Saturday, April 25, 2009

Kisah anak saya dan jiran

Citer semalam.

Balik kerja. Lepas ambik si kecik Danish di rumah bby sitter terus balik. Dok teringat bubur kacang yang masih berbaki dlm ice box tu. Sampai jer kat rumah anak2 jiran menerpa , mengadu...

En.Atan: Ni sah bergaduh nii
Anak2 jiran: Untie, Luqman buat M*****...
Luqman: Dah dia buat abg chik sapa suruh
Anak2 jiran: M***** qeyau..tak tau la
Saya: Ok kalau macam tu pi report polis...habis citer...

terus saya masuk ke dalam rumah simpan beg dan kemudian keluar nak ke kedai beli milo ais. Tiba2 tekak ni teringin milo ice. Lepas balik beli milo ice, saya terus masuk ke dalam rumah di ikuti dgn anak2 saya. Entah la saya pun heran jugak dgn budak2 ni. Kalau dulu pantang lepa saheh lari keluar nak main. Saheh dah berkubang dlm bendang depan umah tu. Puas saya marah, saya mengamuk tapi dok macam tu jugak. Tapi sejak 2 menjak ni tah angin apa la yg masuk dlm badan, depa lebih suka lepak dlm umah. Tgk tv,sepah buku. Kadang2 sampai saya paksa depa keluar bermain sbb naik jemu tgk depa bergomol sesama sendiri dalam bilik. Letihhh.

Kata en.atan..lebih baik depa ada dalam rumah, lebih baik depa sepahkan umah dari merayap tak tentu hala...ya saya setuju w/pun mata saya akan sakit bila tgk rumah macam kapal karam. ohh kepada kengkawan yg nak mai umah saya tu tolong call dulu ya..sbb boleh la saya kemas kan umah dulu..heheheheheh

Ok berbalik citer tadi, maka lepak la anak2 saya kat porch sambil minum milo ice. Saya dah baring2 relax kat sofa. Tiba2 anak2 jiran saya ni datang kat pagar rumah dan menjerit

" F**** galak dgn Luqman" lepas tu terus lari. Ish budak2 ni..kecik2 dah pandai. Waktu tu abang tgh bersembang dgn anak jiran sebelah, yang sebaya dgn dia tapi berbeza kelas la. Kali ke dua budak2 tu mai ejek lagi...ayat yg sama juga yer. Wahh si F**** terus menangis...Abang ternganga...lepas tu parent F**** keluar ..agak kecoh la. Saya pun keluar tapi bila tgk anak2 say a OK..saya masuk balik. Malas. Yang mengajar budak2 kecik ni ejek si Abang ni si M**** ni la. Dia kan marahkan abang..sbb abang tumbuk dia..

Parent si M**** dan jiran sebelah saya tu tak bertegur sapa. Bergaduh agaknya..dan saya malas nak masuk campur. Rumah yg sy duduk ni ada 3 pintu. jiran sebelah saya tu hanya bercakap dgn saya jer..dgn jiran yg satu lagi pun tak bertegur sapa. Memang la kadang2 saya terasa dan geram juga dgn jiran sebelah saya ni..tapi saya malas nak ambil pot dan nak buat musuh...bila saya geram sgt saya cuma kata " gasakk piii"

Kadang2 saya rasa ingin pindah saja. Bosan juga saya dgn situasi macam ni. Tapi en.Atan cakap kami akan berpindah..bila kami dah ada rumah sendiri nanti. So harus lah saya bersabar lagiii.

Ops sambung citer tadi. Lepas maghrib, bila semua dah kenyang..saya pun soal siasat abang. Kenapa abang buat M****. Abang bg tau punca nya sebab abang marah M*** "curi" buah mempelam jiran depan rumah kami. Dia risau nanti tuan mempelam tu marahkan si M****. Dah tu M**** ajak kroni2 dia sama. Bila abang marah entah macam mana M*** ni pukul abang chik...jadi abang kan protective adik2 dia tu yg dia buat M**** balik.

