Tuesday, January 6, 2009

minta pandangan dan pendapat

Bahawasanya di sini saya ingin meminta pandangan kawan2 sekelian. My En.Atan dah buat keputusan nak balik kampung. Maksudnya balik dok kampung terus. Sebab parent dia iaitu mertua saya lah dah uzur. Jadi selagi hayat mertua saya ada dia nak balik berbakti kepada mereka.
Kemungkinan besar kami akan balik hujung bulan January ni lah. Mertua saya dah tak larat. Tapi tetap tak nak menyusahkan anak2. W/pun hubungan saya dan MIL saya tu panas dingin tapi tidak lah saya sampai tak mau jejak kaki ke rumah mertua saya. Saya tetap hormatkan dia sbb dia mertua saya dan mak kepada suami saya.

Ok berbalik kepada kes nak balik dok kg ni. Saya serba salah jugak sebenarnya. Nak balik duduk kat tempat yg agak asing. ya la kami balik kg setahun 2/3 kali jer. Jadi rasa macam janggal la. Kat pulau ni sekolah budak2 dekat, anak2 ke sekolah naik beskal. pasar basah pun dekat, kedai pun dekat. Balik kg?? anak2 ke sekolah nak kena berhantar dan berambik lah. Pekan pun agak jauh. Ya la umah mertua saya dalam kawasan kg. Kat area Sekolah Teknik Pendang tu. Kak ja dan Nazz mungkin tau tempat tu lah. Tapi yg mudah bila balik sana, kalau ada emergency apa2 senang sbb kami dah ada kat kg. Nak kemana-mana pun mudah.

Tapi hati tu macam berat lagi.....

5 yang turut berpot-pet:

Nadzirul Afif Omar said...

ntahlah kakta oit... hurm susah jugakla... sanggop kah anda?

cikmas said...

mgkn ni pertanda hangpa akan meluaskan empayar di tanah besaq? cewahhhh.. mana la taw.. kut2 digerakkan hati hangpa balik mai sini, dipermudahkan lagi jalan nak mencari rezeki di sebelah sini.. kut2 cita2 hangpa nak buka restoran/katering tu tercapai ka... mudah-mudahannn... aminnnn

Amiha Ayu said...

entah la kak.. ayu nak cakap banyak pun susah jugak nih ek?
yg pasti, niat husband akak & akak nak balik kerana nak mnjg kedua ibu bapa (even mertua pun, dosa pahala sama kan ngan parents) tu mmg baik...
bagi ayu, y not try dulu.. but, kena ada plan B lah.. spashly untuk anak2.. selalunya, niat yg baik ni Allah permudahkan... who knows kan?

kak ja said...

Laaa... masa kja baca entry ni ari tu, kja rasa mcm dah tulis komen kat cni..

Kalau kja jd Cas, kja ikut je hubby pindah ke Pendang tu.. Cari rumah lain yg dkt2 umah mertua so that boleh selalu ulang jenguk depa..

Bersabar dulu kena hamntaq ambik anak skolah.. Suruh depa belajaq rajin2, dpt masuk MRSM Pendang.. dkt sgt tu..

Faham sgt bab tak brp ngam dgn mertua nih.. Biasalah...

Madam Casper said...

ayu..

akak harap pun cam tu la jugak...niat yg baik akan di permudahkan Allah. Tu la sekarang ni akak try avoid buat tak tau jer kalau terasa hati ngan MIL...cuba tanamkan dlm hati yg mereka ni dah tua..perangai jadi cam kanak2 balik nak kan perhatian tu jer...

kak ja
InsyaAllah akan cuba buat cam kakja cakap tu. dok umah asing..tgk situasi cam mana kan?? Thanks kak ja...4 ur support