semalam sy ke pasar ramadhan. beli sup dan ikan keli masak cili. favourite en.atan dan anak2. selepas beli apa yg dah kami plan tu kami jalan2 kejap.cari kuih favourite abang. tiba2 sy terperasan..ada 2/3 org mungkin lebih yg kulit muka nya cerah tapi leher dan bhgn lain tone nya lain. kenapa erk?? owhhh depa pakai pemutih kulit or muka la tu. ishhh sy nampak kulit muka tu macam dah nipis. dah nampak urat2 biru kat pipi dan merah semacam jer. ishhh takut pulak sy tengok. ini pandangan sy ok.
mmg sy tak pernah pakai apa2 di muka sy.w/pun byk iklan pasal produk kecantikan wajah tapi sy tak pernah tertarik untuk mencuba. entah kenapa sy tidak teruja. kulit sy tidak bermasalah cuma berminyak. cukup lah sy pakai pencuci muka untuk kulit berminyak. sapu compact powder sikit , calit lipstik sikit nah melangkah la saya ke opis. bukan sy tidak mampu untuk membeli produk2 tu cuma sy takut dan sy tidak percaya ttg keselamatan satu2 produk2 tersebut. adakah sudah mendapat kelulusan kementerian kesihatan? adakah logo kementerian tu betul atau palsu? dan macam2 andaian lagi yg ada dlm minda sy. bukan produk kecantikan bersepah-sepah sekarang ni? yg jadik pembantu saloon pun dah mampu keluarkan produk sendiri. logik ker tu.
hari tu sy ada baca ttg satu produk kecantikan yg berasaskan buah manggis. tergelak besar saya . manggis tu kan bermusim..jadik macam mana pengeluar nak amik bekalan? jadik apa bahan yg di taruh kemudian di katakan berasaskan manggis???
tepuk dada tanya lah kehendak hati, jgn sampai memudaratkan diri
Saturday, September 20, 2008
cerah tapi......
yang mengarok Madam Casper at Saturday, September 20, 2008 0 yang turut berpot-pet
Jenama??? kecantikkan, kesihatan
Friday, September 19, 2008
ok ok saya emosional
ok ok sy emosional yer. emo sesangat sekarang ni. air mata ni leh tumpah bila2 masa jer. sy cukup benci menangis sbb bila nangis ja sy suka sakit kepala . sebab tu sy tahan. puncanya??? ok tadi sy baca topik kat forum "kehilangan org yg tersayang semasa nak sambut raya" lebey kurang macam tu la tajuknya. sy pun mencelah.
tiba-tiba sy emo. sebab dah 31 thn sy beraya tanpa mak sy. arwah mak sy dah kembali kepada yg MAHA KUASA masa sy kecik lagi time tu. sy tak ingat macam mana rupa mak sy. sy tak ingat langsung. dan yg sedih tak ada pic mak sy langsung yg sy nak tgk. dan dah 31 thn sy tak pernah jejak kaki ke kubur mak sy. sbb nya saya tak tau kat mana kubur mak saya. habih macam mana tiap pg raya or hari2 lain sy nak ziarah kubur mak sy? dalam ghairah nak sambut raya, nak beli pakaian baru untuk anak2 sy terlupa pada arwah mak. anak apa sy ni. mujur sy masuk forum, kalau x lagi sy lalai.
Ya Allah..sesungguhnya DIA yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dlm hati ini. Permudahkan lah segala urusan ku ini ya Allah.
yang mengarok Madam Casper at Friday, September 19, 2008 0 yang turut berpot-pet
bonus oh bonusss
yahh sy akan dapat bonus. sukernya. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan ini. ishh raya ton ni ada det xtra lah sy. macam2 dah plan dalam pala otak ni. chuppppppppp plan saja yer dan sy takkan habis kan det bonus saya tak tentu hala nooo. sy dah plan nak simpan je det itu dalam tabung haji sy dan anak2 dan ASB saya. hehehheheeheh kalo byk nanti sy akan kuarkan dan pi melancong. cehhh x der maknanya jugakkk ekekekekekkeke.
tak pa yg penting sy simpan dulu . pueh hatiii.
en.atan kata....raya2 org pi kuarkan det nak berbelanja sy pi simpan pulak. hehehehehe org lain i tak kisah tp i ..i nak simpan. .lagi pun raya ton ni kan kami beraya kat sini. jadik x de benda nak beli sgt. buat kuih serba sedikit dah la. lain la kalo beraya di kg..pasti duit kuar cam ayor paip jer. dan lagi bila balik umah mertua sy, macam2 sy nak beli untuk depa w/pun kdg2 sy perang dingin ngan MIL sy. heheheh besalah sy ni mulut jer jahat tapi hati baikkk (cewahh angkat diri sendiri) tak cayo tanya en.atan yerrrr
yang mengarok Madam Casper at Friday, September 19, 2008 0 yang turut berpot-pet
Thursday, September 18, 2008
detective conan





yang mengarok Madam Casper at Thursday, September 18, 2008 0 yang turut berpot-pet
pasti akan rindu
hari ni dah 18 hari berpuasa. bermakna ada lagi 12 hari. sedih betul . ramadhan akan berlalu x lama lagii. masa zaman budak2 dulu sure dok menghitung hari nak raya. tapi bila dah tua dan dah jadik ibu nih lain pulak perasaan tu. betul la raya tu hanya untuk budak2. hati ni rasa sayu jer. rasa lama lagi nak tggu ramadhan tahun depan. dan kalau panjang umur dgn izin Allah maka sempat la bersua ngan ramadhan lagi.
Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan
RamadhanKali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
yang mengarok Madam Casper at Thursday, September 18, 2008 0 yang turut berpot-pet
Wednesday, September 17, 2008
model ka apa ni tak tau laaa
kakak ni bila bab bergambar boleh tahan gedik dia nak2 bila abahnya ada. wahh makin menjadi..jeles pun ya jugak. x boleh tgk sy bersembang ngan en.atan mola la dia nak mencelahh. kalau en.atan pegang tgn sy ker, dok sebelah menyebelah masa tgk tv wahhhh darjah kejelesan dia tu mencanak jer naikkkk...kdg2 sy geram sy sakat dia...sy kata abahnya tak syg dia syg sy jer wahh leh meraung dia. yg tak tahan tu bila angin dia mai..masa nak naik keta sy kena dok belakang dia nak jadik mem abah dia.....sabor jer laaa mujo anak pompuan ku satu jer..kalau ramai x tau la den nak kato po..
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, September 17, 2008 2 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2
menu semalam
yang mengarok Madam Casper at Wednesday, September 17, 2008 1 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2




