Thursday, September 3, 2009

banjir


depan rumah...jalan dah di cover air dah,,sampai boleh berenang


nih pic hari ke 2 air mula surut sikit2



air dah start naik


budak peqak tak pernah rasa banjir

Lagi sikit air nak masuk rumah..

Alkisah..28/8 hari tu saya kat opis. en.Atan call dia bg tau ada org kabarkan pada dia rumah kami dah dinaiki air. Saya tak percaya..ingat dok ada org buat lawak. Sebab hari tu memang la ujan...tapi kat area rumah saya tu air belum naik lagi. Tapi tu lah air ni cepat kan?? masa kami balik rumah air dah separas lulut depan rumah tu. Jalan yang selalu kami guna tu dah tak boleh masuk sebab air dah dalam. Hati saya teringat pada anak2 di rumah...air mata menitik tanpa di sedari...risau.
Balik rumah anak2 masih berada dalam pagar rumah. Lega..elok jer kami balik..macam ayam keluar reban..meneru main air. Mula2 memang saya larang tapi last sekali biaq la..sebab depa tak pernah alami banjir. Wah sempat berseronok situ..tapi dgn syarat main kat depan rumah ja. Sebab bendang dah jadi macam laut dah..
Kami pun berkemas apa yg patut. Angkat apa yg patut ke tempat tinggi. Mujoq la barang kat rumah saya tak banyak. Kalau tak...haru jugak. En.Atan sempat pi beli food berbuka. Dalam hati berdoa jangan la bagi air melangkau masuk dalam rumah. Tapi sayang..air tetap masuk dalam rumah jugak...jadi kami pun bersiap la nak pindah. Tapi mana hala tuju. Blank seketika. Memang ada JPA dan Bomba yg masuk area tu tapi nan ado yang menjenguk saya dan jiran2. Sedih dan waktu berbuka dah dekat.. Muadz dan Danish kat rumah baby sitter lagi.
Last kami decide nak pindah ke surau. Tapi mujoq ada jiran yg baik hati pelawa kami ke rumah dia. Dan berbuka lah kami kat rumah dia, bermalam dan bersahur. Terima kasih byk2 kak nab...jasa mu ku kenang.
JKKK kampung haram tak nampak muka..memang @$%@#%#^$&*^(*&()*)_())


Friday, August 28, 2009

hujan oh hujan...banjir o banjir ooo

kawasan rumah saya. hujan turun lebat tak berhenti inilah hasilnya. Air dah naik.

Ini pun kat area rumah saya jugak. Minggu lepas jer air dah masuk rumah dia orang ni. Surut lepas tu hujan lebat balik..kesian.

Tu dia gelap nak hujan.


atas jambatan depan Langkawi Lagoon.



Pic selingan. Masa saya ambil pic ni pagi tadi lepas balik hantar Muad'z. Air kat bendang tu baru byk tu. Tadi saya balik ambik En.Atan air dah melimpah. Risau tinggal budak2 tu ber3. Tapi dia orang selalunya kalau kami tak ada melepak dalam rumah jer. Harap2 dia orang tak lah excited nak tgk air melimpah tu.




dah 2 bulan rupanya Muad'z nih

ber4 jer..time ni bang chik dah flate tak de hati nak bergambar langsung


Dah 2 bulan rupanya muad'z..sekejap jer masa berputar

Ini ler tuan empunya nama MUHAMMAD HADIFF MUAD'Z

















Bang Teh dan Muad'z














Serupa tak?? Ramai yang cakap rupa Muad'z sama macam Kakak...








Alahai bang chik

Dia dah 6 thn. Dia dah belajar berpuasa. Masuk hari ni dah 6 hari dah dia berjaya puasa. Dia ponteng sehari jer sebab dia muntah iaitu puasa hari ke 5. Hari ke 6 dia sambung balik puasa dan macam ni lah keadaan dia. Letih terkelepek. Baring jer sambil pegang perut sebab dia mengadu lapar. Lagi 30 minit nak berbuka dia menangis sebab lapar..aduh kesian saya tgk dia.Tapi saya buat tak tau jer dan pujuk dia bersabar sebab waktu berbuka dah dekat sgt. Akhirnya dia berjaya jugak menahan diri dia. Cayalah bang chik.

sukanya...

walaupun saya bz dengan Muad'z tapi saya tatap suka usik budak kecik nih. Tambah pulak la ni dia dah pandai bercakap..lagi syok melayan dia

dia nak buat "peace" sebenarnya dgn jari dia tapi tak luluih lagi

Last dia yang masuk duduk....


Lun cakkk..



Dia dah kurus sikit tapi matanya tetap bulat




Wednesday, August 26, 2009

dah 5 hari puasa

Dah 5 hari puasa..wah cepatnya masa beredar. Abang pun dah 5 hari posa. Bagus2. Bang Chik posa dah 4 hari dah. hari ni dia tak posa sbb dia muntah. Ok lah bg la chance kat dia ponteng sehari.

Menu berbuka? abang request ayam. tak jemu dia dgn ayam. Hari2 ayam..maklum lah dia kan HANTU AYAM (sah kak ja gelak baca ni). Bang Chik plak lauk apa pun ok...janji ada MURTABAK MELAWAN. Memang murtabak adalah favourite dia. Tak tau tang mana mai MURATABAK MELAWAN tu..suka-suki dia ja menambah.

Tu saja la citer pasal ramadhan kami. Muadz tak sihat..dia demam dan batuk. Pi check doktor kata ok..so tak la bimbang sgt. Cuma kesian tgk dia batuk..Dan saya masih lagi peningg dengan budget raya..kona pi mai tak setel gakk. En.Atan kata rileks la..awal lagi..tapi saya memang tak senang duduk kalau tak setel...

Thursday, August 20, 2009

Maafkan lah

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikanpuasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.
Sekian, terima kasih