Saturday, September 13, 2008

Lima perkara lelaki patut buat sepanjang Ramadan

1. Lebih banyak bersabar! Moga ibadat puasa dalam bulan penuh keberkatan ini dapat mendidik lelaki sentiasa bersabar dalam apa saja yang dilalui.

2. Kurangkan lepak! Jika sebelum ini lelaki suka lepak selepas kerja, harap-harap dalam bulan puasa ini, elak daripada membuang masa tanpa tujuan. Lebih berkat masa diisi dengan mengerjakan solat sunat tarawih secara berjemaah. Jika tidak mampu sempurnakan 20 rakaat, lapan rakaat pun memadai.

3. Banyakkan beramal. Ambil peluang menggandakan amalan dalam bulan Ramadan, misalnya membayar zakat. Bagi yang bekerja, boleh juga membantu ibu bapa dan keluarga membayar zakat.

4. Temankan wanita membeli belah. Lelaki mungkin kurang gemar menemankan wanita membeli belah tapi apa salahnya pada Ramadan ini, luangkan masa menemani ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau keluarga 'shopping' untuk keperluan Ramadan mahupun Syawal. Lebih baik lagi jika lelaki membantu membayar kos perbelanjaan itu...

5. Cubalah berhenti merokok! Bagi lelaki yang merokok, gunakanlah kesempatan Ramadan untuk meninggalkan tabiat buruk itu. Kalau boleh tidak merokok sepanjang siang selama 30 hari, kenapa tidak diteruskan saja? Pelik lah...

0 yang turut berpot-pet: