Tuesday, June 16, 2009

Akak tak berkira dgn saya!!!!

Apa punya tajuk n3 diatas. Hentam saja la..nak citer jugak. Ni pasai bby sitter saya ler. Semalam baru saya bayar "gaji" dia. Lah haiii kan baru semalam saya terima gaji. Jadi bby sitter saya pun semalam la dapat "gaji" dia. Dia tak pernah merungut w/pun saya bayar lambat. Dia tetap jaga Danish macam biasa. Saya bersyukur dapat dia sbg bby sitter Danish.

Ok la , akak ni ada la bercuti seminggu sebab balik kg, ada majlis kenduri kahwin anak sedara dia. Saya tak kisah dia nak cuti..habis dia pun perlukan rest jugak kan??
Lepas tu Danish saya minta tolong anak jiran saya jaga. Sehari saya bayar RM10. Dapat jugak duit poket budak tu. Dah tu kisahnya, semalam masa saya bayar gaji akak tu dia tanya la saya , masa dia bercuti sapa jaga Danish dan berapa saya bayar. Saya pun bg la tau dia. Rupanya dia nak minta saya potong gaji dia dan dia nak pulangkan separuh duit gaji dia pada saya.

Ishhh...takkan la saya nak berkira sampai macam tu dgn akak tu. Dia baik dan ikhlas jaga Danish. Tak pernah merungut bila lately saya bayar gaji lambat. Kita boleh cam kalau org yg menjaga budak ni dgn ikhlas dan suka budak2 dgn jaga budak sbb duit semata-mata. Dah la dia dan suami dia manjakan Danish. Sampai naik berlemak budak kecik tu. Oh ya bby sitter saya tak ada anak yer..dia jaga anak sedara dia yg dah besar2. Belum ada rezeki lagi w/pun berbelas tahun berkahwin. Sebab tu dia dan suami dia suka budak2...

" Kak tak berkira dgn saya, saya bayar lambat apa semua..ishh takkan saya nak berkira dgn akak benda sikit macam tu. Saya ni patut berterima kasih dekat kak..sbb jaga Danish dgn elok" tu la ayat saya pada dia. Dia gelak jer la..ya saya berdoa semoga jodoh saya dgn Kak Tom berpanjangan lah..susah zaman la ni nak cari org sebaik Kak Tom. Lepas ni saya nak hantar adik Danish pulak..jadi bertambah la kerja Kak Tom...hehehehehe


To Kak Tom: Terima Kasih byk2 ..sayang akak tau...

1 yang turut berpot-pet:

*ayu* said...

betul tu kak.. org jg anak kita elok kan...
bukan semua org boleh buat gini..