Monday, June 15, 2009

my neber

Huaaa spelling tajuk tak leh blah..wakakakakaka

Saya rasa saya dah kureng sabar dgn jiran tgh saya. Selama ni saya cuba sedaya upaya saya ignore ja apa yg dia cakap, tindakan dia. Tapi kita ni kan manusia biasa. Saya larang anak saya dari jejak kaki kerumah dia. Bukan apa rumah dia byk protokol. Tak nak saya anak saya yg super duper aktif tu melanggar protokol. Saya pesan jugak kepada anak saya kurang kan bermain dgn anak2 dia. Sebab apa? Sebab anak2 dia tak boleh di jentik sikit, di ejek langsung..sensitif. Dan dia pernah bg tau saya anak2 jiran yang lain berkutu jadi dia tak suka anak dia bercampur gaul dgn anak2 jiran. Protokol nya dia mengalahkan VVIP.

Saya juga tak berapa gemar tabiat dia yg suka berkemban depan rumah. Berkemban dgn tuala lepas tu terbongkok-bongkok menyapu laman. En.Atan kadang2 bila keluar nak beli b/fast terserempak..dia pulak yg rasa segan.Macam tu jugak dgn jiran yg satu lagi...rasa segan. Tapi memandangkan dia pernah berkata dia cuma kisah family dia saja dan dia tak pernah kisah dgn jiran sebelah menyebelah so saya biarkan saja la.

Bab sampah. Adat berjiran biasala. Kalau saya yg menyapu sampah saya sapu sekali sampah yg ada kat depan pagar rumah dia. Bukan apa kadang2 anak2 saya yg buat sampah. Jadi apa salah saya sapu sekali. Alah sampah secubit takkan nak berkira. Tapi bila dia yg menyapu...dia boleh pass sampah yg dia rasa bukan hak dia ke pagar rumah saya. WTH???? Masa school holiday hari tu anak saya balik kg dan jiran hujung pun balik kg..tapi kat pagar rumah saya plastik roti la itu la ini la berkepuk. Sapa yg makan?? Saya tak bising w/pun dlm hati tu mengarok sakan..huhuhuhuhu.

Pagi ni pagi2 lagi dia mengarok " sapa yg bengong buang pampers depan umah orang ni" En.Atan terus jenguk keluar kepala. Dia diam pulak. Saya hanya urut dada sebab pagi2 buat dah nak mengarok. Saya tunggu juga kalau dia terjah rumah saya tanya..wahhh saya tak nak cakap byk cuma nak suruh dia dok atas bukit jer..baru betul2 privacy.

Banyak lagi karenah dia. Tapi malas saya nak citer ...malas nak mengarok tgk saja lah rentak tari dia macam mana. Cuma kalau dah dapat jiran sengal macam tu memang kena bersabar lah.

Friday, June 12, 2009

Hati sabarlah

Hati saya memberontak. Mulut saya ingin melontarkan sesuatu. Tapi akal saya menyuruh saya bersabar.

Saya tarik nafas dalam2....lepaskan..saya diam seketika...cuba mengikis rasa amarah yg mula bermaharajalela dalam diri...saat ini saya harus bersabar.

Saya bekukan hati dan akal supaya tidak pikir benda2 remeh macam tu. Tapi mana saya boleh tahan. Sebab saya cuma manusia biasa.

Terus saya ulang baca ayat kursi.....


noted: Jadi salahkan saya terkilan? Salahkah? Hari ini 12/6/09 saya ada satu interview..dan jika ada rezeki saya dan keluarga lepas habis pantang saya akan mula bekerja di tempat baru. Doakan rezeki berpihak kepada saya.

Pic ni cilok dari internet. Minta maaf kepada tuan punya pic sebab cilok pic ni tanpa kebenaran. Pokok padi yg tengah meranum nih. Oh ya pic ni di ambil sekitar tempat tinggal saya dulu yer...kota kuala muda..

Qindu ooo dgn mesin padi nih. Dulu masa zaman budak2 peqak buih bila tengok mesin padi nih..mesti tunggu atas ban. Bukan bermakna kat pulau ni tak dak semua ni..nuu kat depan umah saya tiap kali musim bendang xtvt ni la yg depa dok buat. Cuma tempat jatuh lagi di kenang...nuuu nostalgia kat kampung jugak yg bestt.

Dulu masa musim menanam pakai benih padi yang di semai setempat. Lepas tu gotong royong tanam padi pakai kuku kambing. La ni pakai tabur benih terus. Cepat dan senang. Dulu masa time padi masak pun gotong royong gak kerat padi la ni pakai mesin padi. Saya berani2 takut nak turun dlm bendang ni bukan apa pernah turun sekali...angkat ja kaki nah amik lintah melekat kat betis ...wooo lepas tu tak berani dah.


