Friday, December 12, 2008

i'm backkkkkkkkkk

yahh..i'm back. nanti i post n3 baru yer. abih dah coti panjang banyak la benda atas meja ni nak kena setel. adeiii baloq la rasanya. ohh cuti raya tu saya tak balik kg sbb sy tak sihat. demam semua bagai. dan en.atan yg memang tak leh cuti tu terpaksa juga amik EL ahad dan isnin tu sebab saya tak sihat. jadi dia yg uruskan semua saya cuma baring sbb tak sihat. budak2 mmg frust la sbb tak jadi balik kg..abihh dah ibunya nak menapak dalam umah pun tak larat...cam na nak balik???

okeh nanti saya updated lah yer..ciaoooooooooo

Friday, December 5, 2008

salam aidiladha

Salam aidiladha dari saya sekeluarga kepada semua. jika ada salah dah silap masa berblogging ni harap maafkan yer.

saya dah start cuti esok..jadik x de la citer terbaru wahhh macam blog i ni glemer..wakakakakakakaka.

kami plan nak balik kg..tapi cuti suami ku belum tau sama ada approved atau tidak. kalau tak balik kg maknanya 10/12 ni saya masuk keje balik la..kalau di approved kan saya masuk keje 12/12...hahahahahahah

okeh selamat hari raya semuaaaaaaaaaaaaaaa
pada yg balik kg berhati-hati di jalan raya, kalau letih stop rehat dulu jgn menggagahkan diri yer..jgn main mercun ekekekekek ada ke mercun raya haji ni...

Abang yang frustt

Hah betul..abang mengadu pada saya semalam dia kecewa...tiba2 saja dia luahkan dia tengah kecewa...Apa lah yang budak 8 thn (dia officially cukup 8 thn 21/12 ni) tahu apa erti kecewa...

Hah sebenarnya dia kecewa sbb dia putus hubungan dengan gepren dia. Whatttt bersunat pun belum dah ada gepren kat sekolah, Memang gatal la namanya tu. Abihh bila dia mengadu macam tu dia ingat ibu dia nak simpati la dgn dia..hah kena bambu pong pang pong pang kat telinga ada.

Ya lahh kecik2 ada hati nak bercinta nak bergepren. Yang ibu dia lepas sekolah baru la gatai nak bercinta. Nihh ikut sapa pun tak tau la.

Ubun2 kepala pun lembut lagi, ishh memang saya berleter sakan dekat dia. Bila citer pada en.atan dia sengih jaa. Boleh dia tanya kat abang , kenapa abang putus ngan awek dia...adoiiiii anak dan abah ni sama jer...

Thursday, December 4, 2008

Alahai Tok Maimun!!!!!

Nenek glamor ingin cuba nasib lagi

Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup."Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini. "Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok."Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja."Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun."Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah."Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok," katanya.Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.Bagaimanapun, katanya, tiga bidang tanah miliknya di Marang yang dibelinya dulu telah diambil semula oleh penjualnya kerana beliau tidak menukar nama dalam geran asal.Beliau berkata, jika beliau gagal menyertai pilihanraya kecil ini, beliau berharap akan ada calon bebas yang lain bertanding di situ."Tetapi kalau boleh, Tok nak mereka (calon bebas berkenaan) guna lambang bulan bintang sebab Tok suka dengan lambang itu."Jika mereka nak Tok tolong, Tok pun nak tolong juga," katanya lagi.

Bengang..marah..benci...




KETIKA SAAT INI SAYA SEDANG MARAH, BENGANG, MELUAT DENGAN SESEORANG. SESEORANG YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN SAYA TAPI..SEMALAM ADALAH PUNCANYA....




nanti bila mood saya ok, saya ceritakan yer....

Wednesday, December 3, 2008

tajuk apa? ntah ler

Kisahnya saya teringin nak beli Lip Gloss. Hehehehehe..teringin tu kira cam mengidam la so kalau mengidam kena la beli kan. Betoi dak?? Hehehehe sila setuju yer. Lepas tu kan..adeii apa nak type nih hah saya pun search la dalam tenet lip gloss yg nak beli tu. Sekali saya jumpa body shop. Ishh rasa cam nak beli body shop lah. Motip saya nak beli lip gloss ??? Ntah tiba2 saya rasa cam nak melaram dan nak melawa....ishh ada kah ini tanda saya akan dapat bby girl???


Kalau merah menyala macam ni takut plak saya....

Ishh agak2 en.atan saya tu pengsan dak kalau saya pakai macam ni?? Macam Kurupira pun ada..

Nih blusher kot kalau tak silapp


Saya suka yang kaler ujung tu....peberet saya la tuu



Ini eyeshadow....




Mascara....bukan madagascar...ekekekekekeke





Nih perwarna kuku...




yg ni pun eyeshadow jugak kot...



nih untuk sapu kat bibir yer




Ini foundation...den tak reti nak pakaiii



Concealer...


Compact powderrr...cam sedap jer tgkkk



loose powder...


Blusher....
Lip glosss




Pesanan untuk en.atan.....sila lah amik perhatian yer...saya nak pau anda nihh wakakakakakakakaka









balik kampung jommmmmmmmm

Jom balik kampung..jommmmmmm. Anak2 saya dah excited nak balik kampung. Saya pun xcited jugak wakakakakaka. mana boleh biar anak2 sajer. Coti saya pun dah approved. Saya balik kampung hari sabtu nih sampai khamis minggu depan. syokk ooo tak sabarrr. Tapi yang masih dok suspendod ni en.atan la. tak tau dia dapat cuti ke tidak. adoi kalau tak dapat cuti kesian anak2 saya yang excited tu. saya pun sedih tau. Mula nak lancar perang dingin nihhh...hua hua hua hua boleh gitu???