Saturday, September 13, 2008

Semangat kental Ibn Battutah perlu dicontohi


NIATNYA cuma mahu mengerjakan haji di Tanah Suci, namun tanpa disangka-sangka perancangan itu yang membawanya mengembara sejauh 120,000 kilometer merentasi 44 negara dalam peta moden dunia selama 29 tahun. Siapa sangka, Ibn Battutah yang dianggap sebagai 'Tokoh Pengembara Islam Teragung' mampu mencatatkan rekod itu dengan hanya menggunakan pengangkutan laut dan darat, lebih-lebih lagi dalam keadaan serba kekurangan pada kurun ke-14.
Malah, pencapaian beliau jauh lebih baik daripada tokoh pengembara Barat, khususnya Marco Polo dan Christopher Columbus yang sering diperkatakan kehebatan mereka dalam sejarah dunia.
Makam Ibn Battutah di kampung kelahirannya di Tangier, Maghribi.
Lebih membanggakan, Ibn Battutah meninggalkan kampungnya di Tangier, Maghribi pada 1325 SM untuk memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun dan kembali ke tanah airnya apabila usianya mencecah 50 tahun dalam keadaan sihat. Sedangkan, dalam pengembaraannya beliau nyaris menemui ajal akibat pelbagai insiden, termasuk penyebaran wabak misteri, Black Death, di seluruh dunia yang hampir melenyapkan spesies manusia.

0 yang turut berpot-pet: