Showing posts with label keinsafan. Show all posts
Showing posts with label keinsafan. Show all posts

Friday, November 7, 2008

tanggung jawab suami dan isteri

1. Tanggungjawab suami;
· Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan kemampuan
· Memberi nafkah zahir dan batin
· Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak
· Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak
· Mewujudkan pergaulan yang baik
· Memberi perlindungan kepada isteri dan anak
· Adil jika berpoligmi

2. Ciri-ciri suami yang baik;
· Beriman
· Berakhlak mulia
· Bertanggungjawab
· Taat pada ajaran islam
· Berilmu pengetahuan

3. Tanggungjawab isteri;
· Mentaati suami berdasarkan kehendak islam
· Menjaga maruah diri dan harta suaminya
· Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga
· Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna
· Mengadakan pergaulan yang baik
· Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

4. Ciri-ciri isteri yang solehah;
· Beriman
· Berakhlak mulia
· Patuh pada ajaran islam
· Menjaga kehormatan / maruah diri
· Berilmu pengetahuan
· Sentiasa melakukan kebaikan

5. Tanggungjawab bersama;
· Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga
· Memberi pendidikan kepada anak
· Memberi kasih sayang kepada anak
· Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak
· Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

6. Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
· Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan
· Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri
· Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang

7. Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat
· Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat
· Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni
· Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak


8. Persiapan ke arah keluarga bahagia
· Dari sudut ilmu pengetahuan
§ Dengan mendalami ilmu agama
§ Dengan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan
§ Dengan mengetahui ilmu-ilmu semasa sebagai persiapan kearah keluarga bahagia

· Dari sudut ekonomi
§ Perlu dirancang awal agar tidak menjadi beban pada masa akan datang
§ Keutamaan diberi untuk mengurus makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna
· Dari sudut akhlak
§ Ia adalah tonggak keharmonian keluarga
§ Tanpanya keluarga akan kucar kacir
§ Suami perlu menjadi contoh terlebih dahulu dan menjadi ikutan kepada isteri dan anak
§ Nilai murni perlu diterapkan seperti hormat-menghormati, bertimbang rasa, tolong-menolong dll bagi menjamin keluarga yang bahagia.


saja jer tempek untuk bacaan bersama....

Saturday, October 25, 2008

renung-renungkan lahhhh
















Thursday, October 23, 2008

terapi solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal.
Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan.
Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Umat Islam memang di wajibkan sembahyang kan? jadik selain dari suruhan Allah ianya jugak baik untuk kesihatan. Maha Suci Allah...yg mengetahui segala-galanya.













Friday, October 17, 2008

my kolestroll punya la tinggii

yo semalam saya coti2 mesia coz nak gi check breast sy tu. jadik lain la pulakk.Hari ahad nanti la baru sy nak gi check. dah wat appoinment senang skit.

semalam saya cuma check kolestrol saya jer. wahh tinggi wooooo. patut la saya asyik pening ka lately nih. jadik deketot nasihatkan saya sopaya control makan. tak leh makan, makanan yg berminyak2, berlemak manis berkrim dan sebagainya...wokeh. jadik en.atan soh saya makan sayur rebus jer.nasi pun kena kurangkan yer. erkk macam mana tu, saya kalo makan nasik bertambah-tambah-tambah-tambah dan lagiiiiii...

en.atan soh saya makan sayur rebus ja, ikan bakar. untuk kesihatan dan untuk kuwuskan badan. ehem-ehem.....jadik start from today saya kena la makan...makanan berebus ittew..wokeh. jadik saya harap saya akan jadik disiplin untuk control makan.......

Friday, October 10, 2008

keinsafan

tafsirkan sendiri? dan bg tau la apa perasaan uols. kejadian ni berlaku lagi seminggu nak sambut aidilfitri. kalo saya tak silap yer. dan ada yang meninggal dalam kejadian ni...

wanita itu cantik



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
~

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

muhasabah di pagi jumaat

Batu Dosa



Dua orang lelaki yg telah melakukan dosa mengunjungi seorang tua yang bijak dan meminta nasihatnya.
“Kami telah melakukan suatu dosa,” kata mereka.. “dan suara hati kami terganggu. Apa yang harus kami lakukan ?”
“Katakanlah kepadaku, perbuatan-perbuatan salah mana yang telah kamu lakukan, Anakku,” kata orang tua tersebut dengan tenang.
Lelaki pertama mengatakan ,”Saya melakukan suatu dosa yang berat dan menyesalinya. Saya berhenti dari melakukannya”
Lelaki kedua berkata,”Saya telah melakukan beberapa dosa ringan, yang tidak perlu dirisaukan sangat…”
“Baik,” kata orang tua bijak tersebut, “Pergilah dan bawalah kepadaku seketul batu untuk setiap dosa yang telah kamu lakukan !”.
Lelaki pertama kembali dengan memikul sebuah batu yang amat besar. Lelaki kedua dengan senang membawa satu karung berisi batu-batu kecil.
“Sekarang,” kata orang tua itu, “Pergilah dan kembalikan semua batu itu tepat dimana kamu telah menemuiya!”.
Lelaki pertama mengangkat batu besar itu dan memikulnya kembali ke tempat dimana ia telah mengambilnya. Lelaki kedua tidak dapat mengingat lagi tempat dari setengah jumlah batu yang telah diambilnya, maka ia menyerah sajadan membiarkan batu-batu itu berada di dalam karungnya.
Katanya, “Itu pekerjaan yang sukar utk dilakukan!”
“Dosa itu seperti batu-batu itu,’ kata orang tua dengan lembut, “Jika seseorang melakukan suatu dosa berat, hal itu seperti sebuah batu besar dalam suara hatinya, tetapi dengan penyesalan yang sejati, memohon ampun dan mengakui kesalahan, bertaubat bersungguh2, menghentikan dari terus-menerus melakukan kesalahan yg sama, maka kesalahannya diampuni seluruhnya oleh Tuhan. “
Tetapi lelaki yang terus menerus melakukan dosa-dosa ringan dan tahu itu salah, namun semakin membekukan suara hatinya dan dia tidak menyesali sedikitpun, maka ia tetap sebagai seorang pendosa. Dia sulit membuangbatu-batu itu kembali ke tempatnya dan terus menerus membawanya seumur hidup.
“Maka ketahuilah,anak-anakku,” nasihat orang tua itu, “adalah sama untuk menolak dosa-dosa ringan