Tuesday, March 3, 2009

Aduh pening kepala

Hah bukan pening kepala dgn budak2, keja or sbb dah tau gaji akan lambat lagi bulan ni. Tapi pening kepala dgn hamba Allah yg sorang ni. Alkisahnya dia ni pinoy, keja surveyor dah tu tiba2 nak resign. Notis 24 hrs plak tu. Ini dah kali ke 2. Kali pertama dulu dia tarik balik surat resign dia. Ini buat hal lagi..dah turn over semua barang2 dia.
Hari ni dia dtg opis dgn muka sememeh dia nak jumpa bos dan bos tak layan dia. Saya pun sama gak buat tak tau jer sbb dah muak. Buat muka kesian tu. Dah semua pakat tak layan dia dia pun tulis note la...bagi kat saya. Bg tau dia nak keja balik..
Hua hua hua tau pun dia yg bila balik negara Asal tak de keja..tu la buat keputusan terburu-buru. Geram saya malas nak layan. Tapi sy check juga dgn bos sama ada dia boleh keja balik or not ..bos said ok..tapi HQ belum bg keputusan..so wait n see ler.

Sebenarnya dia org dah tak mau ambil dia. Tapi bila bos kata ok nak tak nak kena terima la. Colleague dia dah fed-up dgn dia sbb kalo merajuk hantar surat resign dah konon macam nak ugut la..hahahha tak de sapa nak pujuknya dia...

Tuesday, February 24, 2009

dia yg semakin menjadik



Tak tau la kenapa dgn si kakak sorang ni. asyik nak sentap jer. silap sikit sentap. salah bg baju pun sentap. asyikk nak sentap. Moody memanjang. Itu baru 4 thn. Tak larat saya nak layan karenah dia. Opss dia lebih rapat dgn abah dia yer..so kalau abah dia ada kat rumah kami biarkan abah dia yg settle. Abah dia jer yang tau cam na nak layan dia. Nak kata dia tension sebab nak dapat adik tak logik pulak sbb si kecik Danish tu ok jer...Nak kan perhatian?? Oooo mmg dia yg lebey dapat attention sbb dia kan pompuan sorang...

Jadik apa yang tak kena???????

Noted: en atan kata perangai sentap berangin dia tu ikut perangai saya la tu....sapa nak jawab tu???

Friday, February 20, 2009

perut sapa nihhh??


Perut sapa ni?? Besor dan bulat. Ishh byk makan ker??? Wakakakakakaka tak de ler tu ler perut saya yg dah 20 weeks bersamaan 5 bulan. Besor dan bulat kan???


Abaikan baju yg terkena kunyit sikit tu. Tadi sy balik goreng ikan untuk anak2. Yg syoknya saya dah rasa pergerakan org dlm tu. Bg tau en.atan punya la seronok. Ya la masa mengandung kan Danish masuk 7 bulan baru saya rasa dia bergerak...yg ni kira cepat la. Apa pun saya harap semuanya selamat..

upin dan ipin



Dah tgk ker movie ni?? Saya dah...masa hari valentine tu. pi dgn ee.atan, abang, bgchik dan kakak. Si kecik Danish tu kena tggal umah mak dia ler. Mula2 en.atan x nak pegi sbb dia demam hari tu tapi memandangkan dah janji dgn anak2 dia maka nak tak nak kena la pergi. mula2 dia ingat nak titon jer dlm tu tapi bila start jer movie mata dia terus segar bugar...hahahah dek penangan Upin dan Ipin...

Kebanyakkan yg pergi hari tu semua parent dgn anak2. Ok lah...enjoy..w/pun animasinya tak se grand animasi luar tapi OK...

Kami sefamily mmg enjoy hari tu sambil makan popcorn....dan yg lawak bgchik asyik terjerit terkejut masa ada babak suspen...kakak rileks jer..tgk macam tak de emosi...saya dan en,.atan gelek mengekeh dan abang??? lupa nak tgk gelagat dia huhuhuhuhuhu...

Thursday, February 19, 2009

jawab tag


Nak jawab tag ni. Di tag oleh Putubambu...


TANDA TANDA

1. Tanda2 kamu badmud?
- muka aku masam jer..malas nak bercakap...

2. Tanda2 kamu marah?
- aku pot pet kott

3. Tanda2 kamu sinting?
- sinsing lengan baju aku tau ler..

4. Tanda2 kamu malu?
- buat2 gelak besar sambil tutup muka...


5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
- buat tak layan..

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
- aku buat2 sibuk..

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
- macam la ni laaa ...



APA
1. Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
- blouse mengandung merah+putih+itam.

2. Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
- sokaaaa sgt......

3. Apa kah kamu percaya love at first sight?
- ada ker?? hihihihihihi

4. Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
- nak tidoq..

5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
- Dok geram kat seseorang


2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
- byk sgt..nak yang mana satu erkkkk.

