Friday, April 3, 2009

Air mata seorang ibu-kisahnya

Kisahnya? kenapa saya sedih semalam?
Macam ni

Pagi semalam..saya dan en.atan hantar anak2 ke sekolah dia org. Kami naik motor jer sbb keta masuk workshop. keta antik selalu meragam gitu.

Abg chik dah turun..kemudian turn kakak. Kakak kat depan. Tiba2 saya rasa motor tu dah terangkat kat depan. Macam mat rempit buat aksi wheeli (betoi ka ejaan tu tah la). Saya terus menggelungsor turun. Lepas tu entah macam mana..cepat sgt kejadian tu berlaku.

Yg saya sedar kakak dah berada di bawah motor..dan motor dia atas kakak. Saya dalam keadaan sarat 7 bulan terus terkam pada kakak dan dukung dia. Dia dah menangis sbb sakit dan terkejut barangkali. Dalam hati saya anak saya mmg teruk dah...Laju air mata kakak di pipi laju lagi air mata saya. Kenapa bukan saya yang berada di tempat kakak. Sedih saya bila budak yg berumur 5 thn kena tanggung kesakitan macam tu.

Walaupun saya garang dgn anak2,tapi saya tetap seorang ibu kan? yg susah payah mengandung dan melahirkan. Gila ker kalau saya tak ada perasaan bila lihat anak depan mata dalam keadaan macam tu. Kami bawak kakak ke klinik. Walaupun kakak tak cedera teruk. Hanya luka2 sikit dan pipinya tercalar. Lupa saya nak ambil gambar pp dia.

Punca kejadian???

Menurut en.atan masa dia tgh nak free gear..tiba2 kakak pulas minyak..apa lagi melompat la motor tu...

Punca yg lain??
Salah kami juga sbb dah lewat punya pasal naik ramai2. Harap2 keta boleh kuar workshop dan seperti biasa saya akan hantar budak ber2 tu kesekolah dgn kereta.

Sebab tu saya bersedih semalam....

Thursday, April 2, 2009

Air mata seorang Ibu

Ibu garang..suka marah2...
Ibu suka berleter...
Ibu suka sgt suruh itu dan ini
Ibu ni tak paham...org nak pi main
Ibu suka marah agaknya ibu tak sayang kita...
Ibu itu ibu ini......


Tapi air mata seorang ibu akan tumpah bila anaknya dlm kesakitan, kesusahan...
Tidak ada seorang ibu pun dalam dunia ni yang tak sayang dan kasih dengan anak2nya. Kecuali ibu2 yg tak berhati perut yang sanggup buang anak sendiri dalam tong sampah, lubang jamban...
Manakan tidak, 9 bulan 10 hari mengandung anak, melalui susah payah semasa hamil dan bertarung dgn kesakitan semasa nak melahirkan..takkan tak sayang anak lagi....


OH N3 NI BERKAITAN DGN PERISTIWA PAGI TADI ...HATI SAYA MASIH SEDIH..

Wednesday, April 1, 2009

Yussuff or Nur...????

Teka lah...
Mari teka..
He he he he he he he

Opsss teka org dlm saya ni boy or girl..Anak2 saya dah start panggil Yussuff. Ni sebab depa kemaruk tgk citer Yussuff tu la.

Friday, March 27, 2009

Luqman Atiff



Luqman Atiff tu nama anak sulung saya. Dah 9 thn pun usia dia. Agak boleh di harap jugak la w/pun kadang2 sy geram dgn perangai dia. Bila dia naik syeh nak mengada-ngada tu. Biasala kan budak2.

Ok nak citer pasal Luqman Atiff. Bila dah darjah 3 ni..>> umo dia sebenarnya baru 8 thn 3 bulan coz dia lahir pasa 21/12/2000. Saya dan abahnya dah nampak la perubahan pada cara dia berfikir tu. Bila kami ni lambat nak solat...dia cepat2 remind kami...

"ibu ngan abah satgi semayang tau" wahh tersentuh hati kita sbg ibu dan abah ni. Kalau tak de perasaan jugak tu tak tau la nak kabarkan cam na.

Tiap kali dia nak ke tahfiz mesti dia pesan
"abang nanti semayang kat tahfiz dgn ustaz, abah semayang dgn ibu tau" saya hanya mengangguk kepala.

Dia dah boleh hafal dan baca surah2 dan kalau tak ke tahfiz sbb cuti dia yg jadi imam adik2 dia sembahyang. Imam kepada bgcik dan kakak. Dan saya cuma ingatkan dia niat masa nak jadi imam tu. Tak pun dia akan ke surau yg dekat dgn umah kami.

Alhamdulillah...saya tak perlu nak jerit2 ingatkan dia suruh solat. Ya la ini kan t/jawab ibu dan bapa. Cuma perlu bg tau dia waktu sembahyang dah masuk. Saya berdoa semoga sikap ni akan berterusan sampai saya dan abahnya tiada kelak. kerana doa anak yg soleh akan membantu ibu dan bapanya di dalam kubur nanti.

Tuesday, March 24, 2009

Kentut


Pic ni dr yahoo...godek2 jumpa la

Kisahnya tahun 1996 saya ngah exam STPM. Suasana sunyi sepi. Ya la masing2 concentrate jawab exam. Tiba2 saya rasa nak terkentut. Hah sudah..takkan saya nak angkat tgn..nak bg tau penjaga exam yg saya nak terkentut dan minta diri kuar sekejap. Aduhhh..mmg tak boleh tahan ni..jadik dgn penuh konpiden saya pun melepas la angin tu dgn harapan angin tu slow..rupanya kuat...
Hahahahahahah...cam na nak kontrol malu niii...saya pun buat bunyi dgn mulut konon2 saya saja main2...

Tapi mana yg dok berhampiran saya..meja dah bergoyang sbb menahan gelak..saya apa lagi..mmg tutup mulut serapat mungkin menahan gelak..

Kentut mana boleh tahan...kalau dah rasa nak melepas harus di lepaskan...

Thursday, March 19, 2009

Teman Sejati

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


Anda ada teman sejati????




ADAKAH ADAM TEMAN SEJATI KAKAK???



ABANG DAN AMIN????

Wednesday, March 18, 2009

Pasal handphone

Citer pasal handphone ni. Sebenarnya kami belikan satu untuk abang.HP sekenhen ja, RM50. Bukan apa senang nak check citer kat umah. Dan dia pun senang nak call kami bg tau apa yg patut. Tapi masalahnya..adeiii anak2 ni. kejap2 dia call..bg tau tu bg tau ni. Penat juga nak menjawab. Lepas tu sms...hahahah dah pandai sms bergambar tu. Tu yang tak tahan.

Tapi dia cuma call saya dan en.atan saja la dan tok wan dia. Dan kami masukkan no telefon balai polis dan no 994. Cuma pesan kat dia call no tu bila perlu dan penting saja. Jgn sesaja gatai tangan nak dial no tu...Dan HP dia tu cuma boleh guna dlm rumah jer..tak boleh bawak kuar dr umah dlm erti kata lain masa nak pi main tu kena tinggal kat umah la. Walaupun rega 50 tapi bg saya mahall ooooo




Antara mesej bergambar yg saya terima....

ni hp antik saya...saja jer tepek gambar