Monday, August 17, 2009

Percaya????

Ni masalah yg saya dok mengadap seminggu yang lepaih (la ni nak guna loghat kedah la plak keh keh). Pasai si kecik saya Muad'z. Mai malam ja dia asyik qeyau. Nak2 time Maghrib. Mula2 dok ingat dia kembung..pulun la dok sapu minyak Yu Yee Cap Kimau (ikut sebutan Bang Chik). Tapi dia dok qeyau lagi..qeyau sampai selop cam orang sakit tu. Lama tak kesudah kami bawak dia pi umah Pak Haji Talib.

Nah..Pak Haji bg tau yg ada "sesuatu" dok acan main dgn Muad'z. Terus terang cakap pelesit la. Pelesit terbiar tuan tak jaga. Seram saya masa Pak Haji Talib bg tau cam tu. Dan yang lebih syok tu masa Pak Haji tengah dok zikir syifa..tiba2 hujan turun dan kilat memancar..macam bunga api kaler merah. Seumur hidup saya tu la kali pertama saya tgk kedaan macam tu. Kuasa Allah.

Sebelum ni Muad'z ok jer tak de nak qeyau sampai selop.Flashback balik..sebelum dia start qeyau cam sakit tu..satu malam tu hujan turun lebat. Sekali kilat memancar kuat sgt. Pokok ngyoq tepi umah saya kena panah dgn kilat. Habis daun layu. Bila dah kilat memancar rumah saya blackout. Jadik gelap gelita. Kami pulak tak standby lilin jadik buka la pintu depan umah. Boleh nampak kilat tu macam sportlight..zap sana zap sini. Mujur malam tu En.Atan tak kerja ..kalau tak..tak tau macam mana saya nak handle. Abang dan Bg Chik pi tahfiz pulak malam tu. Hujan memang turun lebat..dgn angin...saya rasa macam pulau nak karam malam tu. Dgn hati risau sbb 2 lagi anak tak de bersama...
Ok..kata jiran2 kat umah saya..rumah pelesit tu (pokok nyoq) dah kena panah..jadik dia berkeliaran dan kebetulan malam tu saya buka pintu depan umah so dia masuk la...(wallahhualam betul ke tidak. Saya tak arif pasai ni..ni kali pertama anak saya kena macam ni dan kali pertama saya hadapi benda2 macam ni. Antara percaya dan tidak)

Dan benar..lepas kejadian hujan ribut tu..Muad'z start nangis bila malam. Siang mmg dia tidur elok. Jadik takkan dia kembung perut???

Pendek cerita...sejak kami bawak Muad'z pi jumpa Pak Haji Talib..dia dah ok..tidur pun elok..nangis nak susu ja..dan la ni dia addict dgn stroller. Tidoq pun nak atas stroller jadik..stroller tu sat dalam umah dan sat luar umah..dan saya ialah tukang basuh wheel stroller tu tanpa rasa jemu..heheheheheh

Saturday, August 15, 2009

mencari syurga???

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini
adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin
bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh
menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga
dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga,
masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan
sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku
...

Semua tahukan yg Ustaz Assri dah kembali kepada Yang Maha Esa. Mati itu pasti..dan kita tidak dapat lari dari kematian. Perbanyakkan amalan sementara masih bernafas di atas muka bumi ni. Kata-kata di atas saya petik dari blog Allahyarham Ustaz Assri. Cukup bermakna sekali...renung2 kan lah. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan org2 yg di kasihi..amin...Alfatihah

Thursday, August 13, 2009

kisah 27/6/09

Ok kisah 27/6/09-Sabtu.

Saya mmg kena admit 27/6/09 sbb esoknya nak kena induce. Huh rasa ngeri bila ingat nak kena induce. Bagi sesiapa yang pernah rasa induce tu tahulah macam mana sakitnya tu. Tapi dalam diam saya berdoa agar saya tak perlu di induce. Sakit natural ni rasanya boleh tahan lagi.

27/6 tu saya bg tau en.atan saya nak pergi petang ke hospital. Ya la pagi esok baru nak di induce jadi tak perlu rushing sgt. Lagi pun saya ingat nak ikut en.atan pi sekolah abang sign record book dia langsung jumpa cikgu kelas dia. Tapi kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Pagi tu dalam pukul 6.30 lebih saya dah rasa sakit semacam. Tapi tak ada turun tanda darah atau sebagainya. Saya bg tau en.atan dan dia mmg kalut la..nak hantar saya ke hospital. Heheheh saya bg tau dia saya ok lagi saya boleh tahan. Lagi pun sy nak sgt ke sekolah abang..dan perjumpaan ibu-bapa tu start pukul 1130 pagi. Lama lagi nak tunggu tu. Saya buat kerja umah macam biasa...tapi start pukul 800 pagi tu saya rasa sakit makin kuat. Huh tapi still boleh tahan lagi dan sempat belasah 2 keping roti canai. Dan roti canai ni la yg saya jamah sampai masa saya melahirkan Muad'z.

