Saturday, September 20, 2008

apa yang ada dengan nama


semalam lepas berbuka. sy dok melayan si kecik danish tu. dia tak berapa sihat. selesema dan batuk. tiba2 abg tanya pada sy

"ibu pasai pa ibu pangge adik nish dot?"

tergelak besar sy dengar soalan abg. ya kenapa yer? anak2 sy ada nama manja yg tersendiri. sy jer yg pangge depa dgn nama tu. tah rasa cam comei sgt nama tu. abahnya tak layan langsung. besalah dah nama pun kaum bapak. benda2 remeh cam ni bukan nak di layan sgt.


'saja ja. ibu suka pangge nama tu. abg dulu pun ada jugak nama manja "


dulu abang sy pangge : maqman tos,

anak jiran sebelah pangge : maqman

sepupu dia pangge:dik man (dan kekal sampai sekarang)


abg chik sy pangge: chik ot


kakak sy pangge:yah nanes, wakananees dan mek tet. (panggilan mek tet tu glamer dalam keluarga kami sbb kalau dah geram sgt abg2 dan abah nya pun pangge mek tet)


danish: nish dot, pidot dan mat nish


tapi mujoq panggilan nama tu sy jer yg panggil .itu pun kadang2. kalo suma org ikut wahh kesian anak2 sy. biar nama2 glemer tu jadi kenangan pd anak2 sy bila depa dewasa kelak.


hujan oh hujan








hujan yang turun bagaikan mutiara



berkilau bersinar berkerdipan



subur menghijau bumi terbentang



dan bayu berpuput lembut







cinta yang bersemi



di waktu hujan turun



menyirami ketandusan hati



dan hujan turut mengiringi



engkau pergi







selembut hujan bercurahan



begitulah cinta ini



semesra bumi yang disirami



begitulah hati ini







hujan yang turun bersama airmata



bersama pedih bersama rindu



kau datang dan kau pergi jua



rindu lagi



pic ujan depan opis saya.

cerah tapi......

semalam sy ke pasar ramadhan. beli sup dan ikan keli masak cili. favourite en.atan dan anak2. selepas beli apa yg dah kami plan tu kami jalan2 kejap.cari kuih favourite abang. tiba2 sy terperasan..ada 2/3 org mungkin lebih yg kulit muka nya cerah tapi leher dan bhgn lain tone nya lain. kenapa erk?? owhhh depa pakai pemutih kulit or muka la tu. ishhh sy nampak kulit muka tu macam dah nipis. dah nampak urat2 biru kat pipi dan merah semacam jer. ishhh takut pulak sy tengok. ini pandangan sy ok.



mmg sy tak pernah pakai apa2 di muka sy.w/pun byk iklan pasal produk kecantikan wajah tapi sy tak pernah tertarik untuk mencuba. entah kenapa sy tidak teruja. kulit sy tidak bermasalah cuma berminyak. cukup lah sy pakai pencuci muka untuk kulit berminyak. sapu compact powder sikit , calit lipstik sikit nah melangkah la saya ke opis. bukan sy tidak mampu untuk membeli produk2 tu cuma sy takut dan sy tidak percaya ttg keselamatan satu2 produk2 tersebut. adakah sudah mendapat kelulusan kementerian kesihatan? adakah logo kementerian tu betul atau palsu? dan macam2 andaian lagi yg ada dlm minda sy. bukan produk kecantikan bersepah-sepah sekarang ni? yg jadik pembantu saloon pun dah mampu keluarkan produk sendiri. logik ker tu.
hari tu sy ada baca ttg satu produk kecantikan yg berasaskan buah manggis. tergelak besar saya . manggis tu kan bermusim..jadik macam mana pengeluar nak amik bekalan? jadik apa bahan yg di taruh kemudian di katakan berasaskan manggis???

tepuk dada tanya lah kehendak hati, jgn sampai memudaratkan diri

Friday, September 19, 2008

ok ok saya emosional

ok ok sy emosional yer. emo sesangat sekarang ni. air mata ni leh tumpah bila2 masa jer. sy cukup benci menangis sbb bila nangis ja sy suka sakit kepala . sebab tu sy tahan. puncanya??? ok tadi sy baca topik kat forum "kehilangan org yg tersayang semasa nak sambut raya" lebey kurang macam tu la tajuknya. sy pun mencelah.

tiba-tiba sy emo. sebab dah 31 thn sy beraya tanpa mak sy. arwah mak sy dah kembali kepada yg MAHA KUASA masa sy kecik lagi time tu. sy tak ingat macam mana rupa mak sy. sy tak ingat langsung. dan yg sedih tak ada pic mak sy langsung yg sy nak tgk. dan dah 31 thn sy tak pernah jejak kaki ke kubur mak sy. sbb nya saya tak tau kat mana kubur mak saya. habih macam mana tiap pg raya or hari2 lain sy nak ziarah kubur mak sy? dalam ghairah nak sambut raya, nak beli pakaian baru untuk anak2 sy terlupa pada arwah mak. anak apa sy ni. mujur sy masuk forum, kalau x lagi sy lalai.