Haaa ni simbol bandar sungai petani. Jam besar. Betoi ka Kak Ja? Kak Ja mesti tau tempat ni. Dulu seberang jalan ada Supermarket Bersatu. Kira famous la dlm thn 80an-90 an tu. Sebelah tu KFC. Masa saya sekolah kat SMI dulu..kalau ada barang nak beli..jalan kaki la kami ramai2 ker Bersatu tu. Kalau ada duit lebih masuk KFC laa..kalau tak pakai beli air sirap ka air tebu tepi jalan tu la. Lepas tu jalan kaki pi stesen bas. Pas tu singgah kat kedai kek Fairy tu. Beli kek ka roti ka makan atas bas. Adoii nostalgia yg dah berbelas tahun berlalu. Lepas tu jengoi la Central Square la, Cayman Kompleks la. Mula dok kerumun Central Square plak. Depan CS tu ada Hospital Metro dan CIMB bank. La ni Metro Hospital dah ada bangunan sendiri nooo. Nak lintas jalan pun kan main susah. La ni dah ada jejantas. Oh tiba2 rindu dgn CS..dah lama tak terjah...bila nak terjah nihhh



Today is ???????


Selamat hari ulang tahun yg ke 36 buat my laling En.Atan. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan dpt bonus end of this year so apa yg kita plan tu menjadik. Kui..kui..kui ..kui....Semoga terus sihat dan tolonglah penuhi impian abang yang satu tu "STOP SMOKING".
Forever Love
For a blessing like you.
Like I've spoken to God
And my wishes came true.
I asked for a person

To love and to hold.
To be loyal and faithful
Not angry and cold.
God placed you on Earth
As I quested to find,
The one who would be there
So sweet and so kind.
In my wildest dreams
I would have denied.
That something so perfect
Could at all be supplied.
You have such a sweet face
But you are so much more.
You're my love and I love you.
Your flaws I ignore.
With this small, simple statement
I give you and pray,
That you'll love me forever,
And forever you'll stay.

Friday, June 5, 2009

status at 4.55 pm

Sakit gigi tetiba...adoiiii ni yang maleh ni. Nak balik umah..nak balik umah..cepat la 5 setongahhhh

Thursday, June 4, 2009

Abang sedih

Hari ni macam biasa. Call anak2 yang balik bercuti kat kampung tu. Dengar jer suara saya abang terus nangis...aikkk heran..pasai apa?

Ibu: La ni awat???
Abg: Tok pukoi abang
Ibu: Ermmm...pasai apa?
Abg: Abg gaduh dgn bg chik, pas tu tok mai pukoi abang
Ibu: Pukoi kat mana?
Abg: Kat telinga...
Ibu: Oooo (MIL saya mmg suka masuk campur hal budak2...)
Abg: Abg nak balik hari ni jugak (Depa plan nak balik Sabtu nih. Sedih sgt dia. )
Ibu: Ok ibu bg tau abah.

Ermm tak leh nak komen lebey2. Tapi saya tak berapa berkenan part MIL saya yg suka masuk campur hal budak2. Budak2 biasala bergaduh kejap lepas tu baik balik. Kalau balik berkumpul ramai2 lagi lah macam2 karenah sepupu-sepapat tu bila berjumpa.
Bila bg tau abahnya, tetap abahnya suruh balik hari Sabtu jugak. Hehehehe kesian abang. Syahdu saya dgr dia menangis. Masa kat rumah ibu dok marah malahan kadang2 kena piat telinga tak pulak abang sedih yer. Ishhh budak2 macam tu lah. Buruk2 pun parent depa kan?
Sabar saja lah abang. Lagi 2 hari abang nak balik ke sini. Lepas ni memang saya tak bagi la depa balik kampung. Bukan apa, balik baru 2 hari dah kalut call kata rindu ibu, abah dan Danish. Siap menangis berlagu hiba lagi. Jadi daripada menyusahkan tok dan wan..adalah lebih baik tak payah balik. Dok jer kat pulau nih.

Tuesday, June 2, 2009

On the way nak balik kg

Picca tunggang langgang daaa. Ini pic budak kecik tu masa return ke pulau balik. Hari jumaat tu pi hantar budak ber 3 tu ke jeti K.Perlis..sampai kol 6.30 ptg. Lepas hand over kat tok wan depa..kami balik naik feri kol 7 pm. Huh hebat la kira main atas feri jer...mujur ikut kuala perlis so tak la letih sgt. Kalau ikut K.Kedah mau lembik cam bubur oooo
Pic atas feri. Muka2 xcited dan syok. Maklum la nak balik kg. Kalau dok umah kena dgr ibu pot-pet..

Budak kecik ni pun terselit jugak. Aduhai ingatkan atas feri dia nak tidur rupa nya tidak. macam di caj bateri kat dia..panjat sana-sini..


Masa nak masuk ke balai berlepas. Cewah macam nak naik kapai terobang la plak. Si kecik tu insist nak bawak beg. Ok biarkan saja..



Dia berebut dgn abang nak bawa beg..aduhai..budak kecik nihhh





Ok tiket dah beli. Jom masuk..tunggu feri berlepas..




Muka boring tunggu abah. Abaikan yg berselerak tu yer. Ibunya tak larat nak kemas..






Kakak. Dah ready nak balik kg. Jumpa tok wan...








Budak kecik yg sibuk nak punggah beg ibu...nak kena jentik tangan tu. Haippppp