Ok lah di pendekkan ceritanya ...en.atan kesekolah abang awal sbb saya dah tak tahan. Lepas hantar Danish kerumah maknya, pesan apa yg patut kat abang dan bg chik. Kami ke hospital. Sampai hospital dlm pukul 1100 pagi. Seperti biasa masuk ke wad bersalin tu kena check urine, lepas tu pakai CTG nak tgk contruction. Dan hampehhh ada ke nurse kat situ kata tak de contruction dan saya di hantar ke wad dulu. Dan satu lagi kebetulan tapi semuanya kuasa Allah. Pada thn saya melahirkan Danish saya di tempat kan di bilik yg sama cuma berlainan katil dan masa kat Muad'z pun saya ditempatkan di bilik yg sama. Syukur..dgn rezeki ni kalau tak saya akan ditempatkan di katil biasa. Selesa sgt.

Saya masuk ke wad dulu dan ingat mmg nak rest dulu. En.Atan ada la menemani. Huh tapi mana boleh rest sbb sakit tu menyucuk la. Rasa macam senggugut semua ada. Time tu mmg nak naik angin sesaja dgn karenah kakak yg kejap2 nak itu nak ini.....last saya suruh en.atan balik dulu. Jadi dlm pukul 1230 macam tu en.atan balik la dulu. Tinggal la saya sorang2 yg kejap2 baring atas katil dan kejap2 masuk bilik air. Ya saya masuk mandi, siram sana-sini sbb saya rasa dgn cara tu kurang sikit rasa sakitnya. Still tak ada tanda darah dsbnya. Penat kuar masuk bilik air saya duduk atas kerusi..dgn menyendal bantal kat perut. Lega rasanya sikit. Tapi tak lama sbb bila sakit tu datang qemot la muka saya. Tapi sesungguhnya sakit natural ni mmg boleh tahan lagi...

Oleh kerana tak tahan sgt...dalam pukul 145 ptg saya pun pi la jumpa nurse cakap saya sakit sgt. Dan mmg lahabau sungguh nurse2 ni..sbb tak mai tanya langsung keadaan saya macam mana. Bila di check nak dah terbuka 5 cm dan serviks saya pun dah lembut. So saya kena masuk labor room dah. Sebut labor room lagi buatkan saya takuttt. Terfikir pulak macam mana saya nak bg tau en.atan sbb hp saya tak de kredit hahahahahahah. Elok saya mengemas nak bawa masuk apa yg patut ke dalam labor room en.atan call...terus saya bg tau saya dah nak masuk ke labor room sbb dah 5 cm terbuka. En.Atan terus bg tau yg dia akan datang time tu jugak...

Saya masuk labor room dlm pukul 215 petang. Mmg saya boleh tahan rasa sakit tu. Saya bg tau nurse yg menyambut Muad'z saya dah tahan..rasa nak push jer. Bila dicheck baru 9cm terbuka..tapi saya bg tau saya nak cuba teran....dan akhirnya saya push Muad'z dan segalanya selamat. Berat Muad'z masa lahir 4kg. Menjerit nurse2 yg ada disitu..kah kah kah ...saya yg melahirkan pun boleh rileks..tapi bila di fikir balik 4kg ??? ishhhh larat juga aku nihh.

Muhammad Hadiff Muad'z tepat di lahirkan pada jam 345 petang. Kuasa Allah tiada sapa yg dapat menyangka. Tapi Allah tu maha pengasih dan penyayang. DIA kabulkan permintaan saya untuk bersalin tanpa perlu di induce dan DIA kabulkan juga doa saya untuk percepatkan tempoh sakit nak bersalin tu dan permudahkan masa nak bersalin. Syukur Alhamdulillah. Kita sebagai hambanya ni yang kadang2 lupa asal-usul kita dan lupa kepada Allah tapi Allah tak pernah lupa kepada hambaNYA.

Pic Muad'z nanti saya tempek..yer..dok cari reader tak jumpa lagi..mana hala letak tak tau laaa.

