Wednesday, April 8, 2009

kakak punya kerja




punah lipstick ku
Ini kerja kakak la..Lipstick tu kan ker hadiah besday saya dr en.atan. Jarang bebenor saya pakai nya. Dok jer berkepuk dlm beg tu. Ntah angin apa semalam saya tingin nak pakai..buka2 jer dah jadik macam tu. Ayoooooo mak punya angin mencanak 200 darjah la. Dah agak ni mesti kerja kakak. Bila tanya dia diam tak kata apa..maka memang SAH kerja dia.
Geram punya pasai saya tarik telinga dia dan denda dok dalam bilik. Ishhh..kalau nak melawa pun jgn la sampi melingkup. Dah la present dr en.atan..ishh sob!sob!sob! sabar jer laaa

saya ngidam cheese cake

sedap nya nampakkkk

meleleh air liur


marvellousss...
ps:pic ihsan pakcik google
Saya mengidam cheese cake. Rasa macam cheese cake tu dah ada dlm mulut saya. Yummy...En.Atan janji petang ni nak pi cari kat kedai cake. Kalau tak de terpaksala saya call kawan saya minta dia tolong booking kt hotel tmpt dia keje..huhuhuhuhuhu.
Tak sabar nak makan daaaa.

Tuesday, April 7, 2009

Photostat lagikk


Buku text english abang yg kena photocopy. Photocopy lagik...ish ishhh. Tadi abahnya datang hantar buku dia. Bukan la nak berkira setakat sekeping A4 paper tu. Lagi pun mesin photocopy tu dok belakang saya jer..tekan jer..kuar la.
Tapi yang saya angin sikit tu bila saya check xcercise book dia, Teacher dia tak tanda pun. Ishh apa hal asyik bg kerja kat student lepas tu tak tanda.Takkan Teacher tu nak kumpul byk2 baru nak tanda???
Cuba baca n3 kat http://redmummy.com. Kak red ada citer pasal abang. Sedih jer hati bila baca kisah tu.
Saya selalu jer abaikan aduan abang pasal cikgu dia. Sbb abang tu agak nakal. Tapi saya tau abg cuma nakal kat umah...main2 dgn saya dan abahnya. Di sekolah dia agak berdisiplin. Saya bukan apa bimbang cikgu akan mengata saya ni manjakan anak. Tapi bila baca kisah abang anak kak red..lepas ni saya perlu peka dengan aduan abang. Kesian dia.


Yezza..mana gaji ku

Hari ni dah 7/4/2009 tapi saya masih tak terima gaji lagi. Kali ni saya tak meroyan sbb dah set dlm mind gaji akan dapat pada 15/4/2009 ...huhuhuhuhu. Saya bersabar sampai saya bersalin jer. Masa saya mengandung ni ada 2 jemputan interview. Tapi saya preggy so sy tak pi la. Kira lepas bersalin ni saya dgn gigih akan cari kerja lain lah. Ok..

Saya plan nak dok umah jer lepas bersalin nanti. Tapi memandangkan Danish yg rapat dgn "mak" dia ..tak jadi la pulak. Kesian plak "mak" dia nanti. Jadi saya akan bekerja...lagi pun kalau saya tak keja mana nak cekau duit nak shopping huhuhuhu boleh gitu?? Boleh wakakakakakaka
Boleh la kan...nak harap en.atan sorang pun kesian dia jugak..byk nak kena cover..yuran tadika, yuran tahfiz, bil api+air, kereta lagi..ishhh byk tu...

Kadang2 terpk bila la nak kaya. Kalau kaya leh dok umah goyang kaki, pakai maid...lepas tu gi shopping, lepas tu pi holiday, lepas tu, lepas tu , lepas tu.........
Hahahaha sekadar angan2 mat jenin jer la. Dapat hidup dlm keadaan macam ni pun dah bersyukur..entah2 kalau kaya nanti lupa diri pulak..jadi macam Qarun..kufur pada nikmat Allah..

