Tuesday, April 14, 2009

Bila kakak merajuk

bila mood ok cam ni la qopenya....

Kisahnya semalam. Saya masih di opis. En.Atan kat umah lah. Kakak merajuk. Dia packing baju dia dlm beg..lepas tu dia tarik beg tu kerumah kawan dia. Konon dia nak dok umah kawan dia. Dia merajuk dgn abang2 dia dan abahnya. Bila saya balik keja beg tu ada depan pagar umah dah dia tgh nangis. Mula2 saya rasa kelakar tapi lepas tu saya kesian dgn dia.



Tindakan kakak ni bg saya dah "over" untuk umur 5 thn macam dia. Mana dia dapat idea nak lari dr umah??? TV? Adoii lepas tu saya pun berceramah la pada abang2 dan abah dia. Abang2 dia sebab buli dia..selagi boleh buli dia depa buli dia. Yg abah pulak tidor. Geram betoi laa.



Bila saya berceramah tu masing2 tak mengaku lah. Saya pujuk kakak la..kuar kan baju dia lepas tu simpan balik dlm laci baju dia. Lepas tu saya tanya dia kenapa dia nak pi dok umah kawan dia? Dia kata dia minta hp abah dia nak main games tapi abah tak bagi. Ohh itu puncanya.



Lately ni memang susah sikit nak layan karenah dia. Sikit2 dia nak sentap. Salah cakap dia muncung. Malam2 lagi tension dan susah. Dia kira nak sentap dan muncung. Apa yg tak kena tak tau la...pening saya dan en.atan.

7 yang turut berpot-pet:

kak ja said...

Dia tgh dlm proses menerima hakikat yg dia akan terima adik lagi.. Relax Cas, dia x apa2.. Cuma elok Cas explain kat dia, lari dari rumah takkan selesaikan apa2 masalah. Explain versi budak kecikla.. gempaq2 skit..

adie-ishmael said...

aku dok terbayang macam mana la rupa dan kelaku mak budak tu kalau merajuk...

Casper a.k.a wifee en.atan said...

kak ja
tu la sungguh pening nak layan karenah dia. jenuh bersabar...cakap dgn dia nak kena bodek, pujuk...adoiii
Dah la mak dia lemah kat part tu

adie
opssss aku merajuk tak de la sampai nak lari dr rumah..lari nyorok bawah katil jerrr

*ayu* said...

alahai... some how, rasa cute ada gak cara kakak merajuk ni.. ala AF gitu..siap packing tarik bag lagi...

tak pe la kak.. budak2 nak besar..sok sok akak kumpul material buat bahan bila derang dah tua sok.. hiks!

p/s: akak ada plan nak jumpa ngan dila ek bulan mei? jeles nya!!!

Casper a.k.a wifee en.atan said...

ayu
aduhaii..sangat mencabar dgn kakak ni. kena sabaq byk2..kalau tak ..tak tau la nak kata apa...
takut dia terbawa-bawa perangai sentap dia sampai ke besaq la. Ishhh...

yer..akak nak jumpa dila nanti...dia mai holiday kan sini...hehehehe tak per nanti akak kirim coklat kat ayu yer...

Mummy Dasy said...

huish dahsyat smpi nak lari umah mana dia ikut...

Zana S said...

nak adik mmg cnenggitu kot kak. mane tau tu rival dia. ngehehehe