Gelak besar saya dengar citer abang. Adoiii abang ni concern dgn org tapi tak di hargai. So saya nasihatkan abang lepas ni kalau abang nampak apa yg depa buat..benda negatif abang buat tak tau sudah . Sbb orang macam ni tak guna jika di beri nasihat. Tapi jangan abang buat benda macam tu sudah. Adoii boleh ker saya bg nasihat macam tu??? Bab dia protect adik dia tu saya mmg galakkan. Sy mmg ajar depa ber3 ni saling lindung melindungi...

Itu citer semalam. Hari ni punya citer belum tau lagi...tunggu la saya habis kerja nanti.

Anak2 saya memang nakal. Abang masa kecik mmg aktif..tak larat nak bercakap dan bersabar tapi kadang2 hilang sabar kena jugakk. Pernah satu masa saya malu nak bawak anak2 saya ke rumah kawan2. Ya la anak2 saya kan nakal. Sampai sekarang saya lebih suka anak2 saya kat rumah saja, dan habis sangat saya bawa anak saya ke playground atau supermarket dan kedai buku. Cukup...

Tapi bila dah bersekolah ni masing2 ada perubahan. Yang paling berubah abang la. Mungkin sbb dia dah 9 thn. Tapi bila mai perangai mengada-ngada dia tu geram jugakkkk.

Friday, April 24, 2009

khabar dari kampung

saya delete...
sbb sy rasa tak sesuai pulak....
en.atan dah sound saya hehehehehe

Thursday, April 23, 2009

Rajuk kah??

Letih..balik rumah ..adoii tengok rumah berselerak. Macam tongkang karam...bukan macam tongkah pecah lagi dah.Sabar..urut dada, rileks sat
Start kemas umah..sambil dlm hati ni mengomel sorang2
Sapu apa yg patut...tgk bakul baju...adoii ada lagi yang belum di sidaii..adoiii sabar2..ikut kan amarah dah meletup dah...ini bukan ringan sama di jinjing dah ni..ini bala kena pikul sorang2...arghhhh tension....
Setel semua kerja...opss nak makan malam?? Adoii nak masak apa ni?? Ermm kat dapur ada pisang..hah buat cekodok dah la..
Telinga gatal..tak leh pakai cutton bud ni..kena pakai korek tinger tu...cari2 tak jumpa...ishh mana pergi lak ni. Selalu dok dlm pasu ni jer. Nih mesti ada tgn yg main ni kalau tak , takkan hilang...tanya semua tak mengaku....pas tu dia tu kata dia ni..dia ni kata dia tu...pi mai pi mai tang tu...ishhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Malas dan tension...segan nak bercakap dah....buat habih air liur dan penat mulut...masuk tidoq...
pagi ni bgn..atas meja dah ada cawan gelas, dlm mangkuk ada megi yg tak habis...sapa punya keja?? depa laaaaaaa. Uwaaaaaaaa lagi tension mmg tak kesian kat org langsung depa ni....nah start saat tu merajuk la...lantak...cakap byk pun tak guna..boring..semua nya sama....
luahan rasa seorang ibu dan isteri yg bekerja

Wednesday, April 22, 2009

casper???kenapa?


Awat casper?? Saya suka dgn cartoon casper nih. Cute jer kan?? Lagi satu Casper ni baik hati w/pun 3 lagi sedara dia nakal....
Masa saya bekerja sbg guru tadika dulu..balik sambung kat nursery ada sorang bby nih..perempuan..comel tapi tak de rambut. Saya panggil dia Casper...adoiii dia rapat dgn saya. Dia nak dgn saya jer. Kalau dgn org lain sure menangis. Sampaikan saya nak buang air besar pun dia tak mo berenggan so nak tak nak kena bawak masuk sekali la...mujur la tandas duduk...
Agaknya dah besar si Casper saya tu kan? Dah jadi anak dara pun...

Friday, April 17, 2009

Chinta by Kak Yati Berahim

Saya dah pun memiliki novel ni semalam. Hehehehehe akhirnya. Dan semalam jugak saya berjaya menghabiskan novel setebal 700++ muka surat nih. Dah lama saya tak beli novel baru. Opss nak bg tau nih..saya ada koleksi novel yer..tapi dah masuk dlm kotak sebab Danish tu dia suka punggah. Sayang oooo. Dan saya ada koleksi novel RAMLI AWANG MURSHID . Sampai ada kawan saya minta nak beli...ohh jawapannya tidak..

