Saya dah tukar link baru -------------> http://caspercute.blogspot.com.
Jom ler lepak kat sana.
Saturday, September 5, 2009
My new house
yang mengarok Madam Casper at Saturday, September 05, 2009 0 yang turut berpot-pet
Friday, September 4, 2009
tukar link
dok pikiaq nak tukar link ke idak...teman dah jemu tgk blog nih...teman nak buat blog yg santai mantai...pakai loghat kedah yg piauuu baru syok.
yang mengarok Madam Casper at Friday, September 04, 2009 1 yang turut berpot-pet
Thursday, September 3, 2009
banjir
depan rumah...jalan dah di cover air dah,,sampai boleh berenang
nih pic hari ke 2 air mula surut sikit2
air dah start naik
budak peqak tak pernah rasa banjir
Alkisah..28/8 hari tu saya kat opis. en.Atan call dia bg tau ada org kabarkan pada dia rumah kami dah dinaiki air. Saya tak percaya..ingat dok ada org buat lawak. Sebab hari tu memang la ujan...tapi kat area rumah saya tu air belum naik lagi. Tapi tu lah air ni cepat kan?? masa kami balik rumah air dah separas lulut depan rumah tu. Jalan yang selalu kami guna tu dah tak boleh masuk sebab air dah dalam. Hati saya teringat pada anak2 di rumah...air mata menitik tanpa di sedari...risau.
yang mengarok Madam Casper at Thursday, September 03, 2009 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? banjir
Friday, August 28, 2009
hujan oh hujan...banjir o banjir ooo
kawasan rumah saya. hujan turun lebat tak berhenti inilah hasilnya. Air dah naik.
yang mengarok Madam Casper at Friday, August 28, 2009 0 yang turut berpot-pet
dah 2 bulan rupanya Muad'z nih
ber4 jer..time ni bang chik dah flate tak de hati nak bergambar langsung
Dah 2 bulan rupanya muad'z..sekejap jer masa berputar
yang mengarok Madam Casper at Friday, August 28, 2009 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? Muad'z
Alahai bang chik
Dia dah 6 thn. Dia dah belajar berpuasa. Masuk hari ni dah 6 hari dah dia berjaya puasa. Dia ponteng sehari jer sebab dia muntah iaitu puasa hari ke 5. Hari ke 6 dia sambung balik puasa dan macam ni lah keadaan dia. Letih terkelepek. Baring jer sambil pegang perut sebab dia mengadu lapar. Lagi 30 minit nak berbuka dia menangis sebab lapar..aduh kesian saya tgk dia.Tapi saya buat tak tau jer dan pujuk dia bersabar sebab waktu berbuka dah dekat sgt. Akhirnya dia berjaya jugak menahan diri dia. Cayalah bang chik.
yang mengarok Madam Casper at Friday, August 28, 2009 1 yang turut berpot-pet
sukanya...
walaupun saya bz dengan Muad'z tapi saya tatap suka usik budak kecik nih. Tambah pulak la ni dia dah pandai bercakap..lagi syok melayan dia
yang mengarok Madam Casper at Friday, August 28, 2009 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? danish
Wednesday, August 26, 2009
dah 5 hari puasa
Dah 5 hari puasa..wah cepatnya masa beredar. Abang pun dah 5 hari posa. Bagus2. Bang Chik posa dah 4 hari dah. hari ni dia tak posa sbb dia muntah. Ok lah bg la chance kat dia ponteng sehari.
Menu berbuka? abang request ayam. tak jemu dia dgn ayam. Hari2 ayam..maklum lah dia kan HANTU AYAM (sah kak ja gelak baca ni). Bang Chik plak lauk apa pun ok...janji ada MURTABAK MELAWAN. Memang murtabak adalah favourite dia. Tak tau tang mana mai MURATABAK MELAWAN tu..suka-suki dia ja menambah.
Tu saja la citer pasal ramadhan kami. Muadz tak sihat..dia demam dan batuk. Pi check doktor kata ok..so tak la bimbang sgt. Cuma kesian tgk dia batuk..Dan saya masih lagi peningg dengan budget raya..kona pi mai tak setel gakk. En.Atan kata rileks la..awal lagi..tapi saya memang tak senang duduk kalau tak setel...
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, August 26, 2009 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? puasa
Thursday, August 20, 2009
Maafkan lah
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikanpuasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.
Sekian, terima kasih
yang mengarok Madam Casper at Thursday, August 20, 2009 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? maaf
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak..
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga .
Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka .
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi .
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup .
Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya
yang mengarok Madam Casper at Thursday, August 20, 2009 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? puasa
Tuesday, August 18, 2009
preparation
Posa start pun dak lagi. Tapi saya dah pening kepala dah. Buat list berjela untuk raya nih. Almaklumlah saya nih anak berderet. Adoii pening kepala bila tengok ke budget tu. Pap! pap! tepuk dahi sendiri. Budget sorang 3 pasang baju baru tolak si kecik Muad'z jer. Pening nak cari baju tu. Nak cari size, nak cari pesen baju. Kakak baju kurung dia dah ready dah. Cuma dia minta tambah batu-batan kat baju dia. Tu anak dara sorang tu baru 5 thn dah pandai demand. Nih gara2 dok belek magazine ibu dia la ni.
Yang laki ber3 tu..?? abang dah pandai memilih..pun pening jugak sbb pilihan abang tu tak kena dgn mata ibu. Bg Chik?? hah dia ni..bagi mainan ok saja..cuma semua nak BEN10. Danish?? hahahha dia ni senang lagik...sarung pi apa pun dia pakai.
Saya adalah tidak suka membeli last minute sbb saya pening kepala nanti..lagi pun last minit ramai org dan dgn wabak selsema khinzir tu ada lah tidak elok..tambah2 nak bawak bby..
Ok saya nak teruskan pening kepala kira budget nih...sob..sob..sob
NOTED: KAK JA...kat SP mana tempat nak shopping baju kurung dan melayu??
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, August 18, 2009 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? budget oh budget
Monday, August 17, 2009
Sudah lama...
yang mengarok Madam Casper at Monday, August 17, 2009 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? pic berkarat
Muhammad Hadiff Muad'z
Qope cam kakak..
Syahdu jer rasa hatiii
yang mengarok Madam Casper at Monday, August 17, 2009 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? Muad'z