Friday, December 26, 2008

pic berkarat oiiii

Pic yang dah berkarat. Gasakkk bagi ekekekekekekeke. hari ni baru nak publish..



kakak..tah pesen alien apa tak tau laaa



danish yg sibuk berdangdut atas meja sebenarnya...

hero pujaan malaya..bapa mertuaku...

nih cucu sedara sebelah en.atan....

pic ni masa kakak ipar ku datang umah. nih pic tepi pantai , depa syok sggh mandi kat laut tu...saya tukang jaga beg...tak larat nak join aihhh

Tuesday, December 23, 2008

nostalgia dolu-dolu

Saja nak citer nostalgia dolu2. zaman kanak2 saya. zaman kanak2 kan best. time tu mana kalut nak pikiaq duit cukup ka tak sampai ujung bulan, beras ada ka dak, yang tau cuma enjoy pagi petang malam tidoqqq.

masa saya kecik dulu, saya dok ngan tok saya yang saya panggil mak. abih mak saya meninggal masa tu saya kecik lagi dan saya tak ingat pun rupa paras mak saya dan lebih malang lagi sekeping pun saya tak de gambar mak saya. sedihhhh tau.

tok saya tu garang ooo. dan saya dulu selalu sedih dan terasa hati dgn tok saya bila saya kena marah, dan kena pelangkung ngan dia. time tu saya rasa dia memang tak suka dan sayang dgn saya. sapa yang kenai arwah tok saya tu tau la dia macam mana. tapi bila saya dah sampai umur macam ni baru la saya sedar apa yang arwah tok saya buat tu, menjadikan saya "orang". kalau lah dia tak buat macam ni entah2 kat mana lah saya hanyut ....dan saya jugak sedar bila saya kena marah, maki dan kena pelangkung tu arwah tok mungkin melepas geram sebab mungkin dia tertekan. ya lah kami dok berdua, dah tu dia yg membanting tulang cari duit nak bagi saya makan, sekolah kan saya dan beli barang keperluan saya. dulu saya marah dgn dia tapi la ni saya berterima kasih pada dia. betul lah orang kata, kita akan kenang orang tu bila dia dah tiada....Alfatihah untuk arwah tok saya...

Kami bukan orang senang. Nak kata susah pun tak la juga sebab masih ada makan dan pakai. Tapi orang keliling umah saya dah ada elektrik umah saya tetap pakai pelita minyak gas. Itu tahun 1980 an sampai ke 1990 an. Tok saya meninggal tahun 1997.

Opss nak tersentimental la plak. Nanti saya sambung yer.

pot luck with redmummy.com




Ingat tak lagi kita ada announced nak buat potluck with redmummy.com last month kot, than the Gang Bas Merah, clap clap lah sikit to all 5 of them Rose, Ayu The Sun, Daela, Mayang and Diana K amik initiative untuk buat potluck nih. Depa siap lah ada buat meeting ke hapa bagai, ai oso donno lah, ada jugak kadangkala depa kaco saya tanya itu ini, so hasil perbincangan depa berlima, makanya potluck with redmummy.com inysyallah akan berlangsung jugak:

Bila ? Sabtu 27 December

Waktu ? 4pm - 6pm

Venue ? Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya

Fees ? takde sebarang bayaran dikenakan cuma mintak kerjasama kalau boleh satu family ke single family bawak boipren ke gf tuh leh bawak makanan lagipun kita buat konsep potluck.

Please email your attendance gak kat komiti yang bertungkus lumus untuk menjayakan potluck with redmummy.com nih yer coz depa nak kira kepala etcs: potluck.redmummy@gmail.com .

Ni map untuk Potluck Redmummy.com

So saya dengan ini, menjemput semua bloggers, frens, readers yang suka x suka dengan ai, (lalat, boleh gak datang, saya peace ) ke Potluck redmummy.com . Dah ramai dok bising bila kita nak buat gathering kan, so saya harap yang diam tu kuor lah dari tpt persembunyian, yang bising pun mailah join sama, tp saya tau masa tu ngah long break, so harap2lah kita dpt kumpulkan seramai yang mungkin.

saya tau ramai bloggers lama segan nak muncul datang party potluck nih yelah korang dah diva divu, mana kelas kan nak datang ai nye potluck yang biasa2 jer ni, tp konsep kita satu jer, nak memesra kan, so arap u all yang gemer2 tuh bolehlah turun padang nanti kay. ai dan gang bas merah tunggu ngan bas warna merah kay

you all boleh copy paste itu banner teaser ke hapa n paste kat blog u all….please spread the news kay. thanks :)from time to time saya akan naikkan entry nih ke sticky mode, lepas maxis ads saya tuh abih yer. muahsssssssssssssssss

dan jangan lupa bila you nak email to komiti redmummy.com (potluck.redmummy@gmail.com) , pastikan you state lam email you:

Name :


Url blog kalau ada :

Nick yang selalu diberi di dalam redmummy.com jika anda bukan silent readers:

Jenis makanan yang akan dibawa:

Jumlah kehadhiran: (kalau single nak bawak mak ke adik badik ke, yang kawan nak bawak berkawan2 ke ha gitu)


Mobile No:

Kalau malas nak email kat gang bas merah, komiti tuh, you leave komen kat sini pun boleh, kang nanti depa berlima kauplah contact details you all from here.

