Thursday, June 4, 2009

Abang sedih

Hari ni macam biasa. Call anak2 yang balik bercuti kat kampung tu. Dengar jer suara saya abang terus nangis...aikkk heran..pasai apa?

Ibu: La ni awat???
Abg: Tok pukoi abang
Ibu: Ermmm...pasai apa?
Abg: Abg gaduh dgn bg chik, pas tu tok mai pukoi abang
Ibu: Pukoi kat mana?
Abg: Kat telinga...
Ibu: Oooo (MIL saya mmg suka masuk campur hal budak2...)
Abg: Abg nak balik hari ni jugak (Depa plan nak balik Sabtu nih. Sedih sgt dia. )
Ibu: Ok ibu bg tau abah.

Ermm tak leh nak komen lebey2. Tapi saya tak berapa berkenan part MIL saya yg suka masuk campur hal budak2. Budak2 biasala bergaduh kejap lepas tu baik balik. Kalau balik berkumpul ramai2 lagi lah macam2 karenah sepupu-sepapat tu bila berjumpa.
Bila bg tau abahnya, tetap abahnya suruh balik hari Sabtu jugak. Hehehehe kesian abang. Syahdu saya dgr dia menangis. Masa kat rumah ibu dok marah malahan kadang2 kena piat telinga tak pulak abang sedih yer. Ishhh budak2 macam tu lah. Buruk2 pun parent depa kan?
Sabar saja lah abang. Lagi 2 hari abang nak balik ke sini. Lepas ni memang saya tak bagi la depa balik kampung. Bukan apa, balik baru 2 hari dah kalut call kata rindu ibu, abah dan Danish. Siap menangis berlagu hiba lagi. Jadi daripada menyusahkan tok dan wan..adalah lebih baik tak payah balik. Dok jer kat pulau nih.

1 yang turut berpot-pet:

daela said...

kak casper..dulu dila lagi teruk,umah atok kat sg.besar,famili dok kat PJ,pastu ptg abah blk PJ,mlm tu dtg balik amik kitorang kat kg,sbb dila dok menagis sepanjang masa lepas abah blk...klu la masa boleh ulang kembali...pasti dila akan..jaga nenek & atok baik2...x lepaskan saat2 manis tu..tp, semua tinggal kenangan...