Bak kata en.atan " bersyukur dgn apa yg ada"...ai ai ai abah

Kita Untung

Dialog abang dan bang chik

A: KITA UNTUNG LA
B: BAGUIH LA
A: TGK DUIT KITA BYK
B: ACHIK NAK SIKIT
A: X BOLEH..SIMPAN NAK PI CAMERON HIGHLAND,BELI PSP
B: LAMBAT LAGI KA
A: LAMBAT LAGI...BAQU ADA 6 QINGGIT
B: 6 QINGGIT TU BYK KA
A: SIKIT..
B: OOOOOOOOOOOOO

Ha lepas tu saya sergah budak ber2 tu. terkejut depa. Sy tgk byk duit syiling . Bila tanya mana depa ambik..rupanya depa juai sticker. Yg tukang juai tu abang la. Adoiiii..sticker tu ada dalam buku color yg abah beli untuk bg chik.Selalunya kalau ada sticker depa akan pelekat merata rumah..tapi kali ni tidak. Sebab depa buat bisnes...
So la ni hari2 dok kira duit tu la. Dah tu pantang nampak duit syiling saheh jadi hak milik budak ber2 tu. Erkk kakak tak join dia cuma tukang amik duit ja...satu hari 3 kupang untuk beli ais krim heheheheheheheh

Cepat dah lewat!!!!


saja jer suruh dia pakai telekung..nak tgk dia pandai ke idak..rupa nya bolehhh

dah siap nak pi mengaji nihh


Semalam. Hujan..budak2 dah bersiap nak ke tahfiz.Kakak ni mula2 tak nak pergi..lepas tu decide nak pi. Abang dan bg chik tumpang keta org sebelah...selamat la dah pi. Tinggal dia jer la kat umah. Dia ni bersiap punya la lambat..tah apa dia buat tak tau la. Hujan plak masih lebat lagi. So lepas dia siap..dia lepak la kat umah dulu. Abahnya cakap tggu hujan reda baru nak hantar dia. Ok dia boleh sabar lagii.

5 minit lepas tu ..dia dah bising nak ke tahfiz..jam baru 7.05 malam. Adeii sabar la kakak...
"nanti tak sempat nak sembahyang.." dia bebel kat abah dia.
Abah pun pi la hantar dia..pakai baju hujan la 2 beranak tu keh keh keh keh...

Friday, April 3, 2009

Air mata seorang ibu-kisahnya

Kisahnya? kenapa saya sedih semalam?
Macam ni

Pagi semalam..saya dan en.atan hantar anak2 ke sekolah dia org. Kami naik motor jer sbb keta masuk workshop. keta antik selalu meragam gitu.

Abg chik dah turun..kemudian turn kakak. Kakak kat depan. Tiba2 saya rasa motor tu dah terangkat kat depan. Macam mat rempit buat aksi wheeli (betoi ka ejaan tu tah la). Saya terus menggelungsor turun. Lepas tu entah macam mana..cepat sgt kejadian tu berlaku.

Yg saya sedar kakak dah berada di bawah motor..dan motor dia atas kakak. Saya dalam keadaan sarat 7 bulan terus terkam pada kakak dan dukung dia. Dia dah menangis sbb sakit dan terkejut barangkali. Dalam hati saya anak saya mmg teruk dah...Laju air mata kakak di pipi laju lagi air mata saya. Kenapa bukan saya yang berada di tempat kakak. Sedih saya bila budak yg berumur 5 thn kena tanggung kesakitan macam tu.

Walaupun saya garang dgn anak2,tapi saya tetap seorang ibu kan? yg susah payah mengandung dan melahirkan. Gila ker kalau saya tak ada perasaan bila lihat anak depan mata dalam keadaan macam tu. Kami bawak kakak ke klinik. Walaupun kakak tak cedera teruk. Hanya luka2 sikit dan pipinya tercalar. Lupa saya nak ambil gambar pp dia.

Punca kejadian???

Menurut en.atan masa dia tgh nak free gear..tiba2 kakak pulas minyak..apa lagi melompat la motor tu...

Punca yg lain??
Salah kami juga sbb dah lewat punya pasal naik ramai2. Harap2 keta boleh kuar workshop dan seperti biasa saya akan hantar budak ber2 tu kesekolah dgn kereta.

Sebab tu saya bersedih semalam....