nih nak citer pasal mulut longkang dan jahat. saya tau la saya ni anak ramai. 4 nak masuk 5. jadik ada la mulut2 jahat ni kata saya ni keje beranakkkkkkkk jer tak pandai nak plan. ishh saya dan en.atan pun pk 4 cukup dah. tapi dah rezeki so kami terima jer laa. takkan nak tolak rezeki kot. sebab yg nak kuar duit membela anak2 tu saya dan en.atan dan yg sakit nak beranak tu saya sendiri ok. jadik kepada pah bedah tu tak yah la nak kalut2 or sibuk2 pasal umah tangga saya yer. saya tak pening kepala pun...yg hang kalut pasai pa???
saya akui anak2 saya memang lasak. bg chik tu kaki berparut jer...merata tempat dia terjah. jenuh si abang nak ligan dia suruh balik. yg kakak pun sama, bercakaran ngan bg chik...
saya cuma berdoa semoga saya dan en.atan di berikan kesihatan yg baik untuk kami bekerja untuk membesarkan anak2 kami. dan dapat kami memberi rezeki yg halal kepada anak2 kami. kalau rezeki dan sumber pun halal baru la anak2 menjadi. contohnya anak sulung saya Luqman dapat result yg baik exam akhir baru2 ni. Tempat ke 3 dalam kelas dengan peratus yg memberangsangkan. Mestilah kami sebagai ibu bapa ni bangga sangat dgn pencapaian anak kami. Jadik apa yg ko jeles tu pah bedah????Dah byk bukti saya tgk kalau sesiapa yg tolak rezeki ni, yg depan umah saya, kata keguguran tapi kami syak dia makan sesuatu nak bg kandungan dia turun. Allah sempitkan rezeki tu sampai susah sgt depa la ni. hari2 makan telur. Dan byk lagi musibah yg di alami, keta dah berbulan tak bayar, sewa umah pun sama...saya tak nak idup saya dan anak2 susah macam tu....
Lagi pun saya kan sorang2 jer tak de adik beradik. Jadi Tuhan bg la anak2 yg ramai untuk saya. dan kali ni saya harap anak saya ni perempuan...ada la kawan kakak kan???
Jadi kepada mulut2 jahat tu hentikan lah menggangu idup saya...sbb saya tak sibuk pun pasal idup hampa yer.....
Monday, November 10, 2008
mulut jahat
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 10, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, casper nyer citer, preggy, rezeki
sekitar birthday danish
buat bday danish hari jumaat. syer ngan anak member. sebenarnya danish lahir 14/11 jadik kahmis ni baru dia cukup setahun. tak per la kira advance la ni. pic tak bnyk sbb photographer sibuk melayan budak2. nih kek si alisya, anak kawan saya
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 10, 2008 5 yang turut berpot-pet
kena tag
saya kena tag ngan putubambu....jadik ni ler hasilnya nih ler muka sememeh teman wakakakakaka. tak berlipstick dan tudung kang kali kung ...kita halal lah yer
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 10, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, tag
saya yang letih
sebenarnya saya nak post entry bday danish. tapi camera tak tau saya pi lempaq tang mana. saya letih sebenarnya. saya kalo preggy terus lembik. alah la apa lagikk. tadi nak bangun punya malas la. sakit badan. dan sekarang ni pinggang saya sakit rasa cam nak period plak. entah lahhh.
dah mula la muntah pagi2. tapi kali ni tak teruk macam yg lepas2. muntah pagi jer..lepas tu tak larat la apa lagi. ..saya akan lembik sampai kol 11 macam tu..lepas tu cergas la balik. boleh laaa.
saya dah tak boleh bau nasik. rasa nak muntah jer. bau ayam panggang tu pun tak lalu. semalam saya teringin nak makan mcflurry kat mcdonald tu. so dapat laa. balik jer dr mcd, en.atan singgah pasar malam. dia ajak sy turun tapi saya tak mau. sy tunggu dlm keter jer, sbb bau makanan tu dah buat saya loya........
yang mengarok Madam Casper at Monday, November 10, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? casper nyer citer, preggy
Friday, November 7, 2008
tanggung jawab suami dan isteri
1. Tanggungjawab suami;
· Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan kemampuan
· Memberi nafkah zahir dan batin
· Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak
· Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak
· Mewujudkan pergaulan yang baik
· Memberi perlindungan kepada isteri dan anak
· Adil jika berpoligmi
2. Ciri-ciri suami yang baik;
· Beriman
· Berakhlak mulia
· Bertanggungjawab
· Taat pada ajaran islam
· Berilmu pengetahuan
3. Tanggungjawab isteri;
· Mentaati suami berdasarkan kehendak islam
· Menjaga maruah diri dan harta suaminya
· Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga
· Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna
· Mengadakan pergaulan yang baik
· Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami
4. Ciri-ciri isteri yang solehah;
· Beriman
· Berakhlak mulia
· Patuh pada ajaran islam
· Menjaga kehormatan / maruah diri
· Berilmu pengetahuan
· Sentiasa melakukan kebaikan
5. Tanggungjawab bersama;
· Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga
· Memberi pendidikan kepada anak
· Memberi kasih sayang kepada anak
· Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak
· Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak
6. Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
· Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan
· Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri
· Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang
7. Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat
· Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat
· Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni
· Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak
8. Persiapan ke arah keluarga bahagia
· Dari sudut ilmu pengetahuan
§ Dengan mendalami ilmu agama
§ Dengan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan
§ Dengan mengetahui ilmu-ilmu semasa sebagai persiapan kearah keluarga bahagia
· Dari sudut ekonomi
§ Perlu dirancang awal agar tidak menjadi beban pada masa akan datang
§ Keutamaan diberi untuk mengurus makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna
· Dari sudut akhlak
§ Ia adalah tonggak keharmonian keluarga
§ Tanpanya keluarga akan kucar kacir
§ Suami perlu menjadi contoh terlebih dahulu dan menjadi ikutan kepada isteri dan anak
§ Nilai murni perlu diterapkan seperti hormat-menghormati, bertimbang rasa, tolong-menolong dll bagi menjamin keluarga yang bahagia.
saja jer tempek untuk bacaan bersama....
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 07, 2008 4 yang turut berpot-pet
kuih raya
yang mengarok Madam Casper at Friday, November 07, 2008 4 yang turut berpot-pet
Jenama??? makan-makan
Thursday, November 6, 2008
layan gambar yer
pic ni dah lama dah amik. tapi dok dalam hp. hari ni ada reader dia maka den pun sakan la mendolod dalam pc.
kalau sesapa tak tau, yg hidung kombang ni bg chik. masa ni kat klinik nak amik ubat danish demam..jadi tukang sibuk ni mesti ikut kemana jer . dan malam2 kalau nak tido dia mesti cari perut ibu dia gak . dan kalo tgh malam kat mana dia tido sekali pun dia mesti cari ibu dia. kacau aaaaa mungkin sbb dia breast feeding sampai 2 thn tu yg rapat kowttt
Danish yg tgh demam. tapi dah abang dan kakak nak ke playground maka danish pun pergi la sekali. cool fever bertempek kat dahi dia
kaki2 hodoh ibu,abang dan bg chik. tak sesuai langsungggg
abang yg tengah menayang perut berlapis dia....
dah lupa la amik pic ni kat mana....
yang mengarok Madam Casper at Thursday, November 06, 2008 6 yang turut berpot-pet
Jenama??? anak2, casper nyer citer, cinta





