Kenapa dengan mata itu??? Ya meh sini saya nak citer. Semalam gi pasar malam. sbb en.atan dok ngidam nak makan nasi kandar. pas tu pi cari jagung...tak de la plak. Mula2 kami jumpa sorang peminta sedekah, dia ni mungkin siam or chinese...dok goncang tin duit dia tu. Malas nak layan sebb tiap kali pi pasar malam ada jer muka dia dan kat memana pasar malam pun ada dia...
Kami jalan la lagi..hah pulak jumpa lagi sorang, Yg ni pompuan..melayu sbb pakai tudung litup. Dah tu dok bersyair apa entah...mmg tak singgah pun dan..jeng-jeng...masa nak beli nasi ayam untuk abang kami jumpa sorang budak dlm umo 7-8 thn. Kami syak tu anak pompuan tadi..sbb jarak tu tak jauh sgt..kiranya mak dia leh pantau dia la...pakaian mmg bersih. Dia duduk atas kerusi kecil, sebelah ada air milo dan burger yg singgit tu. Adoii yg tak tahan tu mata dia merenung kita tu..mmg sedihhh. Saya suruh Youhanees hulur sedikit kat dia...
Ishh terbayang la muka anak2 saya kalau depa yg duduk kat kerusi kecik tu. Ishh tak sanggup lah saya. Kenapa la mesti guna anak untuk meminta sedekah?? Kesian anak tu...di eksploitasi..kan byk cara lain lagi kalo nak cari rezeki. Pi la jumpa pihak2 berkenaan..minta bantuan. Kan ada AIM, Tekun apa semua tu. Agaknya byk sgt karenah birokrasi tu yg samoai ada sesetengah sampai terpaksa meminta sedekah untuk mencari sesuap nasi????
Sayang saya tak bawak hp semalam kalau tak boleh sy snap gambar....
Monday, January 12, 2009
mata itu
yang mengarok Madam Casper at Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 yang turut berpot-pet:
yang paling keji lagi ialah ada pihak2 termasuk maahad tahfiz yg gunakan anak-anak yatim untuk kutip sedekah atau jual itu ini,konon sebagai latihan berniaga kerana ikut sunnah nabi katanyer...bila masa budak-budak tu pi sekolah? bila masa depa nak ulangkaji pelajaran? bila masa depa nak hafal quran?kenapa pengendali maahaz tahfiz tu jer yang berkorban dan berjihad ke sana sini mengumpul dana...kenapa perlu paksa budak2 dan anak2 yatim tu saja...berpanas ujan,mungkin yang perempuan dirogol ker...adakah depa ni sanggup suruh anak2 depa buat kerja yang sama...inilah satu lagi contoh penyalahgunaan agama untuk faedah dan kepentingan diri sendiri,pertubuhan,jamaah dan sebagainya lagi...
1st.. saya sokong itu pendapat en.adie... mmg kesian... baru2 ni aku pi tesco pun masih ada budak2 skolah agama cekgu dia bawak pi situ suruh juai cd.. abih tu.. bila masa depa nak ulangkaji? patutnya lepas skolah ada prep la apa la.. makpak antar pi asrama suruh skolah elok2.. cekgu pulak bawak suruh jual barang...
pasal minta sedekah pulak... dulu aku ingat lagi di kota/tikam batu ada sorang pompuan tu selalu heret anak2 dia pi minta sedekah lagi2 time pasar malam.. and dia tak segan silu selak bagi anak dia menyusu di tengah khalayak tuh... kalau ya pun dilanda kesusahan.. takkan sampai sanggup jatuhkan air muka...
Setuju sgt dgn Adie.. Kja bila jumpa bebudak ni, kja sedekah je duit skit kat depa, suruh depa pi makan yg sedap skit.. Tp FYI, Cas n Adie, skg ni depa dah start gunakan org dewasa sama, tak surelah samaada parents bebudak tahfiz tu ke apa..Depa dok melewaq serata alam, esp kat parking lots..
Cas, pengemis tu pandai atur strategi Cas.. Dia smart.. Bila dia dgn anak dia duduk asing2, ada beberapa possibilities:-
1)Dua2 tak dpt sedekah
2)Salah sorang dpt
3)Dua2 dpt..
See? 2 drp 3 possibilities tu mmg berpihak pd depa!! Bab guna anak ke tak, dia mungkin kata 'apa salahnya.. anak aku, aku punya suka'..
Post a Comment