Friday, September 26, 2008

kena balik kg jugakk

tak tau cam na perasaan nih. en.atan soh kami 5 beranak balik kg jugak. dia kata kesian kat tok dan tok wan budak2. aduhh en.atan x kesian kat sy ker?? sy tak pernah berenggang ngan en.atan. dah hampir 9 ton kawin tapi x pernah berenggang. dia akan hantar kami balik ahad ni. pas tu hari ry ke 2 kami balik la kerumah.



w/pun kejap tapi aduhaii rasa semacam dan sesuatu la. agaknya ini yg VP the pinky rasa agaknya masa hubby dia o/station. dan yg paling riso sekali youhanees tu, dia kan close bangat ngan abah dia.tido pun nak mencelah ngan abah dia. nih nak balik kg ni x tau la macam mana. tercari-cari abah dia agaknya.



cam nan sy nak bg tau en.atan yg sy tak mo balik kg, sy nak beraya ngan dia w/pun boring kat sini dan dia keje...



yg penting kami sekeluarga bersatu dan bersama...penting tuuuu

Baby tercekik

Semalam adalah malam yg mengerikan bg kami sekeluarga. Terutama kepada sy dan en.atan. Memang ngeri. Ok saya cerita.

Sy pergi ambil en.atan balik kerja dalam pukul 9 pm. Sy hantar kereta kawan dia dan kami balik ke rumah dgn motor jer. Lepas singgah beli barang sikit dan merayau sana sini kami sampai kerumah dah hampir jam 10pm. lepas letak danish ..sy ke dapur nak bersih kan pinggan , kemas dapur sikit. En.Atan pula nak makan nasi. Sy tak perasan si danish ikut sy di belakang. Sedang sy sibuk nak bersihkan pinggan dalam sink tiba2 sy terpandang danish. keadaan dia?? reaksi mukanya mcm menangis tapi suara tak keluar langsung. sy tunjuk pada en.atan. en.atans segera mendapatkan danish dan muka dia dah biru. kami berdua panik. kami panggil2 nama dia tapi x de reaksi. tiba2 mata nya putih dan dia dah jadik lembik. sy dah x tau nak buat apa. sy panik . sy goncang2 badan dia. senyap!!!. en.atan pusing kan danish dan tepuk2 belakang dia...kemudian en.atan korek mulut dia. takut ada benda yg tercekik. dan baru lah dia bersuara....tapi suaranya lemah.. en,atan suruh sy korek lagi mulut dia..tapi x ada apa yg keluar. jadik kami nak bawak dia ke hospital tapi kereta masuk workshop. sy dah blurrr terusss. mujur en atan tak panik macam sy. dia call kawan di tempat kerja dia dan kami ke hospital dgn kawan dia.

Lepas check dan x-ray Alhamdulillah tak ada apa dlm tekak dia. doktor tanya sy ada bg dia minum apa2 tak. ya sy bg dia minum air lepas dia bersuara tu. doktor kata mungkin benda yg dia makan tu dah larut dgn air. Alhamdulillah.

Jadik sy ingin berpesan kepada ibu2 yg lain dan kepada diri sy sendiri:

1. jangan sesekali tinggal kan anak di bawah usia 2 thn tanpa pengawasan org dewasa. Dalam kes danish sy yg lalai. sbb sy tggal kan dia tanpa pengawasan kerana sibuk nak buat kerja rumah, sy tidak tahu apa yg dia kutip, masukkan dlm mulut dia kemudian telan. masa muka dan mulut danish biru dan dia senyap sy dah terdetik dlm hati apa kah sy akan kehilangan danish.

2. jangan panik. sy mmg panik semalam. yg saya tahu panggil nama danish goncang badan dia. kalau tak ada en.atan tak tau la saya.

3. pastikan tak ada sebarang benda atas lantai. kerana budak2 kecik mmg suka mengutip masuk dalam mulut kemudian telan. sbb semalam sy mmg tak menyapu rumah lagi ..alasan? letih...dan sbb alasan tu lah ...apa yg dah jadi pada danish.

4. harus ada basic CPR or rawatan kecemasan. itu penting . knowledge sy ttg ni zero. dan lepas ni sy akan belajar dan ambil tahu pasal ni. sbb kejadian ngeri pasal semalam pasti sy akan igt sampai bila2.