Harap kita jumpa yer….insyallah!



hah tu saya copy paste dari blog kak red. depa nak buat pot luck pada 27/12/2008. saya mmg tak leh nak attend walaupun dalam hati tu tergedik-gedik nak join this event. apa kan daya sbb mabuk den tak habis2 lagik, dan nak prepared persiapan sekolah budak2. kan area utara sessi persekolahan start hari Ahad 4/1/2009. jadik agak bz lah. Kak red lepas ni buat la trip ke Langkawi, family day ker sure gempaq hehehehehehe..amacam geng bas merah setuju tak??? Jadi sesiapa yang teringin nak join this event sila lah daftarkan diri yer. pas tu jangan lupa bawak makanan, jajan ker dah nama pun pot luck tak reti2 lagi ker. dan datang lah dgn niat yang baik, bukan ada udang di sebalik mee. Peace no War.....

Monday, December 22, 2008

me..hari ini pada pukul 4.10 ptg



nih pic saya. hahahaha motif tayang muka sendiri? suker la ni kan blog saya wakakakakakaka. tak de cuma nak tunjuk muka saya yg di tonyoh bedak, blusher (kalo nampak la) dan lisptick. wakakakkaakaka mak tak reti aihh nak pakai benda alah ni sume...rasa tebai ja muka. dah nak kena pi interview pakai la jugak wakakakakak kot2 dapat markah lebeyy. ada ka cam tu??/


pasai interview tu after dapat result saya bg tau la yer kat mana. tapi ada ka org nak amik org ngandung keje??? alahaiiiii

hari ni bz ooo

hari ni bz oo. later saya hapdet yer. saya bz key-in payroll dan tadi lari gi interview jap. interview kat ner?? nanti saya khabarkan yer. saya nak siap kan qojer dulu yer...

Friday, December 19, 2008

akhirnya

Ohh en.atan dah ada blog sendiri. Akhirnya...hahahahahahahahahaha. Entah la apa yg dia nak citer dalam blog dia. pakat2 pi baca lah.

ni url blog dia http://chefatan.blogspot.com

Bukan sekadar renungan tapi Insaf lah

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblissedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:"Kita tidak dapat menghalang umat Islam darimendatangi masjid, kita tidak dapat menghalangmereka dari membaca al-Quran dan tahu akanperkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka darimembentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungantersebut maka pengaruh kita ke atas mereka akanterputus."Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjidmereka; biarkanlah mereka menikmati hidanganmakan malam mereka yang tertudung,tetapi curilahwaktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masauntuk membina perhubungan dengan Pencipta.

""Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kataSyaitan:

"Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan merekadan mengekalkan perhubungan yang penting itusepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis."Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yangtidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalahberbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka"

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,belanja dan hutang, hutang, hutang.Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerjabuat jangka waktu yang panjang dan suami-suamimereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidupmereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengananak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mularetak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagimenawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapatlagi mendengar suara hati mereka. Umpan merekauntuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasaterpasang di rumah-rumah mereka dan pastikansetiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasamemainkan muzik yang tidak Islamik.Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskanperhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah danakhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaranberita 24 jam. Cerobohi saat memandu merekadengan papan-papan iklan.Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,katalog, sweepstakes dan segala jenis suratberita dan promosi-promosi yang menyediakanbarangan dan perkhidmatan percuma dan impianpalsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik danramping di dalam majalah dan TV agar para suamiberpendapat bahawa kecantikan luaranlah yangutama, dan mereka akan tidak berpuashati denganisteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untukbersama dengan suami mereka di malam hari.Tambahkan sekali dengan pening kepala!Jika mereka tidak bersama seperti yangdikehendaki oleh suami mereka,suami akanmeninjau-ninjau di tempat lain.Ini akan memporak- perandakan keluarga merekadengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganutagama lain untuk melalaikan mereka dari mengajaranak-anak mereka makna Islam yang sebenar danhari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktuberrekriasi.Buatlah sehingga mereka terlalu letih untukberekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempatuntuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkantentang ciptaan Allah.Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-tamanhiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsertdan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincanghal-hal kerohanian, libatkan mereka denganumpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati merekatidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amalsehingga mereka tidak mempunyai kesempatanmeminita pertolongan dari Allah.Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannyadengan kudrat mereka sendiri, mengorbankankesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerjaamal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukancalang-calang perancangan ini!Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakantugasan mereka untuk menjadikan umat Islam dimana jua menjadi semakin sibuk dan semakinterkejar-kejar ke sana ke sini.Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhanmereka atau keluarga mereka.

Maka, imbangilah kehidupan kita di duniaini. Inilah kehidupan yang sementara....


ps: saya cilok dari blog kak ja. Untuk panduan kita bersama