Tuesday, August 11, 2009

i'm backkk

Yes I'm back...start keja ari ni huhuhuh. 45 days jer company ni bagi coti hokkay...
nanti saya tempek pic Hadiff Muad'z saya tu ...ni ngah kaluit skit nihh maklum la 1st day keja hehehehehehe

Friday, June 26, 2009

Bercuti

Saya masih di opis. Settle kan kerja. Ya la nak cuti panjang kan. Kena la settlekan apa yg patut dulu. Senang nanti org yg tinggal nak continued kerja kita. Tapi sat lagi saya nak balik dah. Bukan apa, saya dah rasa sedikit kontraksi. Tapi tak de bleeding or apa2 cecair yg turun. Mungkin kah saya akan bersalin normal tak perlu induce??? Saya pasrah.Redha.

Ok lah kepada yg sudi baca blog kureng ni dan kepada sesiapa yg saya ada bg komen2 tu kalau terasa hati dgn komen saya, saya mohon MAAF byk2 yer. Niat saya cuma nak bergurau jer.
Harap sudi maafkan saya.

Ok la ciaooooooooooooooooo


noted to : En Tapir Malaya>>>> jgn lupa hadiah bby aku tau!!!!!!!

Tuesday, June 23, 2009

saya meroyan

Huh meroyan pada sapa? pada cikgu tadika anak saya. Tak paham saya dgn sikap cikgu zaman la ni. Alkisahnya, anak saya balik bg tau saya yg cikgu dia kata jgn pi sekolah awal sgt. Kelas start kol 8.30 pagi. Jadik tiap pagi anak2 saya di hantar ke sekolah dlm pukul 8.15 ke 8.20 macam tu lah. Saya pun terpaksa korban kan time saya masuk kerja dari kol 8.00am ke kol 8.30 am. Gaji kena potong tu.
Kelmarin dua beradik tu balik bg tau saya "cikgu kata jgn pi sekolah awal sgt" ishhh terkejut saya. Apa ke poyo cikgu tu??? Ya la semalam mmg saya hantar awal..sebab saya rushing nak jumpa gynae. Lepas tu pagi ni si adik minta duit nak bayar yuran. YA ALLAH..mengucap panjang saya.Sebelum cuti sekolah saya dah bayar yuran. Ni nak kena tunggu gaji la. Kami bukan keja gomen gaji nak masuk awal...dah tu siap nangis dia kata, kalau tak bayar yuran cikgu tak bagi pi sekolah.
Memang saya angin dgn cikgu tadika tu..kalau anak saya terlewat bayar yuran..sure ayat yg kuar dari mulut dia "tak payah pi sekolah" . Elok sangat ka macam tu?? Saya ingat dulu masa saya sekolah rendah..ada kawan2 yg tak mampu nak setel yuran sekolah..boleh bayar ansur2 ikut kemampuan. Saya ingat lagi kawan saya Zahirah, adik beradik ramai, saya tgk dia kalau ada singgit dia bayar singgit, sampai habis. Cikgu tak pula larang dia jgn pi sekolah. Dah tu cikgu dulu2 kalau student tak pi sekolah 2 hari berturut-turut cikgu mesti pi melawat..tgk kenapa student dia tak pi sekolah. Cikgu sekarang nan ado lah....

Geram sgt pagi tadi, saya cakap kat anak saya..kalau macam ni pindah tadika jer lah. Heheheh tapi tak ada nya la. Sbb sekarang dah bulan 6..tolak , campur dan bahagi lagi 5 bulan jer nak sekolah. Jadik bersabar sajalah...Next year bg chik dah masuk darjah 1 dan kakak mungkin akan pindah ke tadika lain. Malas saya nak cari pasal dgn cikgu jadi bersabar sajalah.

kesudahannya

Kesudahannya??? Semalam jumpa gynae..dan keputusannya saya akan di admit pada 27/6/09 hari Sabtu dan pada hari Ahad 28/6/09 saya akan di induce. Ohh induce lagi. Kali ke 3 saya kena induce. Nak tak nak saya redha dan terima lah keputusan gynae tu. Sebab bby saya cepat membesar baru 37 weeks "MUHAMMAD HADIFF MUAZ" (opss nama bby dah di decide kan) dah 3.6kg. Kalau lah di tunggu sampai 40 weeks mau berat dia sampai ke 4 kg.

Hati saya dah mula tak keruan. Teringat labor room. Teringat sakit induce. Tapi apa pun saya perlu tempuhi jugak. Doakan lah agar proses tu tak lama..cepat pintu rahim saya terbuka...amin...