tak kena tak tau la...pening saya dan en.atan.

Monday, April 13, 2009

resign???

Ya saya rasa nak resign jer. Saya dah tak larat nak bersabar dan menunggu. Huh kecundang jugak saya yer. Bukan tak enjoy kerja sini tapi masalahnya GAJI lambat. Byk komitmen yang nak kena tanggung. Adoiii kalau every month macam ni susah la. En.Atan pun dah bg green light untk sy resign.

Saya ingat kalo sy resign sy nak wat bisnes on9. Ok ker tak???

Thursday, April 9, 2009

Mohon maaf

Semalam saya dah pun minta maaf dgn kakak. Sbb saya piat telinga dia...pasal kes lipstick tu. Sedih sungguh saya. Masa saya siapkan dia nak pi tahfiz, saya pegang tangan dia lepas tu saya cakap saya minta maaf pada dia, sebab saya piat telinga dia. Lepas tu saya bg tau la kenapa saya marah dgn dia..dan bg la nasihat sikit. Yang agak2 budak umur 5 tahun boleh terima dan paham. Dia angguk dan senyum jer. Lepas tu saya cium la pp dia tu. Yang syoknya masa saya minta maaf dgn dia tu saya yg sebak dia rileks jer dan lepas saya habis cakap boleh dia jawab selamber jer
" Ibu minta maaf kat adik??? OK laaa" huhuhuhu anak2....Hati kanak2 memang suci, bersih. Tiada dendam dlm hati kanak2.

Saya rasa tak salah kalau kita sbg ibu bapa ni minta maaf dgn anak2 kan? Kalau sah2 kita salah la. Dan anak2 akan ikut cara kita. Bukan kah kepimpinan melalui teladan???..itu pun salah satu cara pendidikan jugak. Betoi tak???
Saya dan En.Atan bukan ibu bapa yg sempurna tapi kami berusaha untuk menjadi yg terbaik untuk anak2 kami..InsyaAllah.

Wednesday, April 8, 2009

kakak punya kerja




punah lipstick ku
Ini kerja kakak la..Lipstick tu kan ker hadiah besday saya dr en.atan. Jarang bebenor saya pakai nya. Dok jer berkepuk dlm beg tu. Ntah angin apa semalam saya tingin nak pakai..buka2 jer dah jadik macam tu. Ayoooooo mak punya angin mencanak 200 darjah la. Dah agak ni mesti kerja kakak. Bila tanya dia diam tak kata apa..maka memang SAH kerja dia.
Geram punya pasai saya tarik telinga dia dan denda dok dalam bilik. Ishhh..kalau nak melawa pun jgn la sampi melingkup. Dah la present dr en.atan..ishh sob!sob!sob! sabar jer laaa

saya ngidam cheese cake

sedap nya nampakkkk

meleleh air liur


marvellousss...
ps:pic ihsan pakcik google
Saya mengidam cheese cake. Rasa macam cheese cake tu dah ada dlm mulut saya. Yummy...En.Atan janji petang ni nak pi cari kat kedai cake. Kalau tak de terpaksala saya call kawan saya minta dia tolong booking kt hotel tmpt dia keje..huhuhuhuhuhu.
Tak sabar nak makan daaaa.

Tuesday, April 7, 2009

Photostat lagikk


Buku text english abang yg kena photocopy. Photocopy lagik...ish ishhh. Tadi abahnya datang hantar buku dia. Bukan la nak berkira setakat sekeping A4 paper tu. Lagi pun mesin photocopy tu dok belakang saya jer..tekan jer..kuar la.
Tapi yang saya angin sikit tu bila saya check xcercise book dia, Teacher dia tak tanda pun. Ishh apa hal asyik bg kerja kat student lepas tu tak tanda.Takkan Teacher tu nak kumpul byk2 baru nak tanda???
Cuba baca n3 kat http://redmummy.com. Kak red ada citer pasal abang. Sedih jer hati bila baca kisah tu.
Saya selalu jer abaikan aduan abang pasal cikgu dia. Sbb abang tu agak nakal. Tapi saya tau abg cuma nakal kat umah...main2 dgn saya dan abahnya. Di sekolah dia agak berdisiplin. Saya bukan apa bimbang cikgu akan mengata saya ni manjakan anak. Tapi bila baca kisah abang anak kak red..lepas ni saya perlu peka dengan aduan abang. Kesian dia.


Yezza..mana gaji ku

Hari ni dah 7/4/2009 tapi saya masih tak terima gaji lagi. Kali ni saya tak meroyan sbb dah set dlm mind gaji akan dapat pada 15/4/2009 ...huhuhuhuhu. Saya bersabar sampai saya bersalin jer. Masa saya mengandung ni ada 2 jemputan interview. Tapi saya preggy so sy tak pi la. Kira lepas bersalin ni saya dgn gigih akan cari kerja lain lah. Ok..

Saya plan nak dok umah jer lepas bersalin nanti. Tapi memandangkan Danish yg rapat dgn "mak" dia ..tak jadi la pulak. Kesian plak "mak" dia nanti. Jadi saya akan bekerja...lagi pun kalau saya tak keja mana nak cekau duit nak shopping huhuhuhu boleh gitu?? Boleh wakakakakakaka
Boleh la kan...nak harap en.atan sorang pun kesian dia jugak..byk nak kena cover..yuran tadika, yuran tahfiz, bil api+air, kereta lagi..ishhh byk tu...

Kadang2 terpk bila la nak kaya. Kalau kaya leh dok umah goyang kaki, pakai maid...lepas tu gi shopping, lepas tu pi holiday, lepas tu, lepas tu , lepas tu.........
Hahahaha sekadar angan2 mat jenin jer la. Dapat hidup dlm keadaan macam ni pun dah bersyukur..entah2 kalau kaya nanti lupa diri pulak..jadi macam Qarun..kufur pada nikmat Allah..