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
- tak pernah coz my mum dah passaway daaa and my dad tututuutututu

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?
- apa ehem..ehem..ehem.....

5. Bila kamu akan married?
- thn ni dah 10 thn den nikah ngan en.atan ngah peknen anak ke 5


BAGAIMANA


1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
- aku balas time tu jugakkk....

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
- tak kose nak percaya lerrr

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
- jgn en.atan lari sudahhhh

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
- well i tak kisah pun...

5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
- call 994 oh abang bomba help me

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
- tidoq, baca magazine dan jahit xs...


saya tak nak ler tag sesapa...cuma nak pass kat cikmas jer..hihihihihi. Cik mas sila jawab yerrr

Wednesday, February 18, 2009

masaalah cinta

sekali kuar citer masalah cinta. cinta monyet la kot or cinta org utan..hwang hwang hwang...

nih pasal en.atan punya nephew la. pi bercinta dgn budak umo 16 thn, dah tu budak tu sekolah pun tak habis. sekali si P iaitu nephew en.atan ni..dah jumpa org len..so minta la putus dgn budak 16 thn ni. maka meroyan la budak 16 thn ni.Habis semua dia call, dgn en.atan pun kena. macam2 dia citer yg dia dah terlanjur la dgn si P...dgr jer ayat tu meletup la en.atan.

Maka malam tu terpaksa la kami kesana-sini..menyelesaikan masalah ni.Tapi sebelum tu sempat la en.atan hamun si P. Keh keh keh ...ya la masa dia nak kawan dgn budak 16 thn tu kami dah warning dia, nasihat dia tapi degilll. Bila dah jadi macam ni sapa yg susah?? Kami jugak sbb parent P dok mainland.

Tapi kami rasa budak 16 thn ni, cakap bohong sbb dlm sms kepada P dia cakap lain, citer dia pada en.atan lain dan bila en.atan bercakap dgn mak budak 16 thn lain pulak kisahnya. Jadi kesimpulan kami dia tak leh terima hakikat yg dia sudah di tinggalkan. Jadi sebab tu dia meroyan. Tapi kami takut jugak kalau2 si P ni di apa2 kan so buat sementara waktu P tinggal dgn kami dulu. Yg memburukkan keadaan mak budak 16 thn ni...pergi ke rumah sewa P dan rampas kunci motor. Bila en.atan minta balik kunci motor tu dia minta P ke rumah dia kononnya minta maaf dgn anak dia...atas apa yg si P dah buat pada anak dia. Of coz kami tak bagi P kerumah dia sbb mana tau sampai saja P kesana dia di apa2 kan. Tapi P ada kawan2 yg pakar so motor tu dapat di hidup kan w/pun tanpa kunci. P dah tukar kunci motor dia. Setel la bab tu.

Budak 16 thn ni pulak tak jemu2 sms P dan ajak P kahwin. Dlm sms dia , dia bg tau yg mak dia nak dia org nikah dan free jer tak payah duit. Wakaakakakak untung la P...tapi P tak mau...Lepas tu dia ugut2 P..nak ke balai wat report polis sbb P dah cabul dia...opss lupa plak masa en.Atan bercakap dgn mak budak 16 thn dia kata P dah buat macam2 kat anak dia cuma tak rogol jer lagik...adeii malu saya dgr..tapi en.atan sempat kata kat mak budak 16 thn tu lebey kurang cam ni ler

" kak ...kalau bertepuk sebelah tangan, tak kan nak bunyi, maknanya dua2 mau la tu"
entah la tak terkomen saya. Saya cuma jadik permerhati yg setia jer.

Tapi kami pesan pada P jangan balas sms budak 16 thn tu. Jangan layan. P pun tak balas la sms tu. Tapi budak 16 thn tu makin menjadi2...sms ajak kahwin, lepas tu maki hamun dan lepas tu give up...dan hari ni sms lagii ajak kahwin lagik....wakakakakakak memang haru sungguh la kisah cinta depa...

Saya risik2 P kenapa dia nak putus dgn budak tu..jawapannya??

Dia tak tahan kena maki hamun dgn budak tu...dan duit gaji dia habis pada budak tu dan family dia..dlm kata lain dia yang tanggung depa anak beranak...dan sekali lagi..dia kena tempelak dgn en.atan...." bagus la...dekat mak hang..hg tak bg duit, masa dok dgn aku pun hang berkira...la ni baru hang rasa"
tapi saya tau en.atan marah mulut jer ..

Wednesday, February 11, 2009

bulan oh bulan






Bulan cahaya penuh semalam. Masa nak gi check GAJI yg tak masuk tu saya cuba la amik pic bulan ni. En. Atan tu x nak berhenti keta nya dia...menonong dia bawakk..jadik saya snap masa keta ngah jalan lerr. Cantik sgt cahaya bulan tu. Terus tingat citer hantu la plakk wakakakakakakakaka..kan ke kalau bulan penuh pontianak kuar merayappp hehehehehehehe