Sejak mengandung ni saya macam tak de mood nak beli novel dan magazine. Cuma RABU lepas saya singgah kat kedai stationery nak p/copy buku abang. kedai tu milik kawan saya. Saya ternampak novel ni so terus saya pesan dgn dia maklum la saya kan tak gaji lagi. Semalam saya dah gaji terus saya pi ambik novel tu la. Lepas buat kerja rumah saya terus baca sampai khatam. Akibatnya saya tak jaga dan terlajak tidur dan hari ni masuk kerja lewat ler. Memang dah tabiat saya , kalau start membaca tak boleh berhenti kena habiskan...En.Atan dah faham sgt dah...

Ohh lupa abang pun baca novel tu..tapi baru sampai ke muka surat 6. Agak2 dia boleh habiskan ker sampai 700++ muka surat ni??

Novel ni pasai Chinta-(watak utama) yg berkahwin dgn Raja Akid. Ok la tak de kisah cinta meleret-leret ala2 hindustan. Cuma nak tanya kak yati kenapa watak Pn.Shima tu tak di kembangkan..tak de byk sgt conversation antara dia dan Raja Haidar dan Raja Akid sendiri.
Happy ending la dalam novel Chinta nih.

Watak2 dlm novel ni:
1. Chinta-Watak utama dlm novel ni. Di serahkan kepada Pak Kamal dan Mak Molek ketika masih kecil. Ibu dan ayahnya lari ke London kerana perkahwinan tidak di restui oleh keluarga masing2. Di bela dan di jaga oleh bapa dan ibu sedara dia sendiri

2. Raja Akid-Anak R.Haidar. Suami Chinta. Trauma sbb tgk mak dia berzina dgn lelaki lain.
3.Saiful-kekasih Chinta dr zmn U .Putus sbb Saiful mata duitan
4. Pak Kamal-bapa sedara merangkap bapa angkat Chinta
5. Mak Molek-Ibu sedara merangkap mak angkat Chinta
6. Mak Yong-ibu sedara Chinta
7. Rodin, Nailah, Faiz-anak2 Pak Kamal dan Mak Molek yg juga sepupu Chinta
8. Candy-kawan Chinta dr kecil sampai besar
9.Jessi-kawan R.Akid dr kecil sampai besar

Nak tau lebih lanjut kena la beli novel nih..ok.

K.Yati sy nak tanya apa makna "PALAK" tu....heheheheh

friendship....



















Tuesday, April 14, 2009

Bila kakak merajuk

bila mood ok cam ni la qopenya....

Kisahnya semalam. Saya masih di opis. En.Atan kat umah lah. Kakak merajuk. Dia packing baju dia dlm beg..lepas tu dia tarik beg tu kerumah kawan dia. Konon dia nak dok umah kawan dia. Dia merajuk dgn abang2 dia dan abahnya. Bila saya balik keja beg tu ada depan pagar umah dah dia tgh nangis. Mula2 saya rasa kelakar tapi lepas tu saya kesian dgn dia.



Tindakan kakak ni bg saya dah "over" untuk umur 5 thn macam dia. Mana dia dapat idea nak lari dr umah??? TV? Adoii lepas tu saya pun berceramah la pada abang2 dan abah dia. Abang2 dia sebab buli dia..selagi boleh buli dia depa buli dia. Yg abah pulak tidor. Geram betoi laa.



Bila saya berceramah tu masing2 tak mengaku lah. Saya pujuk kakak la..kuar kan baju dia lepas tu simpan balik dlm laci baju dia. Lepas tu saya tanya dia kenapa dia nak pi dok umah kawan dia? Dia kata dia minta hp abah dia nak main games tapi abah tak bagi. Ohh itu puncanya.



Lately ni memang susah sikit nak layan karenah dia. Sikit2 dia nak sentap. Salah cakap dia muncung. Malam2 lagi tension dan susah. Dia kira nak sentap dan muncung. Apa yg tak kena tak tau la...pening saya dan en.atan.