Friday, October 17, 2008

background oh background

saya masuk ke blog kengkawan yg len..wahh suma pakat tukar background baru lepas raya. Saya jerr yang tak tukar lagik. semangat nak tukar tu ada tapi saya segan nak edit balik dan blurrr pun ada gakkkk...maklum la kita kan pakar IT....cam tikus tengok besi dan besi tu org kutip juaiiiii...
ada sesapa sudi nak tulon tak???

godek jangan tak godek



motif amik gambaq budak kecik nih??
ok saya semalam dok godek2 digicam cap ayam saya tu. jadik ini lah hasilnya. pic itam putih, pic yg cam senjakala dan pic kalapul.

tu la punya la peqak buih saya nihh..beli dah lama ni baqu tau. ishh kes-kes.....wat malu ja noooo

qojer baru


semalam aktiviti saya padat. lepas gi jumpa deketot, saya gi kat sini. apply keja la apa lagikk. resort ni ngah di upgrade...new management lagikk. jadik saya cuba nasib la kat sini mana tau ada rezeki. kalo ada rezeki saya calooooo...
tempat lama tu bukan tak best, besttt sgt. tapi cuma contract ja untuk seton. mesti saya nak carik keja tetap kan?? dan lagi saya tak suka ngan gangguan kat sini. gangguan yang saya maksudkan ialah..bila ada org nak enteprame keja saya. kaluitttt. pas tu meh kemas2 tempat saya masa saya cotiii. owhhh saya tidak suka itu..walaupun niat nya baik. sebab saya tak kaluit pasai keja dia dan saya tak kaco workstation dia....
pesen saya, keja saya, biar saya yang setel wokehh, tak pueh hati kalo org len nak tolong buat kan...jadik doakan saya dapat keja kat tempat baru ni yerrr

my kolestroll punya la tinggii

yo semalam saya coti2 mesia coz nak gi check breast sy tu. jadik lain la pulakk.Hari ahad nanti la baru sy nak gi check. dah wat appoinment senang skit.

semalam saya cuma check kolestrol saya jer. wahh tinggi wooooo. patut la saya asyik pening ka lately nih. jadik deketot nasihatkan saya sopaya control makan. tak leh makan, makanan yg berminyak2, berlemak manis berkrim dan sebagainya...wokeh. jadik en.atan soh saya makan sayur rebus jer.nasi pun kena kurangkan yer. erkk macam mana tu, saya kalo makan nasik bertambah-tambah-tambah-tambah dan lagiiiiii...

en.atan soh saya makan sayur rebus ja, ikan bakar. untuk kesihatan dan untuk kuwuskan badan. ehem-ehem.....jadik start from today saya kena la makan...makanan berebus ittew..wokeh. jadik saya harap saya akan jadik disiplin untuk control makan.......

Wednesday, October 15, 2008

budak sekolah nyer citer

tadi masa lunch, saya kuar beli nasik bungkus. saya tapau ja untuk makan kat opis. masa on d way nak balik opis tu saya ikut budak sekolah ni. naik motor tak de helmet. pelik la saya tgk sbb budak pompuan yg bonceng kat belakang tu. oh mungkin adik dia kowt. teka saya dalam hati. saya ikut ja la budak2 tu malas nak potong 2.

sampai kat area perdana beach, tiba2 budak lelaki yg bawak motor tu lambai2 tgn..isyarat nak belok sebelah kanan. wahh ini bukan adik beradik nih sbb sah2 la tempat yg dia nak belok tu tempat org berdating. dan rogi saya lupa bawak kamera kalo tak leh sy snapp picture itu.

ishh budak2 zaman sekarang nih, yg mak dan bapak percayala depa gi sekolah belajar tapi depa?? pi merendekk....

byk cabaran sungguh nak menjaga anak2 zaman millenium nihh. tingat saya pada bgchik, anak sy yg baru berumur 5 thn. 2 mlm lepas kami ke klinik amik ubat danish yg demam dan batuk. sementara tggu nama di panggil, kami lepak2 kat hall klinik tu. tiba2 masuk la seorang ibu dan anak perempuan dalam umur 3thn macam tu lah. tiba2 si bgchik ni tersipu-sipu malu. bila saya tanya kenapa dia kata awek tu tgk bgchik,..sambil muncung kat budak perempuan tu...

la isshhh ....tak tau saya nak kata apa..nih baru 5 thn, lagi 10 thn macam mana la agaknya .

minyak turunnnn

Minyak turun lagi

Oleh Wan Hazmir Bakarbhnews@bharian.com.my

MASIH ramai pengguna yang tidak menyedari bahawa petrol RON97 dan RON92 yang dibeli mereka sebenarnya menerima subsidi kerajaan kira-kira 30 sen masing-masing selain diesel yang turut diberi subsidi. Pada masa ini, pengguna membayar RM2.45 seliter untuk petrol RON97 dan RM2.30 seliter untuk RON92 manakala diesel RM2.40 seliter. Sebagai contoh, bagi setiap 8 liter petrol RON97 yang dibeli pada harga RM19.60, mereka sebenarnya hanya membayar untuk 7 liter kerana bakinya disubsidi oleh kerajaan. Atas dasar kebertanggungjawaban, kerajaan sudah dua kali menurunkan harga petrol dengan pelarasan terbaru pada 24 Sept lepas setelah harga pasaran minyak dunia berkurangan kepada RM109 setong. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan lagi harga petrol jika harga pasaran bahan itu terus menyusut. Kelihatan seorang pengguna melihat jumlah yang perlu dibayarnya bagi 8 liter petrol RON97. - Foto Bernama
Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal. "Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya. Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.
Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50. Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.

esok saya cotiiiiiiiii


esok saya nak coti. sehari ja. bukan nak pi mana pun. cuma nak gi klinik nak wat medical check up. motif?? breast saya sebelah kiri dok nyut-nyut sakit. dulu pernah rasa bila gi check depa kata kelenjar gak. bg ubat makan dah lega. nih jadik balik. riso gak saya. jadik esok sy nak pi check la...apa sebenarnya sakit tu...breast tu bahaya woooo. bila sy rasa tak dak pun biji2 dan breast sy normal lagik la. tapi tetap saya nak pi check jugakk.