kena tag ngan Putubambu. Pasal workstation daaa. Ni la meja saya kat opis yer. berselerak. tak kose teman nak kemas. kalo kemas, malas dah teman nak wat keje...
Friday, November 21, 2008
jawab tag
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 21, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, merapu, tagging
kasi chance org lain plak
citer pasal politik sikit. tu Tok Dah dan Kak Jat. Ntah apa yang di borakkan tak tau lah. Tapi news hari ni kuar, kata Kak Jat nak lawan Tok Dah. Akhir nya berani jugak Kak Jat bersuara setelah sekian lama jadi "kak turut". Tok Dah kan dah lama berada di atas takhta , jadi kasi chance la org lain pulak merasa naik takhta. Orang pun dah jemu asyik2 orang yg sama jer kat atas takhta tu. Apa sangat la yg nak di pertahankan jawatan kalau sekadar nak nama, nak kuar paper?? ishhh...seeloknya Tok Dah dok umah dah, layan suami, main ngan cucu-cicit...kan bagus????
Apa pun gud luck la Kak Jat, moga suscess yer....
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 21, 2008 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? lawan jgn tak lawan, merapu
Thursday, November 20, 2008
hari ni pun okehh
yang mengarok Madam Casper at Thursday, November 20, 2008 8 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, makan, preggy
Wednesday, November 19, 2008
bg chik potong kuku ibu naaaa
ibu: bg chik buat apa??
bg chik : kerat kuku...kuku angchik panjang (dia bhs kan dia angchik)
ibu: oooooo
bg chik: mai angchik tgk kuku ibu panjang dak
ibu: tgklaaa
bgchik: panjang..angchik kerat naaa ibu dok diam...
dgn semangat waja dia pun berusaha potong kuku saya. tapi satu jari ja pas tu dia stoppp
ibu: laaa jari lain macam mana??
bg chik: ibu kerat sendirilah..angchik x larat, kuku ibu keras...
pulak dah...ishh...ada ka kerat kuku....org potong kuku la bgchik....
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 19, 2008 5 yang turut berpot-pet
bekpes ari ni
nih minuman saya untuk pg nih. yoghurt bliss tu la. perisa oren. suka sgt masam2 ishhh
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, November 19, 2008 11 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, makan-makan, preggy
Tuesday, November 18, 2008
Doa sbg cara didik zuriat
Doa sebagai cara didik zuriat
MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.
"Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?"
Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib."Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.
"Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan."Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka."Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya. "Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya."Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 18, 2008 5 yang turut berpot-pet
kelepekk
adoii..pagi ni punya citer...
dari kol 5.30 pagi sampai sekarang asyik kuar masuk toilet membuang...adoii den tak larat dah. sah esok den nak amik MC. dah tak larat sgt. hari len leh tahan lagik..hari ni tak tahan daaaa.....makan salah, tak makan rasa lapar...bila makan kuar balik...adoiii ..bila la nak berakhir semua ni. kalau mengandung part ni yang tak tahan..huhuhuhuhuhuhu kesiannya kat diri sendiri...
yang mengarok Madam Casper at Tuesday, November 18, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, preggy




