Monday, August 25, 2008

mesti beli buku ni..




HIJAB SANG PENCINTA

Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


--------------------------------------------------------------------------------






* BORANG LANGGANAN TRIONOVEL OGOS


Tinta Penulis:


RAMLEE AWANG MURSHID penulis prolifik Alaf 21 muncul lagi melengkapkan trilogi Bagaikan Puteri – Hijab Sang Pencinta. Kisah Laksamana Sunan kali ini adalah noktah yang merungkaikan segala persoalan yang ditinggalkan dalam episod kedua, iaitu Cinta Sang Ratu. “Ini adalah episod terakhir yang mengaitkan Saifudin, Haryani dan Dani. Ini adalah noktah bagi cerita yang bermula daripada episod pertama. “Bagi saya... Saifudin atau Laksamana Sunan merupakan satu watak yang disukai pembaca. Saya menghargainya,” jelas Ramlee sambil menarik nafas kelegaan. Pada kesempatan bertemu dengan Ramlee, wartaweb Alaf sempat bertanya mengenai novel baru karya Ramlee mengukir senyuman, sesekali menggaru dahi. “Mikhail.” Ringkas Ramlee mengulas. Apabila ditanya mengenai sinopsis, Ramlee menjawab, “Seorang lelaki yang lahir pada 29 Februari... tahun lompat. Lelaki ini menyambut hari lahir empat tahun sekali. Dia seorang pembunuh, tapi bukan pembunuh upahan mahupun bersiri. Tidak juga bersifat sadis. Namun, apa pun tafsirannya... lelaki ini tetap seorang pembunuh kejam. Pada suatu ketika, pembunuh ini telah jatuh cinta pada sasarannya,” ulas Ramlee tanpa mahu merahsiakannya lagi.



ya Ramlee Awang Murshid ni novelis favourite ibu. Buku baru dia dah kuar so next week ibu akan pergi beli buku ni.

0 yang turut berpot-pet: