
anniversary tu tak de cake cutting ker apa ker. en.atan bawak kuar makan jer malam tu kat Restoran Nor. Sbb saya dok tingin nak makan ikan masak 3 rasa tu. jadik tu la menu yg di order, ikan masak 3 rasa, kerabu mangga, tomyam dan telur dadar..
tu qope ikan nya..bila dah depan mata tak bernafsu nak makan....
saya yg menggagahkan diri untuk makan. siang tu kan saya MC sbb tak larat..dan muntah 2 ler. jadi saya makan juga la pelan2...
Wednesday, December 17, 2008
our dinner
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, December 17, 2008 3 yang turut berpot-pet
Jenama??? anniversary, makan-makan
happy anniversary!!!
9 thn lalu kami diijabkabul kan pada 16/12/1999. Ishh semalam anniversary kami yg ke 9. ishhh dah 9 thn kami berumahtangga anak nak masuk 5. Rasa macam mimpi jer. Ya lahh asyik bergaduh pi mai pi mai , tak sependapat dlm segala hal..tapi kami berjaya mengharungi dugaan dan cabaran nya. semoga ikatan perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. dan kami akan terus bersama mengharungi susah senang dugaan yg mendatang.
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, December 17, 2008 7 yang turut berpot-pet
Jenama??? anniversary, casper nyer citer
Monday, December 15, 2008
musuh ketat aku....



nampak dak musuh ketat saya?? tu la makhluk2 yg saya dok gaduh hari2. hari2 mai umah saya pas tu suka-suki depa berak. ishhhh geram tau dak. dia ingat air paip kat umah sy ni free kot tak yah bayar..habuan basuh taik2 depa. ishhhh. saya lebih geram pada tuan punya ayam tu tau dak..awat la tak kurung ja ayam tu nih biar merata dah tu mai umah orang tabur taik plakk ishhhhhhhhhhh
yang mengarok Madam Casper at Monday, December 15, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? ayam durjana, cerita-ceritit, gerammm
kisah sedih lagi...

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.
“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.
“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.
Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.
Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.
ishh hari ni baca lagi pasal org tak dak hati perut nihh. mujoq la bby tu selamat, kalau meninggal kan dah jadi kes bunuh?? tak tau la saya nak taip apa lagi cuma tgh geram dgn sapa yg tak bertanggungjawab ni, masa nak seronok lupa diri...dah jadi macam ni pandai plak malu, buang anak yg tak berdosa tu dgn niat nak bg mati...
yang mengarok Madam Casper at Monday, December 15, 2008 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, dosa
Saturday, December 13, 2008
pengajaran dan teladan
entah la sesuai atau tidak letak tajuk tu. cuba la korang klik kat sini http://memorizulaikha.blogspot.com.
baca sendiri dan baru lah komen. aku sedih masa baca ni...
yang mengarok Madam Casper at Saturday, December 13, 2008 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, sedih
petang di playground

danish..naik benda alah ni. favourite dia la ni 
abang pun sama gak..tak padan dgn tua tuu
budak kecik ni lagi..
sebenar nya saya nak citer pasal budak pompuan ni. eee berbulu jer mata saya tgk budak ni yg ngah pegang buai ni. saya temankan kakak naik buai. pas tu budak ni ngan sorang kawan dia mai naik buai juga. pas tu kawan dia gi beli air, ada la budak kecik mai nak naik buai yg kosong tu. dia boleh pegang buai tu. kira cop tempat la. dia kata buai tu dah ada orang..kwan dia punya. kesian budak kecik tu. rasa cam saya nak jer sekeh kepala budak pakai baju pink ni.tu harta awam bukan harta dia dan kawan dia main cop2 plak..ishhhhh
yang mengarok Madam Casper at Saturday, December 13, 2008 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? cerita-ceritit, gerammm
kena libas...
yang mengarok Madam Casper at Saturday, December 13, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? bangchik, raya oh raya