Bak kata en.atan " bersyukur dgn apa yg ada"...ai ai ai abah

Kita Untung

Dialog abang dan bang chik

A: KITA UNTUNG LA
B: BAGUIH LA
A: TGK DUIT KITA BYK
B: ACHIK NAK SIKIT
A: X BOLEH..SIMPAN NAK PI CAMERON HIGHLAND,BELI PSP
B: LAMBAT LAGI KA
A: LAMBAT LAGI...BAQU ADA 6 QINGGIT
B: 6 QINGGIT TU BYK KA
A: SIKIT..
B: OOOOOOOOOOOOO

Ha lepas tu saya sergah budak ber2 tu. terkejut depa. Sy tgk byk duit syiling . Bila tanya mana depa ambik..rupanya depa juai sticker. Yg tukang juai tu abang la. Adoiiii..sticker tu ada dalam buku color yg abah beli untuk bg chik.Selalunya kalau ada sticker depa akan pelekat merata rumah..tapi kali ni tidak. Sebab depa buat bisnes...
So la ni hari2 dok kira duit tu la. Dah tu pantang nampak duit syiling saheh jadi hak milik budak ber2 tu. Erkk kakak tak join dia cuma tukang amik duit ja...satu hari 3 kupang untuk beli ais krim heheheheheheheh

Cepat dah lewat!!!!


saja jer suruh dia pakai telekung..nak tgk dia pandai ke idak..rupa nya bolehhh

dah siap nak pi mengaji nihh


Semalam. Hujan..budak2 dah bersiap nak ke tahfiz.Kakak ni mula2 tak nak pergi..lepas tu decide nak pi. Abang dan bg chik tumpang keta org sebelah...selamat la dah pi. Tinggal dia jer la kat umah. Dia ni bersiap punya la lambat..tah apa dia buat tak tau la. Hujan plak masih lebat lagi. So lepas dia siap..dia lepak la kat umah dulu. Abahnya cakap tggu hujan reda baru nak hantar dia. Ok dia boleh sabar lagii.

5 minit lepas tu ..dia dah bising nak ke tahfiz..jam baru 7.05 malam. Adeii sabar la kakak...
"nanti tak sempat nak sembahyang.." dia bebel kat abah dia.
Abah pun pi la hantar dia..pakai baju hujan la 2 beranak tu keh keh keh keh...

Friday, April 3, 2009

Air mata seorang ibu-kisahnya

Kisahnya? kenapa saya sedih semalam?
Macam ni

Pagi semalam..saya dan en.atan hantar anak2 ke sekolah dia org. Kami naik motor jer sbb keta masuk workshop. keta antik selalu meragam gitu.

Abg chik dah turun..kemudian turn kakak. Kakak kat depan. Tiba2 saya rasa motor tu dah terangkat kat depan. Macam mat rempit buat aksi wheeli (betoi ka ejaan tu tah la). Saya terus menggelungsor turun. Lepas tu entah macam mana..cepat sgt kejadian tu berlaku.

Yg saya sedar kakak dah berada di bawah motor..dan motor dia atas kakak. Saya dalam keadaan sarat 7 bulan terus terkam pada kakak dan dukung dia. Dia dah menangis sbb sakit dan terkejut barangkali. Dalam hati saya anak saya mmg teruk dah...Laju air mata kakak di pipi laju lagi air mata saya. Kenapa bukan saya yang berada di tempat kakak. Sedih saya bila budak yg berumur 5 thn kena tanggung kesakitan macam tu.

Walaupun saya garang dgn anak2,tapi saya tetap seorang ibu kan? yg susah payah mengandung dan melahirkan. Gila ker kalau saya tak ada perasaan bila lihat anak depan mata dalam keadaan macam tu. Kami bawak kakak ke klinik. Walaupun kakak tak cedera teruk. Hanya luka2 sikit dan pipinya tercalar. Lupa saya nak ambil gambar pp dia.

Punca kejadian???

Menurut en.atan masa dia tgh nak free gear..tiba2 kakak pulas minyak..apa lagi melompat la motor tu...

Punca yg lain??
Salah kami juga sbb dah lewat punya pasal naik ramai2. Harap2 keta boleh kuar workshop dan seperti biasa saya akan hantar budak ber2 tu kesekolah dgn kereta.

Sebab tu saya bersedih semalam....

Thursday, April 2, 2009

Air mata seorang Ibu

Ibu garang..suka marah2...
Ibu suka berleter...
Ibu suka sgt suruh itu dan ini
Ibu ni tak paham...org nak pi main
Ibu suka marah agaknya ibu tak sayang kita...
Ibu itu ibu ini......


Tapi air mata seorang ibu akan tumpah bila anaknya dlm kesakitan, kesusahan...
Tidak ada seorang ibu pun dalam dunia ni yang tak sayang dan kasih dengan anak2nya. Kecuali ibu2 yg tak berhati perut yang sanggup buang anak sendiri dalam tong sampah, lubang jamban...
Manakan tidak, 9 bulan 10 hari mengandung anak, melalui susah payah semasa hamil dan bertarung dgn kesakitan semasa nak melahirkan..takkan tak sayang anak lagi....


OH N3 NI BERKAITAN DGN PERISTIWA PAGI TADI ...HATI SAYA MASIH SEDIH..

Wednesday, April 1, 2009

Yussuff or Nur...????

Teka lah...
Mari teka..
He he he he he he he

Opsss teka org dlm saya ni boy or girl..Anak2 saya dah start panggil Yussuff. Ni sebab depa kemaruk tgk citer Yussuff tu la.