Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
suka benar sy dgn lirik lagu kumpulan UNGU ni. bulan yg mulia ni lagi lah menginsafkan....
Monday, September 15, 2008
Andai ku tahu
yang mengarok Madam Casper at Monday, September 15, 2008 1 yang turut berpot-pet
tatih danish tatihh
muka sedih ja ni sbb dia nak dukung sy buat tak tau jer
dah mula melangkah ..tapi melelong la....cam katun ja
ok berjaya capai sudu tu dan masuk mulut la apa lagiii
dah sampai kat acik dah..muka poyo acik yg baru bgn tidooo
ha amik ko dia gigit cover camera tu lapor ko nak???
danish dah cukup 10 bulan semalam. tgh dok gila stereng..gila berjalan la tu. sblm ni dia dah boleh menapak sikit2 tapi anak teruna kecik sy tu malas..balik umah asyik nak berdukung ja. tapi start semalam dia asyik nak berjalan ja. dah ada mood agaknya tu. sy pulak yg x sabar nak beli kasut dia la apa la. hihihihi biasalah dlm hal2 macam ni mak yg selalu over xcited ..bapa selamber jerrr . besa la tu kan kan kan kan kan kan
yang mengarok Madam Casper at Monday, September 15, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2
meja oqang baloq nak wat kejeee
ini ler meja oqang yg baloq nak wat keje...asyik nak mengulor jer...agak2 siapa kah itu..mari kita teka......
sapa betoii dapat sekupang yer....
yang mengarok Madam Casper at Monday, September 15, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? opis
bila asterokk dah pulih
semalam pi amik smart card baru kat gdex. hapa punya servis tak tau la. konon2 kawasan tmpt tinggai kami x dak servis tu . gila ker hapah...pulau ni kan nyer besar kocik jer. ok pi amik..nah amik tutup la plak. bila call dia kata sunday mmg off tp dia buka kol 2. okla kol 2 sy pi amik. tapi suami ku kena kerja .
kol 3 lebih tu pi la amik. panas2 drive keta mmg mencabar. x larat suma ada. balik umah dah letih. mmg letih smpai semalam x masak apa. nasi pun x larat masak. en.atan jer bawak balik suma. berbuka minum air jer sampai kenyang. apa pun x makan. hah amik ko letih sgtt.
ok tggu asterok x ok jugak. x pa la ingat senin pagi jer la nak call balik.rupa nya en.atan berjaga x tido sbb tgk tv. dia bg tau dalam kol 11 lebih tu dia nak tido. dia saja buka tb tgk2 dah pulih dah asterok tu. tu yg dia pulun tgk tb tu.jadik dia kejutkan sahur, makan sikit jer wat alas perut. abg pun macam tu jugak. lepas tu dua2 beranak sambung tgk tv. citer anak mami. lepas tu en.atan masuk tido kejap dan abang berjaga sampai pagi. dia tgk katun. ni yg sy geram nihhh. bila x ada asterok pun susah dan bila ada lagi susahhhhhh...
tadi call en.atan dia bg tau abg balik sekolah mengadu sakit kepala, dahaga semua ada. tu la selalunya lepas sahur dia tido balik. semalam dia sambung sampai masa pergi sekolah. hah tu alasan nak buka puasa la tu....
yang mengarok Madam Casper at Monday, September 15, 2008 0 yang turut berpot-pet
Saturday, September 13, 2008
bisnes oh bisnes..
ps: gambar2 di atas tu layan jer la yerrrr
yang mengarok Madam Casper at Saturday, September 13, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? duit
kampung ibu pun boleh
Ini sebahagian monumen bersejarah di tempat sy Kota Kuala Muda tapi kg
sy ialah Kg Bukit Meriam....
"kita balik kg ibu lah" kata anak sulung sy.
"kita raya sini saja. kesian abah raya sorang2...lepas raya kita balik lagi pun tok wan nak operate mata ok"
yaa bukan saya tak mau balik kg sy. tapi kalau sy balik..kemana hala tuju saya. rumah siapa sy nak tumpang berteduh untuk sambutan hari raya??? rumah arwah mak a.k.a tok sy pun dah kena runtuh. sbb tak ada org nak duduk dan rumah tu sendiri pun dah reput. sy sendiri sudah hampir 11 thn tidak pulang ke sana. bukan tidak pulang langsung, balik sekejap untuk menziarah kakak angkat sy. itu pun dlm masa yg singkat dan mmg tidak sempat nak beramah mesra dgn kg sy. saya rasa jika kakak angkat sy pindah lepas ni, nampak gayanya lagi tidak balik lah sy ke kg sy.
byk kenangan pahit manis sy di kg tu. tapi lebih kepada pahit sy rasa. tu pasal sy malas nak balik kg sy tu. tapi tempat jatuh lagi kan di kenang ni kan pulak tmpt bersekolah, membesar dan bermain. mesti lah kita akan ingat. dan lagi kubur arwah mak a.k.a tok sy di sana. tapi anak2 sy cuma kenal dan mesra dgn kg abah jer. ya lah semenjak kahwin sampai sekarang kami hanya pulang ke kg abah. jadi depa tak tau mana kg ibu. ah budak2 kalo di ceritakan pun depa x kan paham.
entahlah bila di pikirkan suka duka sy masa kecik dan karenah org2 kg..sy jadik pahit tiba2. sy jadik meluat tiba2. w/pun sy masih bersekolah rendah sy dah paham..pandangan jijik dan benci org pada sy hanya kerana sy org susah. tambah lagi bila sy dah sekolah menengah. lagi sy paham. jadik untuk apa sy perlu pulang? dah untuk apa? adakah sy berdendam?? ya mungkin juga, tapi dendam sy dendam di dalam diam...protes sy protes dalam diam..dgn tidak balik ke kg itu. tapi sy rasa tidak ada yg kisah pun . pada bulan yg mulia ni sepatutnya perasaan dendam tu jgn ada..tapi sy manusia biasa. biar lah sy nama sy menjadi sebahagian kenangan pada kg tersebut.
jadi pada anak2 sy..satu hari nanti sy akan citer pada depa kenapa sy tak mau balik kg sy...satu hari dimana depa akan paham makna kehidupan ini yg macam rojak ada rasa suka duka, pahit manis, hilai tawa..sedih tangis......
yang mengarok Madam Casper at Saturday, September 13, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? kehidupan
Semangat kental Ibn Battutah perlu dicontohi
Malah, pencapaian beliau jauh lebih baik daripada tokoh pengembara Barat, khususnya Marco Polo dan Christopher Columbus yang sering diperkatakan kehebatan mereka dalam sejarah dunia.
Makam Ibn Battutah di kampung kelahirannya di Tangier, Maghribi.
Lebih membanggakan, Ibn Battutah meninggalkan kampungnya di Tangier, Maghribi pada 1325 SM untuk memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun dan kembali ke tanah airnya apabila usianya mencecah 50 tahun dalam keadaan sihat. Sedangkan, dalam pengembaraannya beliau nyaris menemui ajal akibat pelbagai insiden, termasuk penyebaran wabak misteri, Black Death, di seluruh dunia yang hampir melenyapkan spesies manusia.
yang mengarok Madam Casper at Saturday, September 13, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? sejarah islam





