Friday, October 10, 2008

keinsafan

tafsirkan sendiri? dan bg tau la apa perasaan uols. kejadian ni berlaku lagi seminggu nak sambut aidilfitri. kalo saya tak silap yer. dan ada yang meninggal dalam kejadian ni...

wanita itu cantik



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
~

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

sling beg

nih sling bag adidas. cantikk gak noooo
ni gucci..
hok ni prada la wehhh. tingat citer "the devil wear prada" dan citer white chick masa adegan kejor pencuri tu ayat dia lebey kureng camni "it's not a henbeg but its prada" correct me if i'm wrong

nih henbeg hadih kawan saya, sayang hang ..........


saya dah dapat henbeg baru sebelum raya ari tu. ok toche "kawan" yg sudi hadiah kan beg tu pada saya. saya suka sangat hoccay. murah la rezeki "kawan" saya tu. Sekarang saya nak beli sling bag. sebab saya kan ada danish yg baru 11 bulan tu. jadik kalo ada sling bag ni senang saya nak masukkan botol susu, tuala kecik, wet tissue , pampers 2 atau 3 keping dalam tu. senang. saya bukannya pesen nak merendeh jinjing beg susu ka apa. lagi pun danish ni keja dia melekat ngan saya jer. mana nak sangat ngan abah dia tu.

kampung ku indah berseri



ini gambar pemandangan sepanjang jalan nak kerumah saya. cantikkan??? waaaa mesti kata cantikkk kalo tak frust saya. saya nak amik pic banyak lagi tapi en.atan punya laju dia bawak motor....

patuhi peraturan

motif saya amik pic awek tu?? sebelah tu en.atan. depa kapel ker? owhh tidakk..jgn sesekali sebut itu macam daaaa. awek tu ngah bergayut ngan hp sambil isi minyak. kan ker kalo kit angah isi minyak kena matikan enjin keta or motor, jgn hisap rokok dan x leh guna hp. betull takk???
dis awek x ikut peraturan. pakai hentam saja. ishh membahayakan diri sendiri, org lain yg tidak bersalah dan toke pam minyak ni jugak. kalo berlaku kebakaran ker apa ker???

jadik apa nasihat pada awek ni dan pada org lain yg masih dok buat tabiat ni masa isi minyak???

bling bling


bukan saya nak tunjuk taik telinga dia ka apa. tu nampak tak yang bergantung kat telinga kakak ni?? bling ..bling ....kan? tu hadiah raya dari abah dia. suka sangat la dia tu. tapi untuk saya non adonya..huk huk huk tak adil tul la en.atan nih. tapi en.atan ada beli kan saya cik merah tu kan. jadik kira adil la tu. walaupun saya dok berkenan bling!bling yang besar kat lengan tu. ishhh.

makan sajokkk

nih kuih raya yang ada atas meja saya. dah ada atas meja saya mau saya tak melantak jer.
sedap kan tengok nih.
layan jer pic ni janji sodap.


lepas bulan posa ni qeja makan jerk. mulut tak henti2 mengunyah. berat badan mesti naik berganda2. ater...cam na nak kuwus nih?? ada la yg kena kencing manis nihhhh. baik control makan dan gi check kot2 kena kencing manis.


saya risau gak. sbb last year masa mengandungkan danish saya di syaki ada kencing manis. kena minum glukos yang maha manis tu. kena check darah hari2. hari2 jari runcing saya kena cucuk. hehehe jari runcing ni tingat kat Big Mouth itu. Saya deliver kat danish bulan 11 last year. Raya kan bulan 10 jugak. masa balik raya tu saya pulun makan macam2. walaupun dietician dah warning jangan melantak suka-suki. eden tak kira, eden belasah jugak. Nah balik ke pulau lepas timbang berat naik sampai 10 kilo. wahh dalam masa seminggu berat saya naik ke 80kg. Ngeri nya...dan hasilnya hari2 saya kena wat BSP. tak sukanya..tapi kena buat jugak. Dan saya due 14/11/2007. Jadik 13/11/2007 sy kena admit hospital jugak kalo saya tak sakit normal untuk bersalin. Dan 13/11/2007 tu memang saya kena admit tak leh nak lebih date dah. sebab depa dah detect saya ni ada kencing manis. pagi 14/11/2007 saya kena induce dan petang tu bersama dengan azan asar lahir lah Muhammad Danish Firdaus dengan berat 3.6kg.


Hari ahad ni saya nak pergi check darah saya. ada kah saya ni penghidap diabetis atau tidak. sebab danish pun dah 11 bulan dah. atau tu sindrom masa mengandung jerk.


jadik kepada semua, control2 la makan tu yer. jaga badan ooo. mencegah lebih baik dari berubat.