Ya Allah..sesungguhnya DIA yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dlm hati ini. Permudahkan lah segala urusan ku ini ya Allah.

bonus oh bonusss

yahh sy akan dapat bonus. sukernya. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan ini. ishh raya ton ni ada det xtra lah sy. macam2 dah plan dalam pala otak ni. chuppppppppp plan saja yer dan sy takkan habis kan det bonus saya tak tentu hala nooo. sy dah plan nak simpan je det itu dalam tabung haji sy dan anak2 dan ASB saya. hehehheheeheh kalo byk nanti sy akan kuarkan dan pi melancong. cehhh x der maknanya jugakkk ekekekekekkeke.
tak pa yg penting sy simpan dulu . pueh hatiii.

en.atan kata....raya2 org pi kuarkan det nak berbelanja sy pi simpan pulak. hehehehehe org lain i tak kisah tp i ..i nak simpan. .lagi pun raya ton ni kan kami beraya kat sini. jadik x de benda nak beli sgt. buat kuih serba sedikit dah la. lain la kalo beraya di kg..pasti duit kuar cam ayor paip jer. dan lagi bila balik umah mertua sy, macam2 sy nak beli untuk depa w/pun kdg2 sy perang dingin ngan MIL sy. heheheh besalah sy ni mulut jer jahat tapi hati baikkk (cewahh angkat diri sendiri) tak cayo tanya en.atan yerrrr

Thursday, September 18, 2008

detective conan








semalam masa tggu time nak berbuka puasa. abg macam biasa lah yer layan katun. ya betul kat umah tu anak2 sy dah cartoon maniac yer. remote kat tgn depa ja. siangnya shift sorry yer jgn kaco..kalau malam baru la shift ibu dan abah. tu pun malam kdg2 kalo sy bz nak buat keja umah..depa yg konker jugak. tp anak2 sy ni bab bergaduh boleh tahan. bgchik dia macam lalang kejap side abg kejap side adik dia si kakak tu. kira sapa boleh bg benefit pada dia maka dia masuk sebelah org tu la. tapi bila bab tgk cartoon semua sehati sejiwa..suka benda yg sama. adik beradik ..air dicincang tak akan putus kan??




ok semalam nya citer, masa ngah dok layan katun tu..tiba2 si abg bertanya pada sy


"pasai apa ibu suka citer detective conan"


"sebab best..lagi pun conan tu comeiii" jawab sy.


ya kenapa sy suka citer detective conan? sbb citer tu kan kisah penyiasatan. sy kan fanatik citer2 macam tu. dr sekolah rendah sampai la dah anak 4 ni sy masih suka genre citer penyiasatan ni. nak buat macam mana dah minat. sama la dgn citer detective conan ni, sy layannnn...sama naik dgn anak2 sy.




dulu masa sekolah rendah dan menengah berulang kali sy baca citer Nancy Drew, Hardy Boy. Enid Bylton.sy tak jemu baca berulang kali. sikap suka membaca sy ni (cewah poji diri sendiri) yg ikut cuma si kakak. dia mmg kalut kalau sy beli magazine ka buku ka. dia yg nak baca dulu.w/pun baca dia cuma tgk gambar..ok lah tu .




pasti akan rindu

hari ni dah 18 hari berpuasa. bermakna ada lagi 12 hari. sedih betul . ramadhan akan berlalu x lama lagii. masa zaman budak2 dulu sure dok menghitung hari nak raya. tapi bila dah tua dan dah jadik ibu nih lain pulak perasaan tu. betul la raya tu hanya untuk budak2. hati ni rasa sayu jer. rasa lama lagi nak tggu ramadhan tahun depan. dan kalau panjang umur dgn izin Allah maka sempat la bersua ngan ramadhan lagi.

Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan

RamadhanKali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan

Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua